Industry4wrd: Dasar Negara Mengenai Industri 4.0
Dasar Industry4WRD telah dilancarkan pada 31 Oktober 2018 merupakan satu dasar negara untuk transformasi sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan bagi tempoh 2018 hingga 2025.
List of related articles:
MyDigital dan 4iR
MyDIGITAL & RANGKA TINDAKAN (BLUEPRINT) EKONOMI DIGITAL MALAYSIA
Apakah itu MyDIGITAL?
MyDIGITAL adalah satu inisiatif yang melambangkan aspirasi Kerajaan mentransformasi Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi yang berpacukan pendigitalan dan sebagai peneraju serantau dalam ekonomi digital. Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia menggariskan usaha dan inisiatif dalam mencapai aspirasi MyDIGITAL. Rangka tindakan ini menetapkan trajektori sumbangan ekonomi digital kepada ekonomi Malaysia dan membina asas untuk memacu pendigitalan di seluruh negara, termasuk dalam merapatkan jurang digital.
Mengapa MyDIGITAL?
MyDIGITAL dirangka sebagai pelengkap kepada dasar pembangunan negara antaranya Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030). Inisiatif MyDIGITAL juga turut diselaras dengen inspirasi dalam Sustainable Developent Goals di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ekonomi digital telah dikenal pasti sebagai aktiviti pertumbuhan ekonomi utama (KEGA) bagi merealisasikan WKB 2030. Ini adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang terus membangun secara mampan, seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil serta pertumbuhan yang inklusif dan saksama.
Apakah itu ekonomi digital?
Ekonomi digital didefinisikan sebagai aktiviti ekonomi dan sosial yang melibatkan pengeluaran dan penggunaan teknologi digital oleh individu, perniagaan dan kerajaan.
Definisi ekonomi digital adalah berbeza pada peringkat global. Sejak akhir tahun 1990-an, pelbagai entiti termasuk institusi akademik dan organisasi antarabangsa telah memperkenalkan konsep ekonomi digital. Meskipun tiada definisi yang universal, teknologi digital kekal sebagai ciri asas bagi mendefinisikan ekonomi digital.
Malaysia mendefinisikan ekonomi digital sebagai:
“Aktiviti ekonomi dan sosial yang melibatkan pengeluaran dan penggunaan teknologi digital oleh individu, perniagaan dan kerajaan.”
Definisi ekonomi digital bagi Malaysia adalah berdasarkan kajian, analisis dan libat urus bersama pihak berkepentingan utama dalam sektor awam dan swasta. Antara kajian yang dirujuk termasuk daripada Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Kumpulan 20 (G20) serta kerajaan Australia dan Kanada.
Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia
Bagi meningkatkan kesediaan negara dalam menguasai ekonomi digital, kerajaan telah menyediakan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia yang akan memberikan manfaat kepada masyarakat, perniagaan dan kerajaan.
Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia menetapkan sasaran sumbangan ekonomi digital kepada ekonomi Malaysia dan membina asas untuk memacu pendigitalan di seluruh negara. Rangka tindakan ini mengandungi pelan tindakan untuk merealisasikan visi menjadikan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam ekonomi digital dan mencapai pembangunan sosioekonomi yang inklusif, bertanggungjawab dan mampan. Rangka tindakan ini juga mendokong pendekatan penyelesaian bersama dengan perniagaan dan masyarakat untuk menangani cabaran ekonomi, sosial dan persekitaran melalui kerjasama inovatif antara rakyat, sektor swasta dan kerajaan bagi mencapai sasaran outcome.
Rangka tindakan ini mempunyai Enam Teras Strategik iaitu memacu transformasi digital di sektor awam, meningkatkan daya saing ekonomi melalui digitalisasi, membangunkan infrastruktur digital, membangunkan tenaga kerja berkemahiran digital, mewujudkan masyarakat digital yang inklusif dan mewujudkan persekitaran digital yang terjamin dan beretika.
Teras ini disokong oleh 22 strategi, 48 inisiatif nasional dan 28 inisiatif peringkat sektor. Pelaksanaan rangka tindakan ini dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa 1 bermula daripada tahun 2021 hingga 2022 yang akan mengukuhkan asas penggunaan digital, Fasa 2 yang meliputi tahun 2023 hingga 2025 akan memacu transformasi digital yang inklusif dan Fasa 3 merangkumi tahun 2026 hingga 2030 yang akan menjadikan negara sebagai peneraju kandungan digital dan keselamatan siber di pasaran serantau.
Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrain Ke-4 (4IR)
Ekonomi digital adalah outcome daripada 4IR hasil daripada penerimagunaan teknologi digital yang meluas. Menurut World Economic Forum, 4IR melibatkan penggabungan pelbagai teknologi yang semakin menyatukan domain fizikal, digital dan biologi. 4IR turut membawa perubahan yang ketara dalam ekonomi, sama seperti revolusi perindustrian sebelum ini. Perubahan yang berlaku pada masa ini adalah sangat pantas yang tidak pernah terjadi dalam sejarah. Ia juga memberi kesan kepada hampir semua industri di dunia dan mentransformasi kaedah pengeluaran, pengurusan dan pentadbiran. Lonjakan penerimagunaan teknologi digital daripada 4IR dan pengintegrasian data akan mempercepat pertumbuhan ekonomi digital.
Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara
Pendekatan yang diguna dalam melaksana rangka tindakan ini termasuk pewujudan kluster yang dipacu penyampaian dan diteraju oleh menteri. Struktur tadbir urus yang dinamakan Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara ini bertujuan untuk meningkatkan kejelasan bidang fokus serta menambah baik kecekapan dan akauntabiliti secara menyeluruh yang akhirnya membawa perubahan ke seluruh negara.
Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara merupakan tadbir urus tertinggi yang ditubuhkan bagi menetapkan dasar, melaksana serta memantau strategi dan inisiatif ekonomi digital. Tadbir urus ini berteraskan keberhasilan dan menguna pakai pendekatan keseluruhan negara yang melibatkan kerjasama erat antara rakyat, sektor awam dan swasta bagi merealisasikan aspirasi MyDIGITAL.
Pelaksanaan MyDIGITAL akan dipantau oleh rangka kerja tadbir urus yang bercirikan:
- Pasukan pengurusan perubahan strategik (Strategic Change Management Office - SCMO) untuk memacu perubahan di seluruh negara, terutama bagi memupuk pemikiran digital dan inovatif dalam kalangan rakyat;
- Mekanisme pemantauan dan penilaian yang telus dan jelas untuk mewujudkan rantaian maklum balas yang lengkap;
- Enam kluster khusus yang dipengerusikan oleh Menteri dan Ketua Setiausaha Negara untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan, akauntabiliti dan usaha sama antara kementerian, dengan setiap kluster disokong oleh pakar yang mewakili 3 bidang utama, iaitu kawal selia, keselamatan siber, dan inklusiviti dan kemampanan; dan
- Garis masa yang jelas untuk pengukuran keberhasilan bagi setiap inisiatif.
*Petikan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia
Pautan:
Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia (Bahasa Malaysia);dan
Malaysia Digital Economy Blueprint (Bahasa Inggeris)Maklumat Lanjut:
Pasukan Pengurusan Perubahan Strategik (Strategic Change Management Office - SCMO) di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri di emel: g_scmo@epu.gov.my
Penilaian Kesediaan Industry4wrd
INDUSTRY4WRD


PENILAIAN KESEDIAAN INDUSTRY4WRD
Industry4WRD Readiness Assessment (Industry4WRD-RA) atau Penilaian Kesediaan Industri ialah satu program komprehensif yang dapat membantu firma-firma menilai keupayaan dan kesediaan masing-masing untuk menerima pakai teknologi dan proses-proses Industri 4.0. Penilaian ini menggunakan satu set petunjuk yang telah ditetapkan untuk memahami keupayaan dan jurang sedia ada. Petunjuk ini akan membolehkan setiap firma menyediakan strategi dan rancangan yang boleh dilaksanakan dalam menuju ke arah Industri 4.0.
Industry4WRD-RA akan membantu setiap firma untuk:
- Menentukan tahap kesediaan masing-masing dalam menerima pakai teknologi Industri 4.0;
- Mengenal pasti jurang dan ruang penambahbaikan untuk penerimaan Industri 4.0, serta peluang untuk meningkatkan dan mengembangkan produktiviti; dan
- Membangunkan strategi dan rancangan yang boleh dilaksanakan untuk melaksanakan projek-projek campur tangan yang berasaskan hasil.
INSENTIF UNTUK PENILAIAN KESEDIAAN (READINESS ASSESSMENT, RA)
- Penilaian yang dibiayai oleh kerajaan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang layak
- Pihak-pihak yang lain akan menikmati pengecualian cukai ke atas yuran RA sehingga RM27k
METODOLOGI PEMBANGUNAN
Garis Panduan Industry4WRD-RA telah dibangunkan menerusi sorotan kajian dan rundingan mendalam yang telah diadakan dengan pelbagai kementerian, agensi dan ahli akademik. Satu proses pengesahan turut dijalankan dengan beberapa organisasi antarabangsa yang ternama untuk menerima pakai amalan terbaik yang sewajarnya. Garis Panduan ini telah diuji atas syarikat-syarikat perintis daripada pelbagai sektor dan saiz untuk menentukan kesahihannya.

