Analitis Data Raya
Latihan Pembelajaran Mesin
Pengenalan
Pembelajaran mesin adalah suatu bidang di bawah sains komputer yang merangkumi aplikasi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence). Ia menyediakan sistem keupayaan pembelajaran secara automatik dan mempelajari melalui pengalaman tanpa diprogramkan.
Pembelajaran mesin memberi tumpuan kepada pembangunan program komputer yang boleh mengakses data dan menggunakannya untuk belajar secara kendiri. Ianya merangkumi analitis secara Descriptive, Diagnostic, Predictive dan Prescriptive. Proses pembelajaran bermula dengan pemerhatian data, pembelajaran melalui pengalaman pengecaman pola dan trend. Ini secara tidak langsung akan membenarkan ia membuat keputusan yang lebih baik di masa hadapan melalui pembelajaran-pembelajarannya.
Matlamat utama pembelajaran mesin adalah untuk membolehkan komputer belajar secara automatik tanpa diberi arahan atau bantuan dari manusia dan ia akan menyesuaikan tindakan sewajarnya. Pembelajaran mesin akan meneroka pengkajian, pembinaan algoritma dan pembinaan model yang boleh dipelajari serta peramalan data bagi membuat keputusan berdasarkan data-data secara analitis.
Latar Belakang
Sejajar dengan Teras 2, Kerajaan Berpacukan Data di dalam Pelan Strategik ICT Sektor Awam(PSICTSA) 2016 – 2020, pelan berkaitan Data Raya akan dibangunkan dan diluaskan kepada keseluruhan kementerian dan agensi Kerajaan untuk menyokong kejayaan pelaksanaan Program Transformasi Nasional serta mempertingkatkan sistem penyampaian agensi Sektor Awam dan Pembelajaran Mesin merupakan salah satu inisiatif di bawah program Data Raya.
Objektif
Objektif melaksanakan Pembelajaran Mesin adalah seperti berikut:
