Tempoh kehamilan adalah fasa penting dalam kehidupan seorang wanita kerana ia melibatkan perubahan fisiologi yang ketara serta memerlukan penjagaan rapi bagi menjamin kesihatan ibu dan perkembangan bayi yang sihat.
Perkhidmatan yang disediakan oleh KKM bagi ibu hamil:
- Pendaftaran awal kehamilan
Ibu hamil disarankan mendaftar kehamilan di Klinik Kesihatan Kerajaan sebelum usia kandungan 12 minggu.
- Pemeriksaan antenatal berkala
Pemantauan tekanan darah, ujian air kencing, berat badan, ujian darah, pemeriksaan fizikal dan perkembangan bayi.
- Pemberian suplemen
Asid folik, zat besi, dan multivitamin diberikan secara percuma untuk mencegah anemia dan memastikan tumbesaran bayi yang sihat.
- Saringan penyakit
Ujian untuk HIV, hepatitis B, sifilis, kencing manis dan darah tinggi.
- Vaksinasi
Bermula 26 Mei 2025, semua klinik kesihatan, klinik desa, klinik ibu dan anak serta klinik komuniti mula melaksanakan pemberian vaksin Tdap (tetanus, difteria, pertussis) kepada ibu hamil. Vaksin Tdap diberikan kepada ibu hamil untuk memberi perlindungan kepada bayi daripada penyakit kancing gigi (tetanus), jangkitan paru-paru (difteria) dan batuk kokol (pertussis).
Jadual pemberian vaksin kepada ibu hamil:
- Primigravida (ibu mengandung kali pertama)
- Satu dos vaksin tetanus toxoid (TT) semasa quickening dan satu dos vaksin Tdap pada trimester kedua atau ketiga
