Mengurus Cukai
Potongan Cukai Bulanan (PCB) merupakan potongan cukai secara ansuran dan ditolak secara automatik daripada gaji bulanan pekerja. PCB diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan matlamat seperti berikut: Mengurangkan beban cukai akhir tahun Dengan membuat pembayaran secara ansuran bulanan, anda tidak perlu risau tentang pembayaran dengan jumlah yang besar pada akhir tahun Memastikan patuh cukai Membantu anda mematuhi kewajiban cukai melalui potongan automatik Minimum pendapatan tahunan yang dikenakan PCB: RM37,333 Pendapatan yang tertakluk kepada PCB termasuk: Gaji bulanan tetap Elaun atau bonus tahunan Faedah berbentuk tunai yang diterima sebagai sebahagian daripada pendapatan
Setiap tahun, LHDN akan mengemaskini pelepasan dan rebat cukai yang boleh dinikmati oleh pembayar cukai sebagai insentif untuk mengurangkan jumlah cukai tahunan yang dibayar. Anda dinasihatkan untuk menyimpan resit dan dokumen sokongan berkaitan perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai untuk tujuan rekod percukaian.
Portal MyTax merupakan platform digital rasmi yang dibangunkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk memudahkan urusan cukai rakyat Malaysia. Portal ini menghimpunkan pelbagai perkhidmatan cukai secara dalam talian di bawah satu portal tunggal bagi meningkatkan akses, ketelusan, serta kecekapan sistem percukaian negara. Antara fungsi utama: e-Filing Mengisi dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara dalam talian e-Daftar Mendaftar nombor cukai bagi pembayar cukai baharu e-Bayaran Membuat pembayaran cukai pendapatan, cukai maklumat, cukai keuntungan hartanah dan sebagainya e-PCB Plus Semakan dan pengurusan Potongan Cukai Bulanan (PCB) Maklumat Cukai Semakan baki cukai, resit pembayaran, status bayaran balik, serta rekod cukai terdahulu. Profil Cukai Digital Paparan maklumat peribadi, status pemfailan dan urusan semakan cukai
