Apakah Pas Sempadan Malaysia-Thailand?
Dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia hanya kepada warganegara Malaysia yang lahir atau bermastautin tetap lebih 1 tahun di:
- Kedah
- Perlis
- Kelantan
- Daerah Hulu Perak (Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong)
Had perjalanan: selatan Thailand iaitu Wilayah Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani
Tempoh Sah Laku: 1 tahun daripada tarikh dikeluarkan. Tempoh sah laku tidak boleh dilanjutkan dan tidak boleh kurang daripada 30 hari sebelum perjalanan keluar ke Thailand
Bayaran: RM10
Semak syarat dan dokumen permohonan