Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Perkhidmatan ini membolehkan ibu bapa atau penjaga membuat permohonan kemasukan anak ke Tahun 1 secara dalam talian melalui sistem yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna menyemak senarai sekolah, madrasah, atau pusat pengajian Islam yang sah, termasuk maklumat asas institusi, status pendaftaran serta pengiktirafan yang diberikan.
THiJARI adalah platform perbankan dalam talian Tabung Haji yang membolehkan pengguna mengurus akaun simpanan Tabung Haji secara digital, termasuk pembukaan akaun, semakan baki, pemindahan wang, dan pendaftaran haji. Perkhidmatan ini membolehkan peminjam menambah simpanan ke dalam akaun pengguna.
THiJARI adalah platform perbankan dalam talian Tabung Haji yang membolehkan pengguna mengurus akaun simpanan Tabung Haji secara digital, termasuk pembukaan akaun, semakan baki, pemindahan wang, dan pendaftaran haji.
Perkhidmatan ini membolehkan pemohon menyemak status permohonan pembetulan maklumat pada sijil kelahiran seperti perubahan nama, tarikh lahir, atau maklumat ibu bapa. Semakan boleh dilakukan selepas permohonan pembetulan dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Sistem atas talian bagi ibu bapa atau penjaga untuk merekod maklumat anak susuan bagi memelihara nasab keturunan dalam Islam.
Sistem Semakan Status Daftar membolehkan ibu bapa menyemak keputusan Permohonan Pendaftaran Kanak-kanak TABIKA Perpaduan selepas permohonan dibuat secara dalam talian. Keputusan akan dikeluarkan bermula 1 Oktober tahun yang sama dengan permohonan.
Perkhidmatan ini membolehkan ibu bapa membuat permohonan pendaftaran kanak-kanak berumur 4-6 tahun untuk kemasukkan ke TABIKA Perpaduan seluruh negara.
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna membuka Akaun Simpan SSPN Prime, iaitu skim simpanan pendidikan yang ditawarkan untuk tujuan pendidikan tinggi.
Platform pembelajaran dalam talian yang menyediakan kursus dalam talian berkaitan keibubapaan, kesejahteraan keluarga, dan pembangunan diri.
Menyambut kehadiran cahaya mata merupakan satu detik istimewa dalam kehidupan sesebuah keluarga. Sama ada kehadiran mereka melalui kelahiran sendiri atau melalui proses pengambilan anak angkat, tanggungjawab untuk memberi kasih sayang serta memastikan hak dan keperluan anak ini dipenuhi adalah amat penting terutama sebagai seorang warganegara Malaysia. Ikuti proses pendaftaran kelahiran serta prosedur pengambilan anak angkat di dalam perjalanan persona ini.
Membesarkan anak adalah satu perjalanan yang penuh cabaran. Ibu bapa perlu memastikan perkembangan fizikal dan kesihatan emosi anak-anak berlaku secara sihat dan seimbang. Ibu bapa juga digalakkan untuk mengikuti ilmu kekeluargaan dan keibubapaan bagi melengkapkan diri dengan kemahiran mendidik dan membina hubungan sihat dalam keluarga.
Menghantar anak ke pusat jagaan merupakan satu langkah penting dalam fasa awal perkembangan kanak-kanak. Ia bukan sahaja memberikan ruang kepada ibu bapa untuk bekerja dan menjalankan komitmen harian mereka, tetapi juga memastikan anak-anak dibimbing dalam persekitaran yang selamat dan menyokong perkembangan mereka. Di Malaysia, terdapat pelbagai pilihan pusat jagaan dan pendidikan awal kanak-kanak yang dikendalikan kerajaan dan pihak swasta. Sebagai ibu bapa, akses kepada perkhidmatan ini adalah penting bagi memastikan perkembangan awal anak-anak yang menyeluruh. Dapatkan info lanjut tentang pilihan pusat jagaan dengan mengikuti topik ini.
Merancang kewangan untuk anak-anak adalah langkah penting yang dapat membantu menjamin masa depan mereka dari segi pendidikan, kesihatan dan kebajikan. Ibu bapa digalakkan untuk menyimpan dan merancang kewangan mereka seawal usia kecil. Terdapat pelbagai instrumen kewangan yang disediakan agensi kerajaan serta swasta yang boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa.
Apabila anak-anak mencapai usia 6 tahun, satu proses penting yang perlu dilakukan ibu bapa adalah mendaftar anak mereka ke sekolah rendah. Proses ini menandakan permulaan rasmi ke dunia pendidikan formal di Malaysia. Ikuti panduan tentang jenis sekolah rendah serta langkah-langkah mendaftar sekolah rendah bagi memastikan pendidikan anak anda terjamin.