KHALAYAK SASARAN

PROSES PENILAIAN

KRITERIA PENILAIAN



CONTOH LAPORAN PENILAIAN

STATISTIK PENILAIAN KESEDIAAN

KESIMPULAN
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan menyokong dan membantu lebih banyak PKS dalam perjalanan transformasi i4.0 digital mereka supaya mereka kekal berdaya saing dengan memanfaatkan teknologi dan inovasi pengganggu. Ini juga penting untuk membantu perniagaan pulih daripada kesan COVID-19 dan memastikan ketahanan mereka.
Syarikat-syarikat di Malaysia digalakkan untuk melaksanakan Industry4WRD RA dan Dana Campur tangan oleh MITI untuk memulakan perjalanan transformasi mereka ke arah Industri 4.0. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di sini
Industry4wrd: Dasar Negara Mengenai Industri 4.0
Pengenalan
Dasar Industry4WRD merupakan satu dasar negara untuk transformasi sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan bagi tempoh 2018 hingga 2025. Dasar ini mengandungi tiga visi untuk menjadikan Malaysia sebagai:
- rakan strategik untuk pembuatan pintar dan perkhidmatan berkaitan di Asia Pasifik;
- destinasi utama untuk pelaburan industri berteknologi tinggi; dan
- penyedia penyelesaian menyeluruh (total solutions provider) untuk teknologi termaju.
Latar belakang
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengetuai pembangunan Dasar Industry4WRD sejak pertengahan tahun 2017 bersama beberapa kementerian utama, iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Multimedia dan Komunikasi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan, dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, serta agensi, industri dan pihak-pihak berkepentingan.
Objektif
Objektif Dasar Industry4WRD dirangka berpandukan tiga asas utama iaitu Attract (A) – Create (C) – Transform (T):
- Attract (A) – menarik pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) untuk beralih kepada aplikasi dan teknologi Industri 4.0 serta meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai sebuah lokasi pilihan bagi pembuatan pintar;
- Create (C) – mewujudkan sebuah ekosistem yang menyeluruh bagi menyokong industri menggunapakai Industri 4.0 dan menyelaras inisiatif sedia ada dalam pelbagai aspek berkaitan seperti bakat dan tenaga kerja, pembiayaan, infrastruktur dan kawal selia; dan
- Transform (T) – tranformasi sektor pembuatan secara menyeluruh untuk meningkatkan dan memperkukuh produktiviti, kecekapan kos, aplikasi teknologi dan keupayaan inovasi, pembangunan teknologi tempatan dan pewujudan lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi.
Tools/Features Yang Digunakan
Secara dasarnya, lima bidang pemboleh utama telah digariskan iaitu F.I.R.S.T:
- Pembiayaan dan Insentif berasaskan Hasil (Funding and Outcome-based Incentives) – F
- Infrastruktur Digital dan Ekosistem (Enabling Ecosystem and Efficient Digital Infrastructure) – I
- Rangka Kerja Kawal Selia dan Penerimagunaan Industri (Regulatory Framework and Industry Adoption) – R
- Meningkatkan Kemahiran Sedia Ada dan Menghasilkan Bakat Baru untuk Masa Hadapan (Upskilling Existing and Producing Future Talents) – S
- Akses kepada Teknologi Pintar dan Piawaian (Access to Smart Technologies and Standards) – T
Dasar ini mengandungi 13 strategi dan 38 pelan tindakan. Salah satu program utama di bawah Dasar ini ialah Program Industry4WRD Readiness Assessment yang telah dirancang untuk menilai tahap kesediaan sesebuah organisasi untuk beralih kepada Industri 4.0. Objektif utama program ini adalah:
- mewujudkan garis petunjuk tentang tahap kesediaan untuk organisasi dalam penggunaan elemen Industri 4.0;
- mengenal pasti bidang penambahbaikan dalam setiap dimensi yang diukur;
- mengesyorkan tindakan lanjut untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti; dan
- membangunkan garis dasar (baseline) untuk penerimagunaan industri.
Impak
Empat sasaran telah dirangka berasaskan data tahun 2016:
- Meningkatkan produktiviti pembuatan untuk setiap pekerja sebanyak 30% daripada RM106,647;
- Meningkatkan sumbangan sektor pembuatan kepada ekonomi negara daripada RM254.7 bilion ke RM392 bilion;
- Menguatkan kapasiti inovasi dan keupayaan dengan menambahbaikkan kedudukan Malaysia dalam Global Innovation Index daripada 35 ke 30 teratas; dan
- Menambah bilangan pekerja berkemahiran dalam sektor pembuatan daripada 18% ke 35%.
Rantaian Kehadapan
Penerapan Industri 4.0 akan membantu industri, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam meningkatkan kecekapan dan produktitviti supaya terus kekal relevan dan berdaya saing di peringkat domestik dan global. Dasar Industry4WRD akan menggalakkan pembangunan keupayaan inovatif dan keupayaan pembuatan sektor dan perkhidmatan yang berkaitan untuk mewujudkan teknologi, produk sendiri Malaysia dan perkhidmatan.
Maklumat Lanjut
Unit Industri 4.0, Bahagian Dasar Sektoral,
Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri
Pautan Url
Industry4WRDPelan Hala Tuju Strategik IoT Kebangsaan
Pelan Hala Tuju IoT Kebangsaan bertujuan untuk merealisasi visi Malaysia sebagai pusat utama pembangunan IoT serantau dengan misi untuk mewujudkan ekosistem IoT negara yang dapat meluaskan penggunaan dan merangsang industri IoT sebagai sumber pertumbuhan baharu ekonomi negara.
List of related articles:
Keupayaan dan Kompetensi Digital
Penjajaran masyarakat dan perusahaan fungsi dengan sistem kerajaan tempatan
List of related articles:
Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR)
Latar belakang/Overview Inisiatif
Kajian Pembangunan dan Pelaksanaan Rangka Kerja Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR) Sektor Awam yang mengambil kira pendekatan secara Whole-of-Government (WoG) dan merangka secara komprehensif hala tuju pembangunan modal insan sektor awam di era kerajaan digital telah selesai dilaksanakan pada Februari 2018. Kajian ini membantu sektor awam untuk mengenalpasti set kemahiran digital yang bersesuaian dan menjadi penanda aras untuk membangunkan bakat penjawat awam merentas skim perkhidmatan, multi-disiplin dan pelbagai peringkat jawatan.
Hasil daripada kajian tersebut, sebanyak 17 kompetensi digital bagi keupayaan organisasi dan lapan (8) kompetensi digital bagi keupayaan individu telah dikenal pasti. Susulan itu, melalui Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-sebelas 2016 - 2020, Rangka Kerja DGCCR ini sedang diterapkan ke dalam perkhidmatan awam sebagai sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membangunkan model pengoperasian kerajaan digital dan digunapakai sebagai pendekatan berstruktur serta menyeluruh bagi menyediakan pengurusan bakat yang lengkap.

DGCCR juga merupakan satu platform Kerajaan untuk membangunkan kompetensi dan keupayaan digital penjawat awam pada setiap peringkat dan peranan dalam usaha menawarkan penyampaian perkhidmatan digital yang terbaik kepada rakyat.
Objektif utama DGCCR adalah untuk :
- Mengukuhkan kemahiran dan pengurusan kemahiran digital bagi mewujudkan perkhidmatan awam masa hadapan yang mantap dan berkaliber;
- Meningkatkan kompetensi digital penjawat awam merentasi semua skim dan disiplin bagi penyampaian perkhidmatan awam yang lebih efisyen dan efektif ; dan
- Melahirkan pasukan digital champions yang boleh meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.
Program DGCCR ini juga menyokong Bidang Keutamaan D, di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-sebelas (RMKe-11) iaitu Memperkukuh Penyampaian Perkhidmatan Awam di bawah Strategi D1-Mereformasi Institusi Sektor Awam. Manakala di bawah United NationsSustainable Development Goals (SDGs), DGCCR ini turut menyokong SDGs 4 : Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all serta SDGs 8 : Decent Work and Economic Growth di bawah pelaksanaan inisiatif digital Robotic Process Automation (RPA).
Outcome/Impak
Di bawah inisiatif DGCCR, terpat beberapa komponen dan program yang telah dilaksanakan mulai tahun 2019 sehingga kini. Antara program-program dan pencapaian yang berkaitan pada tahun 2019/2020 adalah seperti yang berikut:

