Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna menyemak status permohonan berkaitan permohonan pembahagian pusaka melalui portal MyLAND.
Aplikasi MyLAND membolehkan waris dan pihak yang berkepentingan membuat permohonan pembahagian pusaka kecil, menyemak status permohonan dan perbicaraan secara dalam talian serta membuat pembayaran Perintah Pusaka melalui ePayment Sistem MyLAND tanpa perlu hadir ke pejabat. Perkhidmatan secara dalam talian ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan orang ramai dalam menguruskan harta pusaka si mati.
Aplikasi ini memaparkan pelbagai inisiatif bantuan kerajaan persekutuan & kerajaan negeri – termasuk makanan, kesihatan, pendapatan, pengangkutan, pendidikan, perumahan dan utiliti, serta inisiatif-inisiatif umum yang lain.
Carian Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) melalui portal PAWE JKM membolehkan pengguna mencari lokasi PAWE berhampiran yang menyediakan aktiviti harian, sokongan sosial dan perkhidmatan komuniti untuk warga emas di seluruh negara.
Portal Warga Emas (eWARGA EMAS) adalah usaha Kerajaan ke arah merealisasikan objektif yang digariskan dalam Dasar Warga Emas iaitu membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu. Portal ini membolehkan warga emas mendaftar sebagai ahli di Pusat Aktiviti Warga Emas dan mencari lokasi PAWE berhampiran.
Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan menyemak status dana tertangguh yang diuruskan oleh Amanah Raya. Melalui perkhidmatan ini, pelanggan dapat mengetahui jumlah, punca, dan sebab penangguhan dana, serta mendapatkan panduan lanjut bagi melengkapkan dokumen atau memenuhi syarat yang diperlukan untuk tujuan pelepasan dan pembayaran dana tersebut.
Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan membuat semakan status terkini berkaitan pengurusan amanah yang diuruskan oleh Amanah Raya secara bersemuka di kaunter. Melalui perkhidmatan ini, pelanggan dapat mengetahui perkembangan terkini amanah mereka, termasuk status pembayaran, pelaburan, atau pengagihan aset.
Perkhidmatan ini membolehkan individu merancang dan mendokumentasikan pembahagian harta pusaka mereka secara sah mengikut undang-undang melalui Amanah Raya Berhad. Ia merangkumi panduan menyenaraikan aset, menetapkan benefisiari, melantik wasi, serta memasukkan arahan khusus berkaitan pewarisan.
Perkhidmatan ini membolehkan waris memohon Amanah Raya Berhad sebagai pentadbir bagi harta pusaka si mati berwasiat atau tidak berwasiat.
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna menyemak baki Skim Perubatan MADANI, iaitu inisiatif untuk memberikan perlindungan kesihatan kepada golongan yang memerlukan. Perkhidmatan ini hanya disediakan di platform aplikasi mudah alih.
Malaysia kini sedang menuju ke arah menjadi negara menua, apabila bilangan warga emas semakin meningkat seiring dengan peningkatan taraf hidup dan kesihatan. Kenali siapakah warga emas dan dasar serta hala tuju kerajaan kepada golongan ini.
Bagi memastikan kebajikan golongan berusia terus terpelihara, kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan khusus untuk warga emas. Bantuan ini merangkumi sokongan kewangan, kemudahan dan bantuan khas serta program komuniti yang memberi ruang kepada mereka untuk kekal aktif dan sejahtera. Ikuti topik-topik berkaitan bantuan warga emas di dalam perjalanan person ini.
Penjagaan kesihatan warga emas amat penting bagi memastikan mereka terus menikmati kehidupan yang berkualiti dan sejahtera. Pada peringkat usia ini, keperluan kesihatan seperti pemeriksaan berkala, pemakanan seimbang, sokongan emosi dan mental serta aktiviti untuk kekal aktif dapat mengurangkan risiko penyakit kronik serta menjalani hidup lebih berdikari dalam keluarga dan komuniti.
Terdapat pelbagai kemudahan dan keistimewaan sesuai dengan keperluan dan status anda sebagai golongan warga emas yang perlu dikasihi dan dihormati. Antara inisiatif termasuk diskaun pengangkutan awam, keutamaan di kaunter perkhidmatan serta kadar istimewa untuk aktiviti tertentu. Kenal pasti kemudahan dan diskaun khusus untuk warga emas di dalam topik ini.
Kematian adalah sesuatu yang pasti, dan perancangan harta pusaka akan memastikan harta yang dimiliki dapat diurus dan diagihkan dengan teratur selepas kematian. Ia membantu mengelakkan pertikaian antara waris, mempercepatkan proses pentadbiran harta serta menjamin kebajikan keluarga yang ditinggalkan. Ikuti topik berkaitan perancangan harta pusaka di dalam perjalanan persona ini.