Antara situasi pembaharuan pasport termasuk:
- Tamat tempoh
- Sah laku pasport kurang dari 6 bulan
- Halaman penuh
Anda boleh memperbaharui pasport dengan dua kaedah:
- Dalam talian
Permohonan dalam talian bagi pembaharuan pasport dengan syarat pasport semasa masih dalam keadaan baik (tidak rosak/ basah) dan masih dalam simpanan (tidak hilang)
Pemohon bagi kategori berikut tidak boleh memohon secara dalam talian:
- OKU
- Pasport yang rosak/hilang
- Kanak-kanak 13 tahun ke bawah
- Pelajar yang akan menyambung pengajian ke luar negara peringkat Ijazah Sarjana Muda
- Jemaah Haji
- Di kaunter imigresen