Secara kesimpulannya, DGCCR merupakan salah satu inisiatif penting Kerajaan untuk menggerakkan pembudayaan digital melalui program pengurusan perubahan dan mindset change dalam konteks persediaan asas bagi pemerkasaan modal insan pegawai awam itu sendiri. Melalui program-program di bawah inisiatif DGCCR yang telah dilaksanakan pada tahun 2019 dan 2020, terdapat peningkatan terhadap tahap kesedaran pegawai awam mengenai kepentingan dalam memastikan kompetensi dan keupayaan digital mereka selaras dengan keperluan semasa di samping menyokong usaha ke arah Transformasi Kerajaan Digital. Selain itu, melalui pendekatan DGCCR yang komprehensif serta melibatkan semua peringkat Persekutuan dan Negeri, isu pegawai awam yang enggan menerima perubahan digital dapat diminimumkan.
Untuk rantaian ke hadapan, beberapa program telah diserahkan kepada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) untuk dilaksanakan mulai tahun 2021. Program-program berkenaan adalah seperti DGCCR Leaders, DGCCR Certified Trainers (CT), DGCCR Learning Modules (OC & IC), dan DGCCR Online Learning. Ini adalah selaras dengan cadangan pelaksanaan Digital Government Competency Development (DGCD) iaitu satu pusat pembelajaran yang berfungsi untuk membangunkan kompetensi digital pegawai awam dengan mengambil kira perkembangan teknologi dan persekitaran semasa serta keperluan aplikasi digital dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. DGCD juga merupakan satu pendekatan berstruktur serta menyeluruh bagi penyediaan, pembangunan dan pengurusan bakat yang lengkap serta menyokong pengoperasian Kerajaan Digital.
Maklumat Lanjut
Cawangan Perundingan Human Resource Intelligence (CPHI)
Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar
Jabatan Perkhidmatan Awam
Aras 12, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
E-mel : uphi@jpa.gov.my
Penerbitan
DGCCR Sekto AwamKumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam (KWAICT)
Latar Belakang
Kerajaan telah menubuhkan KWAICT pada 13 Jun 2013 di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 melalui Surat Ikatan Amanah bagi Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam.
Tujuan
- Mengarusperdanakan pelaksanaan projek-projek ICT secara in-house yang menggunakan kepakaran dalaman untuk memastikan nilai untuk wang diperolehi bagi setiap projek atau program dilaksanakan.
- Memberi pengiktirafan dalam bentuk ganjaran kepada ahli Pasukan Projek ICT yang berjaya melaksanakan Projek ICT secara in-house dan menghasilkan penjimatan kos kepada Kerajaan.
- Menyediakan dana khas bagi membiayai Program Peningkatan Kompetensi dan Profesionalisme Pegawai Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam.
- Menghasilkan lebih banyak produk ICT tempatan melalui pengukuhan program-program Penyelidikan dan Pembangunan (Research and Development) ICT Sektor Awam.
Sumber dan Penggunaan
Sumber KWAICT diperoleh daripada Kementerian Kewangan.
KWAICT digunakan untuk tujuan pemberian ganjaran dan pembiayaan seperti yang berikut:
- Memberi ganjaran kepada ahli Pasukan Projek ICT yang berjaya melaksanakan projek ICT secara dalaman dan menghasilkan penjimatan kos kepada kerajaan. Ganjaran adalah mengikut pengiraan 40 peratus daripada jumlah penjimatan kos tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM200,000.00 bagi setiap Projek ICT dengan nilai mínimum sebanyak RM100.00 bagi setiap Ahli Pasukan Projek ICT;
- Membiayai Program Peningkatan Kompetensi dan Profesionalisme Pegawai Klasifikasi Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam bagi kursus pensijilan profesional atau kursus kemahiran insani (soft skills).
- Membiayai Program Penyelidikan dan Pembangunan(Research & Development) ICT Sektor Awam dengan pembiayaan tidak melebihi RM200,000.00 bagi satu projek. Jumlah pembiayaan dimohon meliputi kos menjalankan penyelidikan dan kos lain yang berkaitan.
Pelaksanaan
- Permohonan pemberian ganjaran dan pembiayaan daripada KWAICT hendaklah berpandukan Garis Panduan Permohonan Ganjaran dan Pembiayaan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam (KWAICT) seperti Lampiran A dalam Surat Arahan Ketua Pengarah (SAKP) Jabatan Digital Negara Bilangan 1 Tahun 2025.
- Garis panduan ini menjelaskan kaedah permohonan, syarat permohonan serta tanggungjawab agensi bagi ganjaran oleh Pasukan Projek ICT, permohonan pembiayaan Program Peningkatan Kompetensi dan Profesionalisme bagi Pegawai Klasifikasi Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam serta permohonan pembiayaan Program Penyelidikan dan Pembangunan(Research & Development) ICT Sektor Awam.
Pemakaian
SAKP ini terpakai kepada semua Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan.
Tarikh Kuat Kuasa
Merujuk Surat Arahan Ketua Pengarah (SAKP) Jabatan Digital Negara Bilangan 1 Tahun 2025 berkuatkuasa mulai 4 Mac 2025.
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan KWAICT boleh dikemukakan kepada:
Pengarah
Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur Digital
Jabatan Digital Negara
Kementerian Digital
Aras 2, Bangunan MKN Embassy Techzone
Blok B, N0. 3200, Jalan Teknokrat 2,
63000 Cyberjaya
SELANGOR DARUL EHSAN
No. Telefon : 03 – 8000 8000
E-mel : kwaict@jdn.gov.my
Web : https//www.jdn.gov.my
E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)
Pengenalan
e-Pembelajaran Sektor Awam atau EPSA adalah latihan secara dalam talian bagi memberi kemudahan kepada penjawat awam mengikuti kursus pada bila-bila masa di mana sahaja. Pembelajaran dalam talian adalah pilihan yang lebih efisien dari segi masa dan kos. Tuntutan pembelajaran sepanjang hayat yang secara tidak langsung menambah tuntutan terhadap individu supaya sentiasa mendapatkan akses kepada pengetahuan secara berterusan.
Latar belakang
Sistem e-Pembelajaran Sektor Awam atau EPSA adalah inisiatif Kerajaan Malaysia dimana INTAN telah diberikan mandat untuk menggalakkan penggunaan ICT kepada kakitangan awam untuk tujuan pembelajaran berterusan dan sepanjang hayat. Setiap penjawat awam sama ada pra, di dalam atau selepas perkhidmatan layak menjadi ahli EPSA. Keahlian EPSA bagaimanapun tertakluk kepada dasar privasi. EPSA merupakan penyelesaian pembelajaran inovatif (innovative learning solution) untuk kegunaan semua penjawat awam. Sistem EPSA membolehkan penjawat awam mengikuti kursus secara dalam talian tanpa perlu hadir secara fizikal di mana-mana institusi latihan. Sistem ini telah beroperasi secara rasmi pada 9 Julai 2007. Lokasi pelaksanaan ialah di INTAN, Bukit Kiara dan boleh dicapai oleh semua personel sektor awam, sama ada di dalam atau di luar negara. Pembangunan Sistem EPSA merupakan satu idea kreatif dan inovatif untuk membudayakan pembelajaran berterusan di kalangan penjawat awam. Ia merupakan sistem e-pembelajaran sektor awam yang pertama di Malaysia. Kaedah pembelajaran ini adalah pelengkap kepada kaedah latihan sedia ada. Sistem EPSA mampu melatih lebih ramai penjawat awam pada sesuatu masa berbanding dengan latihan dalam bilik kuliah. Sistem EPSA boleh dicapai tanpa batasan masa dan tempat sebagaimana tagline EPSA "Pembelajaran Bila-bila Masa, Di Mana Jua".
Apakah Objektif Pembangunan EPSA?
1.Menyediakan lebih peluang latihan dan pembelajaran kepada lebih ramai penjawat awam;
2.Memberi kuasa kepada penjawat awam (empowerment) dalam menentukan dan merancang program pembelajaran masing-masing;
3.Menggalakkan perkongsian sumber latihan termasuk infrastruktur dan bahan kursus;
4.Merancang dan mengikuti pembelajaran mengikut kesesuaian masa dan tempat;
5.Membudayakan pembelajaran berterusan (continuous learning); dan
6.Menyediakan kaedah pembelajaran yang memberi tumpuan pada pembelajaran secara teragih (decentralised) bagi menjimatkan kos dan masa.
Apakah impak pelaksanaan EPSA?
Antara impak pelaksanaan EPSA adalah seperti berikut:
1.Menyokong Aspirasi RMK9 dalam Pembangunan Modal Insan
EPSA menyokong dasar latihan Sumber Manusia Sektor Awam melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005 yang mewajibkan penjawat awam mengikuti sekurang-kurangnya tujuh hari kursus dalam setahun bagi mempertingkatkan minda dan seterusnya membangunkan modal insan ke arah knowledge-worker.
2.Pemantapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Pembelajaran (Learning System Delivery Service).
Sistem EPSA dapat memantapkan serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan pembelajaran di sektor awam secara langsung dan signifikan melalui cara berikut:
a.Menambah kapasiti latihan supaya lebih ramai personel boleh dilatih dalam tempoh yang lebih singkat.
b.Menjimatkan kos latihan melalui Sistem EPSA.
c.Menambah bilangan dan jam kursus yang boleh ditawarkan.
3.Peluang Pembelajaran Berterusan
Melalui EPSA penjawat awam dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di samping membina sikap yang positif dalam usaha beralih ke ekonomi berasaskan pengetahuan dan membangunkan masyarakat berpengetahuan (Knowledge-Society) serta perkhidmatan awam yang berpengetahuan (Knowledge Based Civil Service).
4.Pelaksanaan Blended Learning
EPSA menyokong pelaksanaan blended learning yang memperkayakan sistem pembelajaran di INTAN. Blended learning bertujuan melahirkan kakitangan awam yang berfikir dan berbakat di samping meningkatkan kecekapan dan keberkesanan di agensi latihan sektor awam yang lain.
PAUTAN KEPADA HALAMAN YANG SPESIFIK
EPSABandar Pintar
Asas bagi pembangunan bandar pintar adalah dalam tiga (3) Bidang iaitu Ekonomi, Alam Sekitar dan Sosial seimbang dengan enam (6) Dimensi iaitu Ekonomi Pintar, Tadbir urus Pintar, Alam Sekitar Pintar, Mobiliti Pintar, Orang Pintar dan Hidup Pintar untuk mewujudkan asas ke arah membina bandar impian.
List of related articles:
Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia (RKBPM)
Apakah Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia (RKBPM)?
Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia (RKBPM) merupakan sebuah rangka kerja peringkat nasional yang berperanan sebagai panduan dan rujukan khususnya kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kerajaan negeri, kementerian dan jabatan, pemain industri, ahli akademik serta pihak berkepentingan lain untuk merancang dan membangunkan bandar pintar yang holistik di Malaysia dan seiring dengan perkembangan semasa. Dokumen ini antara lain menerangkan definisi bandar pintar dalam konteks Malaysia, 7 komponen utama bandar pintar, hala tuju polisi dan turut menggariskan cadangan strategi dan inisiatif bandar pintar bagi setiap komponen yang boleh dijadikan contoh dan rujukan oleh pihak berkepentingan yang berhasrat untuk melaksanakan inisiatif bandar pintar di Malaysia.
Mengapa RKBPM dibangunkan?
Penyediaan RKBPM adalah berdasarkan kepentingan pelaksanaan dan pembangunan bandar pintar di Malaysia. Kerajaan Malaysia percaya bahawa bandar pintar merupakan pendekatan masa hadapan bagi perancangan, pembangunan dan pengurusan bandar yang boleh memberi penyelesaian terhadap cabaran perbandaran seperti penyampaian perkhidmatan perbandaran yang kurang cekap, pencemaran alam sekitar dan kesesakan lalu lintas, seterusnya meningkatkan kualiti hidup masyarakat bandar. RKBPM turut dibangunkan bagi memenuhi agenda nasional dan global khususnya ke arah mencapai objektif Sustainable Development Goals (SDGs) serta memastikan bahawa Malaysia sentiasa seiring dengan arus pembangunan perbandaran di peringkat global.
Kandungan RKBPM

