Meningkatkan Kebolehpasaran
Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif kerajaan yang menawarkan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) dalam pelbagai kementerian, agensi kerajaan, serta GLC/ GLIC dan rakan strategik industri. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan kebolehpasaran dan mempercepat penempatan pekerjaan bagi rakyat Malaysia. Ciri-ciri: Tempoh minimum : 1 bulan, maksimum sehingga 12 bulan Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan berbagai kelayakan seperti SPM, Diploma, STPM, atau Ijazah Kontrak dan gaji bergantung kepada tawaran, dengan minimum gaji RM1,700
PROTÉGÉ (Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs) merupakan inisiatif pembangunan belia yang bertujuan meningkatkan kebolehpasaran graduan dan melahirkan usahawan muda. Program ini diselia oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama agensi serta industri. Antara program di bawah PROTEGE: Program kebolehpasaran graduan melalui latihan insaniah, pendedahan industri dan bimbingan mentor. Sasaran: graduan diploma dan ke atas atau yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan Manfaat: Peluang latihan industri dan pendedahan kerjaya sebenar Elaun bulanan sepanjang tempoh latihan tertentu Bimbingan daripada mentor industri & usahawan berjaya Peluang untuk diserap ke syarikat pelaksana Graduate Capacity and Employability Enhancement Program (GRACE) merupakan program kebolehpasaran untuk graduan TVET Sasaran: Graduan TVET yang tidak bekerja Bawah 30 tahun Tidak pernah menyertai program PROTEGE-RTW New Gen Entrepreneurs Online Bootcamp (N-GENE) adalah program latihan keusahawanan kepada belia dan graduan memulakan perniagaan sendiri. Lihat program-program lain di bawah inisiatif PROTEGE
Program latihan dan kemahiran oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melibatkan penerima faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dan pencari kerja. Bagi penerima faedah SIP, anda boleh mendapatkan elaun harian sehingga RM20 sekiranya anda menghadiri program latihan. Antara kursus utama: Kursus Microsoft Word Pensiilan dalam pemasaran digital Pensijilan dalam pengurusan projek Kursus pemasaran Facebook
MD Workforce Place and Train merupakan inisiatif oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Konsep : Penempatan terlebih dahulu, diikuti latihan semasa pekerjaan sebelum keperluan untuk diserap masuk ke dalam organisasi. Antara bidang digital yang terlibat: Kecerdasan buatan (Artificial intelligence) Blockchain Keselamatan Siber Teknologi Dron Minimum kontrak : 12 bulan
Global Online Workforce (GLOW) di bawah Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) menyasarkan golongan pencari kerja yang ingin bekerja secara freelance dalam talian (ekonomi gig). Terbuka kepada: Individu dengan kemahiran di luar sektor formal Pekerja berpengalaman yang telah kehilangan pekerjaan atau pengurangan gaji sehingga 30 peratus Penganggur atau graduan Program ini menawarkan latihan kemahiran sebagai freelancer dalam bidang digital dan menyediakan platform selamat untuk mendapatkan pekerjaan freelance secara dalam talian.
PLM merupakan program latihan semula dan latihan nilai tambah oleh HRD Corp kepada individu pencari kerja menerusi beberapa inisiatif. Antara inisiatif PLM: Seniors Back in Action (SEBA) Inisiatif kepada warga emas yang ingin menambah kemahiran dan masuk semula ke sektor pekerjaan selepas bersara Second Chances and Opportunities for People to Excel (SCOPE) Program kemahiran praktikal dan vokasional kepada individu yang pernah dipenjarakan. Memberi peluang pekerjaan dan mengintegrasi semula ke dalam masyarakat. Khusus kepada tahanan semasa dan bekas tahanan: Orang yang Diawasi (ODS) Orang yang Dibebaskan Bersyarat (ODP) Pembebasan Banduan Berlesen (OBB) PWD Development Program latihan khusus kepada Orang Kurang Upaya (OKU) antara 18-60 tahun