Definisi dan Komponen Bandar Pintar
Dalam konteks Malaysia, bandar pintar ditakrifkan sebagai ‘bandar yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta kemajuan teknologi dan inovasi dalam menangani isu-isu perbandaran bagi meningkatkan kualiti hidup dan pertumbuhan ekonomi, mewujudkan alam sekitar yang mampan dan selamat serta menggalakkan pengurusan bandar yang lebih cekap’. Matlamat bandar pintar Malaysia adalah untuk menyelesaikan isu dan cabaran perbandaran ke arah mencapai kestabilan 3 tonggak utama iaitu ekonomi yang berdaya saing, alam sekitar yang mampan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.
7 komponen utama yang diberi perhatian dalam pembangunan bandar pintar di Malaysia adalah:
- Smart Economy
- Smart Living
- Smart Environment
- Smart People
- Smart Government
- Smart Mobility; dan
- Smart Digital Infrastructure
Apakah Impak Yang diperolehi Melalui RKBPM Ini?
Pembangunan RKBPM akan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan bandar pintar di Malaysia khususnya oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selaku pengurus bandar. Melalui inisiatif bandar pintar, cabaran perbandaran di peringkat tempatan akan diatasi dan dapat dilihat melalui perangkaan berdasarkan indikator yang ditetapkan oleh pelaksana inisiatif dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup pelbagai lapisan masyarakat bandar.
Rantaian Kehadapan
Bandar pintar adalah trend pembangunan baru yang diperhatikan di banyak negara di seluruh dunia. Beberapa buah bandar yang aktif dalam melaksanakan strategi bandar pintar termasuklah Amsterdam, Barcelona, Seoul, Stockholm, Singapura, Phuket dan Jakarta. Oleh itu, pembangunan bandar pintar yang terancang, bersepadu dan holistik di negara ini amat penting bagi memastikan Malaysia sentiasa seiring dengan arus pembangunan perbandaran di peringkat global.
Trend bandar pintar ini disokong oleh ledakan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) termasuk penggunaan Internet of Things (IoT), Cloud Computing, Open Data dan Big Data Analytics. Trend ini merebak dengan cepat dan akan memberi impak yang besar kepada ekonomi global dan mengubah cara hidup masyarakat dunia secara umumnya. Dalam konteks ini, Malaysia perlu bersedia menyambut gelombang revolusi digital ini dan menggunakannya untuk mengatasi cabaran dan limitasi fizikal serta mencipta kelebihan ke arah meningkatkan kualiti hidup rakyat dan memastikan pembangunan negara yang pintar dan mampan.
Maklumat Lanjut
Nama : Nurulain Bachok @ Abdul Karim
Ahmad Fareed bin Abdul Rahman
No Telefon : 03-8915509
03-88913079
Emel : nurulain@kpkt.gov.my
Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSSA)
Pengenalan
Rangka kerja keselamatan siber adalah panduan asas dan komponen keselamatan yang perlu diambil kira oleh kementerian serta agensi sektor awam bagi melindungi maklumat dalam ruang siber mereka.
RAKKSSA versi 1.0 merupakan dokumen yang menerangkan rangka kerja keselamatan siber yang mesti digunakan oleh kementerian dan agensi Sektor Awam dalam merancang perlindungan yang diperlukan bagi ruang siber masing-masing. Selain itu, Agensi pengauditan juga boleh menggunakan dokumen ini untuk memastikan Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat bagi pelaksanaan sistem ICTadalah lengkap dan menentukan tahap keselamatan dan kematangan sistem.
Rangka kerja ini juga menjelaskan tatacara pengendalian Maklumat Rahsia Rasmi dan keperluan merujuk kepada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) bagi urusan berkaitan pewujudan, pengkelasan, pengendalian, simpanan, premis dan pelupusan maklumat. Aspek penting rangka kerja ini adalah untuk memastikan prinsip keselamatan yang bersesuaian dipenuhi berdasarkan penilaian risiko dan pengolahan risiko yang diperlukan.
Mengapa RAKKSSA dibangunkan?
RAKKSSA telah dibangunkan bagi:
- Memastikan hanya satu rangka kerja keselamatan siber yang menyeluruh
- Menangani serangan dan pencerobohan siber semakin meningkat dan menggugat kestabilan dan kemakmuran negara.
- Memastikan perlindungan yang bersesuaian dengan nilai dan sensitiviti aset
- Menggantikan pekeliling dan arahan berkenaan keselamatan siber telah dikeluarkan sejak tahun 2000 dan secara berasingan serta mengandungi perincian yang menyukarkan perubahan untuk mengikut perkembangan teknologi.
Objektif
Objektif RAKKSSA adalah untuk memberi panduan asas kepada agensi dalam merancang perlindungan yang diperlukan bagi ruang siber masing-masing dan memastikan keselamatan penyampaian perkhidmatan Sektor Awam serta meningkatkan tahap keyakinan pemegang taruh.
Komponen Utama
RAKKSSA terdiri daripada lapan (8) komponen utama seperti yang digambarkan dalam rajah dibawah :
Negeri Pintar Pulau Pinang
Dokumen Agenda Negeri Pintar Pulau Pinang
Dokumen Agenda Negeri Pintar Pulau Pinang ini merupakan suatu dokumen penting yang merekodkan perjalanan Negeri Pulau Pinang ke arah menjadi sebuah Negeri Pintar Bertaraf Antarabangsa selaras dengan Visi Penang2030 yang telah digariskan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang.
Dokumen ini juga adalah selaras dengan hasrat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi melahirkan Bandar Pintar di Malaysia ketika pelancaran Kerangka Bandar Pintar Malaysia pada September 2018 dengan menekankan cabaran berhadapan dengan populasi besar penduduk di kawasan bandar terhadap agensi kerajaan.
Dokumen Agenda Negeri Pintar Pulau Pinang menggariskan 5 domain yang terdiri daripada Kerajaan Pintar, Komuniti Pintar, Persekitaran Pintar, Mobiliti Pintar dan Ekonomi Pintar yang akan memacu negeri ke arah mencapai tahap pembangunan lestari selaras dengan Agenda Pembangunan Mampan (SDG), khususnya Agenda 11 yang bermatlamatkan “Menjadikan Bandar-Bandar dan Penempatan Manusia Lebih Inklusif, Selamat, Berdaya Tahan Dan Mampan”.
Pelan Tindakan Agenda Negeri Pintar Pulau Pinang
1. Melaksanakan hala tuju negara:
Menterjemah dasar-dasar diperingkat global, nasional dan negeri kepada pelan tindakan jangka panjang diperingkat tempatan.
2. Platform kerjasama dan kolaborasi:
Menjalinkan kerjasama antara agensi, pihak berkepentingan dan pemain industri terutama berkaitan integrasi dan perkongsian data serta teknologi berkaitan smart solution.
3. Meningkatkan kualiti hidup penduduk:
Mengatasi isu dan cabaran perbandaran melalui penyelesaian smart solution dan penggunaan teknologi.
4. Menjimatkan kos jangka panjang:
Mengurangkan kos pembangunan bagi pelaksanaan inisiatif bandar pintar jika dilaksanakan secara komprehensif.
5. Panduan dan rujukan utama pelaksanaan bandar pintar:
Menjadi panduan dan rujukan agensi pelaksana, pihak berkepentingan terutamanya kepada pihak PBT dalam merancang dan melaksanakan pembangunan bandar pintar.
6. Ke arah mencapai bandar pintar:
Mempercepatkan pelaksanaan agenda bandar pintar bagi mencapai manifestasi negara ke arah negeri pintar (smart nation) agar setanding dengan bandar-bandar di peringkat antarabangsa
Untuk maklumat lanjut, sila klik disini
Program Smart city RAP 2020
Latarbelakang/Overview Inisiatif
Selaras dengan pembangunan Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia yang dilancarkan pada September 2019, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menganjurkan program Smart City Rap 2020 secara virtual sepenuhnya selama dua hari iaitu pada 18 dan 19 November 2020. Program ini turut melibatkan kolaborasi bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta rakan industri bandar pintar seperti The Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Perbadanan Putrajaya (PPj), Cyberview Sdn. Bhd, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Esri Malaysia, TMOne, Boost, Sena Traffic dan lain-lain.
Program Smart City Rap bertujuan untuk menjadi sebuah platform perkongsian idea, kepakaran dan pengalaman antara pihak berkepentingan khususnya PBT dan agensi terlibat dalam pembangunan bandar pintar di Malaysia. Objektif program ini adalah untuk i) menggalakkan pelaksanaan bandar pintar di Malaysia melalui perkongsian kepakaran dan pengalaman berkaitan bandar pintar; ii) meningkatkan kesedaran tentang keupayaan penyelesaian dan perkhidmatan bandar pintar (smart city solutions and services) dalam pengurusan dan pembangunan bandar; dan iii) mewujudkan peluang kerjasama dan kolaborasi antara Kerajaan dan pihak industri dalam pelaksanaan bandar pintar.
Peserta program ini terdiri daripada wakil-wakil daripada Kerajaan Negeri, PBT, Jabatan/Agensi Persekutuan, pihak akademia serta pemain-pemain industri bandar pintar negara. Ia melibatkan 10 sesi perkongsian daripada 15 buah agensi Kerajaan pelbagai peringkat serta pemain industri. Antara topik sesi perkongsian termasuk Accelerating Smart Cities through Strategic Partnership; Towards Smart Governance and Smart Communities; Towards Cashless Society; Improving Traffic Management Through Smart Mobility dan lain-lain. Pelaksanaan program ini serta agenda bandar pintar negara secara keseluruhannya menyokong usaha ke arah mencapai Goal 11 Sustainable Development Goals (SDG) iaitu Sustainable Cities and Communities.
Outcome/Impak
Program Smart City Rap 2020 telah diadakan melalui platform Webex dengan disertai oleh 586 peserta manakala siaran melalui Facebook live KPKT, PLANMalaysia, MIGHT, PPj dan Cyberview mendapat sebanyak 182,000 tontonan sepanjang dua hari tersebut. Penyertaan tinggi daripada pelbagai pihak berkepentingan ini menunjukkan bahawa agenda bandar pintar semakin mendapat perhatian dan menjadi hala tuju bagi perancangan, pembangunan dan pengurusan bandar pada masa kini.
Selain itu, program ini juga telah membuka lebih luas peluang kerjasama dan kolaborasi antara pihak Kerajaan dan pihak industri dalam pelaksanaan inisiatif bandar pintar melalui proses matching berdasarkan soal selidik dan penilaian program yang dilaksanakan.
Maklumat Lanjut
Nama,telefon dan e-mel pegawai untuk dihubungi:
Puan Nurulain binti Bachok @ Abdul Karim
03-88915509
Media Sosial (Facebook/Twitter/Instagram) jika ada :
https://www.facebook.com/KPKTMalaysia/
Agensi bertanggungjawab : KPKT & PLANMalaysia
https://www.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/675

Iskandar Malaysia Urban Observatory (IMUO)
Pengenalan
Iskandar Malaysia Urban Observatory (IMUO) adalah satu pusat data untuk mengumpul, mengemas kini, menganalisis, mengurus dan menyebarkan data dan maklumat di Iskandar Malaysia. IMUO bertindak sebagai sebuah pusat pengetahuan untuk meningkatkan pengetahuan bandar di seluruh Iskandar Malaysia. Sebuah pusat pemantauan dan penilaian telah ditubuhkan untuk memantau kemajuan Iskandar Malaysia dalam melaksanakan Rancangan Pembangunan Komprehensif kedua (CDPii) serta keadaan dan trend bandarnya. IMUO juga menyediakan perkhidmatan teknikal yang membantu pihak berkepentingan untuk memantau program dan sasaran dan menyediakan pembangunan kapasiti dalam melaksanakan dasar di peringkat tempatan.
Latar belakang
Projek IMUO telah termaktub di dalam Rancangan Pembangunan Komprehensif kedua (CDPii) Iskandar Malaysia, sebagai Projek Utama ke-5 (Big Move 5). IMUO juga telah mendapat sokongan daripada mesyuarat Members of Authority (MoA) Iskandar Malaysia yang dipengerusikan bersama oleh YAB PM dan YAB MB Johor serta mesyuarat Approvals and Implementation Committee (AIC) yang dipengerusikan oleh YAB MB Johor. Pihak United Nations Development Programme (UNDP) serta Unit Perancang Ekonomi (EPU) juga telah menandatangani Dokumen Projek Country Programme Action Plan (CPAP) untuk pembangunan IMUO dan IRDA dilantik sebagai agensi pelaksana bagi IMUO. Di dalam Rancangan Fizikal Negara 3, IMUO telah termaktub sebagai Regional Urban Observatory di dalam Pelan Strategik Urban Observatory untuk Malaysia.
Objektif
Objektif IMUO dibangunkan adalah seperti berikut:
1. Menjadi model pembangunan Urban Observatory yang efektif dan mampan.
2. Meningkatkan kerjasama dan perkongsian maklumat di antara agensi melalui ‘shared performance target’.
3. Transformasi agensi-agensi Kerajaan dalam membuat keputusan secara ‘informed decision’ menggunakan analitik data raya ke atas ‘authoritative data’.
4. Pemantauan indikator Sustainable Development Goals (SDGs) serta indikator Wilayah Iskandar Malaysia yang dikenalpasti secara berkesan dan telus.
Ekosistem Iskandar Malaysia Urban Observatory adalah seperti di rajah dibawah:

Antara Pilot Project IMUO yang telah dibangunkan

ESRI Urban Observatory untuk membandingkan keadaan Iskandar Malaysia dengan bandar dan wilayah negara lain

Analisis Trafik dengan menggunakan data daripada Waze

Analisis Pelawat Asing melalui pintu masuk di Iskandar Malaysia

“River Management and Monitoring Tool” (RMMT) untuk Sungai di Iskandar Malaysia
Impak
Dengan tema “Data for Decision”, IMUO membolehkan Iskandar Malaysia mengawasi dan menilai strategi dan program CDPii. IMUO akan membolehkan pelbagai output dan ‘deliverables’ yang akan menyumbang kepada visi Iskandar Malaysia ke arah sebuah metropolis bertaraf antarabangsa dan bersedia untuk fasa pasca-kemapanan melalui perkongsian data di antara kerajaan persekutuan, negeri, tempatan, pihak swasta dan komuniti ke arah sebuah “informed society”.
Rantaian Kehadapan
Ketersediaan data / maklumat yang sah secara tetap adalah salah satu prasyarat utama kepada sebuah Bandar Pintar Iskandar Malaysia yang terancang dan terurus dengan baik kerana ia akan merangsang proses perundingan secara meluas untuk membantu mengenal pasti dan mengintegrasikan keperluan “urban information”. Sehubungan dengan itu, kerjasama dan perkongsian data di antara kementerian dan agensi adalah penting untuk merealisasikan impian sebagai Kerajaan Digital Malaysia.
Maklumat Lanjut
Iskandar Sabri Rahmat
+60197172200
Nuzul Farisya Bt Ahmad Fadzil
+60172168065
Pautan URL
Rancangan Pembangunan Komprehensif kedua Iskandar MalaysiaAnalitis Data Raya
Data Raya (Big Data) merupakan satu ledakan informasi yang seiring dengan pertumbuhan ekosistem penggunaan mobile dan data internet. Pelbagai jenis data berstruktur daripada sistem dan peranti seperti sensor dan IoT (Internet of Things), serta data tidak berstruktur daripada media sosial seperti blog, facebook, twitter, video CCTV dan sebagainya telah menyokong pertumbuhan Data Raya yang besar, pelbagai, pantas menghasilkan data, dan bernilai (volume, variety, velocity, value) sehingga kepada terabyte dan petabyte data. Perkembangan fenomena Data Raya dan ketersediaan teknologi telah mendorong pertumbuhan inovasi baharu dan membuka ruang agensi Kerajaan dan Swasta bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat. Analitis Data Raya merujuk kepada penggunaan Data Raya untuk tujuan analitis bagi menghasilkan visualisasi dan aplikasi yang bermanfaat dari segi membantu dalam membuat keputusan dan perancangan.
List of related articles:
Inisitif Analitis Data Raya Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (BDA NRES)
Inisiatif Analitis Data Raya Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (BDA NRES)
Projek Analitis Data Raya Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (BDA NRES) telah dimulakan pada tahun 2016 melibatkan pembangunan Rangka Kerja Big Data dan dua (2) projek rintis. Rangka Kerja Big Data yang dibangunkan tersebut merupakan satu garis panduan strategik bagi memacu pelaksanaan big data di Kementerian dan juga jabatan di bawahnya. Pada tahun 2019-2024 sebanyak tiga (4) kes bisnes BDA NRES telah dibangunkan.
Kes bisnes BDA NRES tersebut seperti berikut :
- Penggunaan Bersepadu Maklumat Air Tanah dalam Pengurusan Sumber Air Negara (GroW) untuk Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).
- Penganalisaan dan Peramalan Insiden Kebakaran Hutan Dalam Hutan Simpanan Kekal Di Semenanjung Malaysia (Forest Fire) untuk Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM).
- Malaysia Adaptation Index (MAIN) untuk Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM).
- Pengurusan Maklumat Bersepadu Bencana Geologi Tanah Runtuh Negara (GeoSlide) untuk Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).
Faedah Pelaksanaan Projek
- Membantu dalam pembuatan keputusan yang lebih baik dan tepat berpacukan kepintaran data. Dengan menganalisis sejumlah besar data, pihak pengurusan dapat mengenal pasti corak dan trend yang membantu meramalkan jangkaan masa depan dan membuat keputusan strategik.
- Membantu dalam pengurusan risiko yang lebih awal dengan menyediakan strategi dan mengurangkan kesan impak terutama berkaitan alam sekitar dan bencana.
- Membuat peramalan dan perancangan yang lebih terancang kerana keupayaan BDA meramalkan trend masa depan berdasarkan data sejarah. Ini membantu dalam perancangan sumber, pengurusan tenaga kerja, dan penyediaan perkhidmatan yang lebih responsif.
- Perkongsian data merentasi agensi dapat menjimatkan kos pengumpulan dan penyimpanan data secara berulang. Seterusnya dapat meningkatkan kecekapan operasi dan mempercepat proses kerja. Ketersediaan data ini dapat memoptimunkan pembuatan keputusan yang lebih berinformasi dan strategik
- Memperkasa keberkesanan pelaksanaan projek BDA Kementerian bagi tempoh jangka masa panjang
Maklumat Pegawai :
Ts. Noreen Farisa binti Mohd Nuri
Penolong Setiausaha
Bahagian Pengurusan Maklumat
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
Telefon: 03–8091 7075 | noreen@nres.gov.my
Laman Rasmi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian AlamPusat Analitik Data Raya Negara (NBDAC)
Latar Belakang
Pusat Analitik Data Raya Negara (NBDAC) ditubuhkan bertujuan untuk menyokong hasrat Kerajaan dalam memastikan setiap perancangan dan pembuatan keputusan berlandaskan analitik data selaras dengan inisiatif Kerajaan Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR). WKB 2030 yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 5 Oktober 2019 turut menggariskan kepentingan data raya yang merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada perubahan kaedah membuat keputusan oleh pihak kerajaan dan swasta. Justeru, penubuhan NBDAC perlu dipercepatkan bagi memperkukuh Sistem Statistik Negara dan membantu kerajaan mempermudahkan keputusan dasar serta menjadi pusat pengumpulan data secara bersepadu. Penubuhan NBDAC turut diberi penekanan sekali lagi dalam Pembangunan Pangkalan Data dan Profil bagi Sektor Informal dan pasaran buruh yang amat terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Penubuhan NBDAC ini turut mengambilkira langkah proaktif DOSM dalam membangunkan Projek Data Raya yang dikenali sebagai STATSBDA mulai Disember 2016 sehingga Mei 2018. Tiga modul utama telah dibangunkan iaitu Trade by Enterprise Characteristics (TEC), Price Intelligence (PI) dan Public Maturity Assessment on Official Statistics (PMAOS) dengan meliputi structured dan unstructured data. Tiga (3) modul sampingan turut dibangunkan iaitu Real Time Business Status (RTBS), Real Time News on Official Statistics (RTOS) and BizCode@Stats. Seterusnya DOSM juga sedang meneroka pioneer pilot project NBDAC antaranya Estimating Malaysia Rubber Plantation Area and Productivity Using Satellite Imagery and Machine Learning dan Mobile Positioning Data.
Antara manfaat pewujudan NBDAC adalah maklumat berstruktur atau tidak berstruktur dapat diproses secara pantas, real time dan tepat, Oleh itu, pembuatan keputusan dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan. Di samping itu juga NBDAC menggabungkan kumpulan professional daripada Kementerian/Jabatan/Agensi yang pakar dalam bidang sains data. Produk NBDAC ini pasti dapat dimanfaatkan oleh semua Kementerian/ Jabatan/ Agensi di Malaysia dan juga organisasi antarabangsa.
Objektif
NBDAC berperanan selaku pusat pentadbiran bagi analitik data raya negara, di mana ia bertanggungjawab dalam pengumpulan data secara bersepadu, sebagai hub penyebaran data, mengurus, menyelaras dan menganalisis data raya daripada pelbagai agensi dan sumber data bagi keperluan negara. Fungsi utama NBDAC adalah seperti berikut:
- Pusat pembangunan produk Analitik Data Raya Nasional
- Pusat Penyelidikan dan Inovasi
- Menjadi pakar rujuk dalam bidang sains data raya
- Pusat rujukan dan pengumpulan bahan rujukan berkaitan sains data
- Peneraju dalam penggubalan dasar analitik data
Impak/Outcome
Berikut adalah impak/outcome daripada penubuhan NBDAC:
- Memperkasakan perkhidmatan Sektor Awam dengan pelaksanaan analitik data raya
- Meningkatkan produktiviti, kompetensi dan kecekapan perkhidmatan Sektor Awam
- Memperkukuhkan jalinan kerjasama di antara Perkhidmatan Sektor Awam dengan Universiti dan Sektor Swasta
- Penghasilan statistik secara komprehensif, tepat, cepat dan real time
Maklumat Pegawai
Jamaliah Jaafar
Ketua Core Team Analitik Data Raya
Jabatan Perangkaan Malaysia
03–8885 7703 | 6 03–8888 9221 | * jamaliah@dosm.gov.my
FacebookTwitterDOSMBig Data Analytics / Sistem Data Entry
Latar belakang / Overview Inisiatif
Bahagian DSF dan BPTM MOSTI telah membangunkan sistem data entry bagi memudahkan pengemaskinian maklumat oleh pemberi dana dan agensi pembiaya. Sistem ini akan berintegrasi dengan Dashboard MOSTI bagi tujuan paparan visualisasi analitik data raya. Kebaikan sistem ini adalah seperti berikut:
- Memudahkan penyediaan pelaporan pemberian dana dan paparan visualisasi data merupakan data terkini serta sahih;
- Memudahkan proses pengumpulan data menglibatkan 6,000 projek daripada 9 pengurus dana;
- Mengurangkan human error semasa proses pengumpulan data; dan
- Pengurusan atasan dapat mengenal pasti entiti penerima dana yang menerima lebih daripada satu pembiayaan atau mengenal pasti pertindihan dalam pemberian dana melalui visualisasi data menggunakan platform Dashboard MOSTI.
- Kemudahan untuk mengakses maklumat saintifik.
- Meningkatkan akses kepada data penyelidikan
- Mengenal pasti masalah dan meningkatkan keberkesanan perkhidmatan.
- Keupayaan membuat keputusan yang lebih baik dan pantas
- Menambahbaik hasil operasi atau aktiviti
- Meningkatkan produktiviti, penggunaan aset kerajaan secara efisien dan ketelusan
- Memperluas penglibatan sains, teknologi dan inovasi di dalam proses untuk merangka polisi (evidence based policy)
- Kecerdasan buatan dan analitik data raya untuk sains, teknologi dan inovasi
Outcome/Impak
1. Analisis dan visualisasi data start-up dan dana telah dibuat dalam Dashboard MOSTI.
2. Pengumpulan dan pengemaskinian data selepas penyelarasan sebelum ini menggunakan template excel yang melibatkan:
- 95 medan data (bagi start-up & dana)
- 46 medan data (bagi start-up yang terlibat dengan pembangunan kapasiti)
- Mengambilkira pecahan berdasarkan kategori ekonomi (MCIS) dan R&D (MRDCS) termasuk bidang keutamaan 10/10 STIE.
3. Bagi memudahkan pengemaskinian data, Kementerian telah membangunkan satu (1) sistem untuk kemaskini data secara real time. Sistem data entry Big Data Analytic (BDA) boleh di akses dengan memasukkan login id dan kata laluan di pautan berikut di sini
4. Dashboard data dapat digunakan sebagai informasi dan analisis dengan melayari laman web ini dan terus ke pautan Dashboard Data Analytic dengan masukkan login id dan kata laluan.
Berikut merupakan paparan yang boleh didapati dari Dashboard Data Analytic

Rajah 1
Rajah 1 menunjukan rumusan syarikat start-up di bawah MOSTI. Maklumat tentang setiap agensi dan berapa jumlah bilangan Start-up dapat dilihat terus melalui bar chart. Jumlah agensi juga diklasifikasikan mengikut The Malaysia Standard Industrial Classification (MSIC) code. Sehubungan itu, dapat mengelakkan kesalahan dalam mengambil jumlah bilangan start-up menggunakan excel seperti sebelum ini.

Rajah 2
Berdasarkan Rajah 2, jumlah dana MOSTI untuk start-up di asingkan mengikut agensi pemberi dana. Agensi pemberi dana terbanyak akan berada diatas sekali di dalam bar chart. Jumlah peratusan syarikat bumiputera dan bukan bumiputera yang menerima dana juga dapat diasingkan dan dipaparkan melalui pie chart.

Rajah 3
Perincian maklumat syarikat start-up mengikut agensi dibawah MOSTI dapat dilihat di Rajah 3. Dari sini, pihak MOSTI dapat mengenal pasti syarikat yang menerima lebih daripada satu dana. Jadual di bawah bar chart memaparkan Nama Projek dan Deskripsi Projek untuk setiap agensi dan jumlah dana yang diluluskan, ini memudahkan pihak MOSTI untuk menganalisis jika terdapat pertindihan di dalam pemberian dana.

Rajah 4
Klasifikasi bidang dapat dilihat di Rajah 4. Terdapat dua klasifikasi di sini iaitu, klasifikasi aktiviti ekonomi syarikat start-up mengikut MSIC Code dan klasifikasi berdasarkan aktiviti R&D atau The Malaysian Research and Development Classification System (MRDCS) di agensi MOSTI. Ini dapat memudahkan laporan yang akan di buat mengikut klasifikasi ini tanpa memerlukan analisis lain, memandangkan terdapat pecahan bagi setiap kategori.

Rajah 5

Rajah 6
Rajah 5 dan Rajah 6 menunjukkan analisis regression berdasarkan kategori MSIC dan MRDCS. Seperti di Rajah 4 juga, ini akan membantu mempercepatkan analisis dan laporan tentang kedua dua kategori ini.

Rajah 7
Analisa kes contoh adalah berdasarkan Rajah 7:
Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2014. Syarikat membangunkan sistem biometrin bagi kegunaan pagar keselamatan di lapangan terbang. Syarikat juga ada menerima dana daripada Teraju dan Plattcomm
Simulasi power BI menunjukkan agensi menerima bantuan daripada agensi bawah MOSTI bagi setiap fasa pembiayaan start ups
Sekiranya melihat daripada fasa pembiayaan , syarikat seharusnya telah establish di Malaysia.

Rajah 8
Analisa menggunakan Power BI perbandingan dana bilangan projek/ dana yang diluluskan berbanding dengan 5 sektor utama KDNK negara dan ianya adalah selari berdasarkan laporan ekonomi oleh DOSM.
Maklumat Lanjut
Sebarang masalah berhubung sistem,sila hubungi pegawai berikut:
1. En Kamarul Arifin Bin Musa: 03-88858744;
2. En. Mohammad Farez Bin Mat Hasbi; 03-88858096;
3. En. Ridzuan Bin Mohamad Saharan; 03-88858104;
Pembangunan Kompetensi Dalam Bidang Sains Data Di Sektor Awam
LATAR BELAKANG
Era digital telah bertapak di negara kita seiring dengan perubahan yang berlaku di peringkat global. Kemunculan dan kepesatan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) yang bersifat disruptif berpotensi merubah landskap sosio-ekonomi dunia dengan ketara. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah merangka Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara bagi memastikan Malaysia dapat memanfaatkan inovasi dan penggunaan teknologi 4IR secara beretika untuk mendepani perubahan sosio-ekonomi yang strategik.
Senario dan trend semasa ini memerlukan kita mengubah cara kita memberikan perkhidmatan kepada rakyat agar perkhidmatan awam terus diyakini dan dihargai. Di sektor awam juga, penggunaan teknologi 4IR seperti Artificial Intelligence (AI), Internet of Things (IoT), Blockchain dan Analitis Data Raya dalam menghasilkan aplikasi pintar berimpak tinggi merupakan pendekatan yang diberi keutamaan bagi memacu transformasi digital sektor awam seperti mana ditetapkan dalam Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 dan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).
DATA RAYA SEKTOR AWAM (DRSA)
Aplikasi data raya sebagai salah satu emerging technologies adalah signifikan untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos operasi organisasi melalui perancangan dan pembuatan keputusan yang tepat, berkesan dan inklusif berasaskan data. Berpaksikan mandat yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri dalam mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC Malaysia (ICM) Bilangan 25 pada 14 November 2013, MAMPU telah berkolaborasi dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk menerajui pelaksanaan analitis data raya (Big Data Analytics, BDA) di sektor awam. Mandat ini juga menjadi titik tolak pelaksanaan beberapa projek Data Raya Sektor Awam (DRSA) seperti Projek Rintis DRSA, Projek Peluasan DRSA dan Projek DRSA 2.0. Tiga (3) objektif pelaksanaan DRSA adalah meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan berpacukan analitis data, mengoptimumkan penggunaan dan perkongsian data bagi membudayakan inovasi penciptaan produk data yang berpaksikan rakyat (citizen centric) serta membangunkan kompetensi penjawat awam dalam bidang Sains Data.
PEMBANGUNAN KOMPETENSI DALAM BIDANG SAINS DATA
Sejak bermulanya DRSA pada tahun 2015, MAMPU telah melaksanakan pelbagai program kesedaran yang meliputi libat urus, taklimat, seminar, pameran dan roadshow; sesi khidmat nasihat dan perundingan serta pembangunan kompetensi dalam bidang Sains Data kepada penjawat awam melalui pelaksanaan latihan, kursus pensijilan serta coaching bagi membangunkan produk data dengan bimbingan pihak syarikat. Antara objektif pembangunan kompetensi adalah untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran dalam analitis data raya serta melahirkan ramai Saintis Data bagi menyokong hasrat kerajaan ke arah transformasi penyampaian perkhidmatan digital kerajaan berteraskan kepintaran data.
Sebanyak 13 siri latihan dalam pelbagai domain Sains Data telah dilaksanakan kepada lebih 211 peserta bermula pada tahun 2019 seperti perincian berikut:

Manakala, kursus pensijilan mula dilaksanakan pada tahun 2020 dan dikategorikan kepada tiga (3) trek mengikut bidang kepakaran dalam Sains Data iaitu Data Engineer (DE), Data Scientist (DS) dan Data Analyst (DA). Setiap trek merangkumi tiga (3) tahap iaitu Fundamental, Intermediate dan Advance. Di antara kursus pensijilan yang telah dilaksanakan adalah Talend Data Integration Basics & Advanced (Fundamental), Talend Data Integration Administration (Intermediate), Talend Big Data Basics & Advanced (Advance), RapidMiner Professional (Fundamental), RapidMiner Master (Intermediate), RapidMiner Advanced (Advanced), Self-Service Analytics withTableau Desktop (Fundamental) dan Self-Service Analytics with Tableau Desktop (Intermediate). Hingga kini jumlah keseluruhan penjawat awam daripada agensi yang telah dilatih adalah seramai 331 orang.
Pelaksanaan coaching bagi membimbing agensi membangunkan produk data secara in-house telah berjaya menghasilkan 30 produk data dengan penglibatan seramai 118 pegawai yang terdiri daripada business expert serta pegawai teknikal bermula daripada Projek Peluasan DRSA dengan 8 produk data dan Projek DRSA 2.0 dengan 22 produk data. Namun bagi memastikan kesinambungan dan kelestarian produk yang dihasilkan, agensi disarankan untuk mewujudkan satu pasukan khusus bagi meneruskan usaha yang telah dimulakan dan adalah menjadi satu kerugian sekiranya usaha ini terhenti separuh jalan. Pelaksanaannya juga hendaklah dijadikan sebagai Sasaran Kerja Tahunan dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) agensi. Dengan cara ini, diharapkan matlamat untuk menjadikan analitis data sebagai sumber rujukan utama dalam perancangan dan pembuatan keputusan akan menjadi kenyataan dan budaya kerja di sektor awam.
OUTCOME / IMPAK
Secara umumnya, sepanjang tempoh enam tahun pelaksanaan DRSA, dapat diperhatikan terdapat peningkatan kesedaran, pemahaman dan penerimaan agensi sektor awam tentang peri pentingnya penggunaan analitis data dalam membantu agensi merancang dan membuat keputusan yang tepat dan berkesan. Namun bagi memanfaatkan potensi dan nilai kepintaran data ini, kita perlu secara berterusan memupuk budaya perkongsian data, membina keupayaan dan kompetensi dalam bidang analitis data dan yang lebih penting lagi literasi data yang berupaya membaca, menulis dan berkomunikasi tentang data mengikut konteks yang diperlukan. MAMPU sentiasa komited memberikan perkhidmatan kepada sektor awam untuk terus mengeksplorasi, menganalisis dan mempersembahkan kelebihan data raya bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi data raya dan menikmati nilai-nilai kepintaran data yang dihasilkan daripadanya.
Maklumat Lanjut
Maklumat Perhubungan: Pasukan DRSA (bda@mampu.gov.my)
Makmal Analitis Data Raya Kerajaan Digital (BDA-DGL)
Makmal Analitis Data Raya Kerajaan Digital (BDA-DGL) adalah inisiatif yang terhasil daripada Memorandum Persefahaman tiga pihak antara MIMOS, MAMPU dan MDeC, yang ditandatangani pada Januari 2015. Makmal ini memungut data mentah (raw data) dari lombong data (data lake) sebelum menjalankan pembersihan data (data cleansing), pengharmonian data (data harmonisation), pengawanamaan data (data anonymisation), keselamatan dan perlindungan data, pecutan data (data acceleration), analisis data, dan pembayangan data (data visualisation); bertujuan memperoleh pemahaman dan wawasan (insights) daripada data yang dikumpulkan oleh kementerian dan agensi Kerajaan serta media sosial. Semua aktiviti penyelidikan dan pembangunan data raya dalam makmal ini dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya ketetapan keselamatan, integriti dan kedaulatan data Kerajaan.
Latar Belakang
Sejak pelancaran BDA-DGL hingga kini, inisiatif ini telah Berjaya menyampaikan beberapa projek di peringkat nasional, antaranya:
- Kementerian Kewangan
- Fiscal Big Data Analytics
- Cost of Living Big Data Analytics
- Sistem Maklumat Pemerolehan Kerajaan (MyGPIS)
- Kementerian Kesihatan
- Sistem Maklumat Rawatan Perubatan
- Malaysian Health Data Warehouse (MyHDW)
- Patient Registry Information System
- Food Safety and Services Malaysia
- Unified Teleprimary Care & Oral Health Clinic Information System (TPC-OHCIS)
- Kementerian Dalam Negeri
- Intelligent Command Centre & Communication System
- Malaysia Integrity Test
- Intelligent Integrated Surveillance System
- Sistem Pengurusan Lokap Pintar (SMART Lokap)
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Sistem Maklumat Nasional Isu-isu Sosial (MaNIS)
- Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (dahulu)
- Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara
- Hydro-Climate Data Analysis Accelerator (HyDAA)
- Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
- Mi-Trace (sistem jejak dan kesan eksport hasil tani premium)
- Kementerian Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar (dahulu)
- MARA Intelligent Virtual Learning System (IVLS)
Objektif
Pewujudan BDA-DGL bertujuan mempercepat pelaksanaan Analitis Data Raya (Big Data Analytics) dalam sektor Kerajaan. Secara khusus, makmal ini mempunyai matlamat untuk:
- Menggalak dan menyumbang kepada aliran bebas data, maklumat dan ilmu dengan cara yang mematuhi kerahsiaan dan keselamatan
- Mempertingkat mutu dan kecekapan dalam penyampaian khidmat Kerajaan dengan memanfaatkan keupayaan data sebagai satu sumber yang berharga
- Menjadikan Malaysia sebagai Hab Data Raya di rantau ASEAN.
Impak
Pewujudan BDA-DGL dilihat telah dapat meninggalkan impak besar kepada penyampaian khidmat Kerajaan, dengan cara-cara berikut:
- Menyediakan pusat data nasional secara guna sama dalam kalangan agensi-agensi Kerajaan
- Memahami dan memenuhi keperluan rakyat dengan lebih tepat melalui data dan maklumat demografik yang lebih menyeluruh dan terperinci
- Membangunkan penyelesaian melalui Strategi Lautan Biru dengan kaedah berkongsi data dan saling penyuburan (cross-fertilisation)
- Menambah baik proses membuat keputusan melalui cabang-cabang teknologi Big Data seperti perlombongan data (data mining), analitis ramalan (predictive analytics) dan lain-lain
- Meningkatkan produktiviti dan kecekapan kerja serta penyampaian khidmat dengan mengurangkan penggunaan data bersendirian (data in silos), dan menggantikan tenaga insan dengan sistem komputer.
Rantaian Ke Hadapan
Pada awal 2019, MITI mengumumkan satu dasar perdagangan dan melancarkan inisiatif Industri 4.0. Perkembangan ini bermakna lebih banyak aplikasi berkaitan Industri 4.0 akan dibangunkan, yang seterusnya akan meningkatkan bilangan data yang akan diproses.
Pada awalnya, aplikasi seperti pengesanan anomali dan analisis punca akan mengelakkan kejejalan dan meningkatkan kecekapan operasi. Selanjutnya pelbagai teknik analisis yang menampilkan pembelajaran mesin (machine learning) akan menyumbang dalam meningkatkan tahap automasi.
Dengan teknologi data dan analitik yang pesat berkembang, persoalan seterusnya adalah bagaimana syarikat akan mengintegrasikan keupayaan ini ke dalam operasi dan strategi mereka, dan bagaimana mereka akan mengaturkan kedudukan dalam gelanggang di mana keupayaan analitik mampu merubah persaingan industri dengan begitu pantas.
Bagi sebilangan individu atau organisasi, untuk menggunakan data dalam membuat keputusan bukanlah sesuatu yang mudah. Malah, terdapat syarikat yang telah melabur dalam keupayaan data dan analisis masih canggung dalam mendapatkan nilai dari data yang mereka kumpulkan.
Oleh itu, sebagai sebahagian daripada inisiatif Data Raya untuk Industri 4.0, MIMOS akan memberi tumpuan kepada menawarkan latihan dalam bidang Sains Data, bekerjasama dengan rakan industri untuk mempromosikan Pengilangan Pintar menggunakan teknik pembelajaran mesin baharu (novice machine learning techniques) dan mengembangkan platform berasaskan Kecerdasan Buatan untuk industri.
MAKLUMAT LANJUT
Pegawai untuk dihubungi: Dr Ong Hong Hoe
Telefon: 03 8995 5186
Emel: hh.ong@mimos.my
Media Sosial
Peluasan Analitis Data Raya Sektor Awam (DRSA)
Pengenalan
Rentetan kejayaan Projek Rintis DRSA pada tahun 2015 hingga 2016, insiatif DRSA diteruskan dengan pelaksanaan Projek Peluasan Analitis DRSA. Peluasan DRSA telah dilaksanakan selama 12 bulan bermula pada 23 November 2016 hingga 22 November 2017. Projek ini menggunakan pendekatan coaching untuk pembangunan produk Data Raya oleh syarikat dengan kerjasama MAMPU dan 12 agensi. Agensi yang terlibat adalah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), MOA, Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), JPM.
Outcome Peluasan Drsa
- Penerbitan Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 2 tahun 2016 yang bertujuan untuk membimbing agensi Sektor Awam dalam pelaksanaan Analisis Data Raya dengan mengamalkan kaedah atau metodologi yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam.
- Penghasilan Panduan Metodologi Analitis Data Raya Sektor Awam (DRSA) atau Buku Panduan Metodologi DRSA yang menyediakan rangka kerja metodologi dan proses untuk pelaksanaan projek Data Raya.
- Pembangunan kompetensi penjawat awam dalam bidang Sains Data melalui kerjasama dengan universiti dan industri.
- Pembangunan produk data secara inhouse selepas mengikuti latihan/coaching yang menepati keperluan kes bisnes agensi, memenuhi kehendak stakeholder dan dapat menangani ‘touch point’ rakyat.
Impak Peluasan DRSA
Pendekatan coaching yang diperkenalkan telah membolehkan lapan (8) daripada 12 agensi yang terlibat dengan projek ini menyiapkan kes bisnes mereka dengan jayanya. Agensi tersebut ialah MAMPU, MITI, MOE, MOF, KeTTHA, SPA, KeTTHA dan Jabatan Audit Negara. Antara visualisasi yang dihasilkan:


Rantaian Kehadapan
Dengan kejayaan Peluasan DRSA, MAMPU meneruskan kerancakkan inisiatif DRSA dengan pelaksanaan Projek Analitis DRSA 2.0 yang memberi fokus kepada pembangunan kompetensi penjawat awam dalam bidang Sains Data melalui Latihan Kompetensi dan Latihan Pensijilan. Pendekaan coaching akan diteruskan kepada lebih banyak agensi Sektor Awam agar mereka mampu membangunkan produk data secara inhouse tanpa bergantung kepada pihak syarikat.
Latihan Pembelajaran Mesin
Pengenalan
Pembelajaran mesin adalah suatu bidang di bawah sains komputer yang merangkumi aplikasi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence). Ia menyediakan sistem keupayaan pembelajaran secara automatik dan mempelajari melalui pengalaman tanpa diprogramkan.
Pembelajaran mesin memberi tumpuan kepada pembangunan program komputer yang boleh mengakses data dan menggunakannya untuk belajar secara kendiri. Ianya merangkumi analitis secara Descriptive, Diagnostic, Predictive dan Prescriptive. Proses pembelajaran bermula dengan pemerhatian data, pembelajaran melalui pengalaman pengecaman pola dan trend. Ini secara tidak langsung akan membenarkan ia membuat keputusan yang lebih baik di masa hadapan melalui pembelajaran-pembelajarannya.
Matlamat utama pembelajaran mesin adalah untuk membolehkan komputer belajar secara automatik tanpa diberi arahan atau bantuan dari manusia dan ia akan menyesuaikan tindakan sewajarnya. Pembelajaran mesin akan meneroka pengkajian, pembinaan algoritma dan pembinaan model yang boleh dipelajari serta peramalan data bagi membuat keputusan berdasarkan data-data secara analitis.
Latar Belakang
Sejajar dengan Teras 2, Kerajaan Berpacukan Data di dalam Pelan Strategik ICT Sektor Awam(PSICTSA) 2016 – 2020, pelan berkaitan Data Raya akan dibangunkan dan diluaskan kepada keseluruhan kementerian dan agensi Kerajaan untuk menyokong kejayaan pelaksanaan Program Transformasi Nasional serta mempertingkatkan sistem penyampaian agensi Sektor Awam dan Pembelajaran Mesin merupakan salah satu inisiatif di bawah program Data Raya.
Objektif
Objektif melaksanakan Pembelajaran Mesin adalah seperti berikut:
- Mendedahkan kepada penjawat awam di dalam kaedah analitis data yang lebih sistematik dan efektif
- Memudahkan ramalan dilakukan dengan lebih terperinci dan tepat
- Membantu pihak Kerajaan di dalam membuat keputusan melalui analitis yang dibuat
- Menjimatkan kos perbelanjaan Kerajaan menerusi eksplorasi data dan ramalan yang melibatkan perbelanjaan, bajet dan perolehan Kerajaan.
- Meningkatkan penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat
Impak
Kakitangan Kerajaan dapat membangunkan analitis data melalui kaedah Pembelajaran Mesin secara kendiri dan seterusnya menyumbang kepada pembuat dasar dan pembuat keputusan di dalam Kerajaan bagi menentukan hala tuju negara.
Ini secara tidak langsung akan memberi manfaat dan meningkatkan tahap kesejahteraan dan kualiti hidup yang lebih baik untuk rakyat secara amnya.
Rantaian Kehadapan
Kecerdasan buatan dan teknologi yang berkaitan akan digunakan di pelbagai industri di seluruh dunia. Ianya juga akan menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita menjelang 2020.
Gartner juga meramalkan bahawa menjelang 2020, kecerdasan buatan akan menjadi salah satu daripada lima keutamaan pelaburan utama. Pembelajaran mesin yang merupakan salah satu cabang di dalam kecerdasan buatan perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelbagai kementerian dan agensi Kerajaan.
Walaubagaimanapun, pada masa kini kebanyakan organisasi tidak mempunyai kakitangan yang mahir bagi memanfaatkan teknologi ini. Dalam menuju ke arah Kerajaan Digital, kakitangan Kementerian dan agensi Kerajaan perlu mahir dan pakar di dalam bidang berkenaan bagi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan bertumpukan rakyat dengan menghapuskan kerenah birokrasi, memperluas liputan perkhidmatan, meningkatkan akauntabiliti dan penjimatan perbelanjaan Kerajaan.
Sehubungan dengan itu, latihan dan kursus berkaitan dengan Pembelajaran Mesin dan kecerdasan buatan perlu di berikan secara terperinci kepada penjawat awam bagi merealisaikan impian sebagai Kerajaan Digital.
Maklumat Lanjut
Saifuddin Bin Mohd
03-88723167
Pautan Url Berkaitan
Gartner Press ReleaseData Raya Sektor AwamGaris Panduan DRSAAnalitis Data Raya Sektor Awam 2.0 (DRSA 2.0)
Pengenalan
Analitis DRSA 2.0 sebagai kesinambungan pelaksanaan Projek Rintis DRSA dan Projek Peluasan DRSA yang telah dimulakan sejak tahun 2015. Ia bertujuan untuk meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan inisiatif Analitis Data Raya di Sektor Awam dengan menambah jumlah pembangunan produk data serta perbangunan kompetensi penjawat awam dalam bidang Sains Data agar agensi dapat melaksanakan analitis data raya secara dalaman di agensi masing-masing.
Secara keseluruhan, skop projek merangkumi pembangunan produk data oleh syarikat (12 produk data) dan secara coaching (5 produk data), latihan kompetensi, latihan pensijilan, pengurusan projek, pengurusan perubahan, security posture assessment (SPA) dan kajian impak.
Objektif
- Menambah baik proses membuat keputusan bagi membolehkan perancangan yang lebih strategik dan pemantauan perkhidmatan kerajaan dengan lebih berkesan.
- Melaksanakan analisis data bagi mendapatkan pengetahuan atau insight yang berciri diskriptif, diagnostik, prediktif dan preskriptif ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
- Meningkatkan keupayaan penjawat awam dalam bidang Sains Data melalui coaching dan latihan.
- Memaksimumkan penggunaan dan perkongsian data Kerajaan dan data media sosial bagi membudayakan inovasi berpacukan pelbagai jenis data (data driven).
Rantaian Kehadapan
Analitis DRSA 2.0 dijangka akan dilaksanakan pada September 2019 hingga Disember 2020. Semua 24 kementerian akan dijemput untuk diberi taklimat berkenaan projek ini serta terlibat sama untuk membangunkan produk data agensi masing-masing. Jadual pelaksanaan DRSA 2.0 adalah seperti berikut:


Pendekaan coaching dan latihan akan diberi penekanan agar lebih banyak agensi Sektor Awam mampu membangunkan produk data secara inhouse tanpa bergantung kepada pihak ketiga/third party. Hal ini secara tidak lansung dapat memastikan hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan sistem perkhidmatan kerajaan berpacukan data dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan.
Robotik
Pembangunan kompetensi oleh pihak industri melalui penwujudan Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) serta pelaksanaan program inovasi penciptaan robotik bermula seawal pendidikan rendah sehingga ke peringkat antarabangsa.
List of related articles:
Robotik
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), ialah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Berkhidmat sebagai titik tumpuan, pusat penyelarasan dan agensi pemikir bagi industri automotif negara, ia berfungsi meningkatkan teknologi, modal insan, rantaian bekalan, jangkauan pasaran dan keupayaan selepas jualan semua pihak berkepentingan dan ekosistem automotif.
Objektif utama MARii ialah meningkatkan daya saing industri automotif dan keseluruhan mobiliti termasuk Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) dan Perkhidmatan Berkaitan melalui penyerapan teknologi robotik dan IoT. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.marii.my.
Persidangan dan Pameran Robotik dan Teknologi Automasi Antarabangsa Malaysia (Robotex) ialah sebuah platform robotik profesional yang direka untuk pemain pasaran dan pemegang taruh industri untuk meneroka teknologi robotik terkini yang baru memasuki pelbagai industri. Ia bertujuan untuk mengumpul pemain pasaran dan pengunjung seluruh negara di bawah satu bumbung bagi berkongsi dan menukar idea tentang trend teknologi yang pesat berkembang yang boleh menjadikan perniagaan anda berkembang melalui tanggapan yang unggul, pemahaman dan penciptaan kepentingan peluang perniagaan yang luar biasa, yang berada di hadapan.
Blockchain
Usaha Malaysia dalam blockchain telah bermula sejak tahun 2015 dan berkembang pesat di fintech, pasaran kaunter, fasiliti perdagangan, kriptografi dan teknologi teragih yang melibatkan agensi kerajaan, industri, organisasi bukan perniagaan dan akademia.
List of related articles:
Projek Perintis Blockchain- Inovasi Perkhidmatan Kerajaan - Lesa
Latar belakang / Overview Inisiatif
MOSTI bersama MAMPU dan Jabatan Laut serta penerima dana NTIS iaitu Syarikat Thuleen Sdn Bhd sedang membangunkan satu sistem (proof of concept) yang berasaskan teknologi Blockchain bagi tujuan simpanan rekod dalam bentuk digital yang menyimpan data-data transaksi. Data-data ini akan disimpan dalam satu blok yang akan membentuk satu rantaian blok apabila terdapatnya pertambahan data yang lain.
Rantaian blok ini disimpan di rangkaian awam yang terdiri daripada sejumlah nod. Nod-nod ini secara umumnya adalah gabungan komputer-komputer (atau lebih dikenali sebagai miners) yang dihubungkan di rangkaian awam tertutup secara peer to peer (p2p) tanpa pelayan (server) sebagai perantara. Setiap nod mempunyai salinan rantaian blok yang sama. Bermakna jika ada blok-blok baru yang wujud, setiap nod akan menerima salinan blok-blok baru tersebut.
Berasaskan kepada teknologi oleh Ethereum Foundation yang telah memperkenalkan proses verifikasi menggunakan kod aturcara tanpa melibatkan penggunaan perkakasan komputer. Pembangunan projek ini telah membenarkan aturcara dan aplikasi web dibangunkan di atas platform blockchain (juga dikenali sebagai smart contracts dan decentralised application).
Ini akan membolehkan Jabatan Laut mengeluarkan lesen berdasarkan non-fungible token (atau “NFT”) kepada pemegang lesennya. NFT ini yang mematuhi piawaian ERC 721, boleh disahkan oleh aplikasi "penimbang tara/verifier" dengan mengimbas kod respons pantas (QR) yang dipaparkan pada pemilik (pemegang lesen) permohonan.
Ethereum yang membentuk rangkaian (blockchain) akan dihoskan di antara Jabatan Laut Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (“MOSTI”) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (“MAMPU”) menggunakan infrastruktur sedia ada di Pusat Data Sektor Awam (PDSA).
Topologi penyelesaian digambarkan dalam Rajah A berikut.

Objektif projek
Berikut adalah objektif projek:
Hanya pengeluar yang sah iaitu pegawai yang mewakili Jabatan Laut Malaysia boleh cipta dan pindahkan non-fungible token (atau “NFT”) yang mewakili lesen kepada pemilik yang sah (pemegang lesen) lesen menggunakan LESA.
Penimbang tara (Verifier) akan dapat mengesahkan NFT bahawa ia wujud, tulen dan dimiliki dalam masa 60 saat berdasarkan lima (5) parameter:
- data / rekod pemegang lesen;
- bukti yang dihasilkan oleh LESA;
- skema dan schemaId;
- kunci awam pemilik, dan;
- alamat kontrak pintar yang digunakan oleh pemiliknya (iaitu Jabatan Laut).
Outcome/Impak
Hasil daripada kejayaan Projek Perintis Blockchain secara (Proof of Concept) LESA – Blockchain menggunakan infrastruktur sedia ada Pusat Data Sektor Awam akan memberikan kelebihan seperti berikut:
1. Ketelusan
LESA-Blockchain menyimpan data dengan cara yang telus. Ia menyimpan data pada rangkaian yang diedarkan. Anggota akan berkongsi data yang sama di rangkaian blockchain dan dengan kata lain, mustahil untuk mengubah maklumat di blok di mana data mereka ada.
2. Keselamatan dan Privasi
Ini adalah sistem desentralisasi di mana tidak ada pihak berkuasa pusat yang mempunyai kawalan mutlak terhadap data.
3. Kecekapan & Kepantasan
Seluruh proses dan semua urus niaga dijaga oleh anggota yang terlibat. Kekemasan dalam pemprosesan terjamin kerana tidak ada luar yang terlibat dalam urusan tersebut. Ini adalah kaedah termudah dan cepat untuk berkongsi data.
4. Penjimatan
Kejayaan projek ini akan secara drastik dapat mengurangkan kos pemprosesan kerana kurangnya pihak berkepentingan yang terlibat. Tidak ada caj / yuran pihak ketiga, yuran transaksi, atau bayaran tambahan tersembunyi yang lain.
Kejayaan projek ini juga akan membuka peluang kepada mana-mana agensi kerajaan lain untuk menggunakan platform dan teknologi blockchain secara guna sama yang dilihat telah terbukti berjaya.
Sebagai verifier aplikasi LESA boleh diakses menerusi capaian berikut iaitu: https://spk-lesa.mosti.gov.my


Pihak penguatkuasa boleh mengimbas QR kod yang ditunjukkan oleh pemilik kapal bagi tujuan semakan maklumat bagi setiap sijil kapal.
Berikut merupakan contoh maklumat berkaitan pendaftaran kapal yang disimpan di dalam blockchain setelah diimbas menerusi QR kod:



Pemilik kapal juga mempunyai pilihan bentuk data yang boleh dikongsikan:


Maklumat Lanjut
Sebarang masalah berhubung sistem, sila hubungi pegawai berikut:
Shahrizal Shahrudin
03-8885 8203
Rosliza Hamzah
03-8885 8872
Adi Azlan Mohd Ali
03-8872 3057
Inisiatif Teknologi Blockchain dan Teknologi Lejar Teragih (DLT) di Malaysia 2019
Pengenalan
Teknologi Blockchain dan Teknologi Lejar Teragih (DLT) adalah merupakan teknologi internet asli yang sering dibandingkan dengan Internet sebagai suatu teknologi transformatif. Teknologi Blockchain dan Teknologi Lejar Teragih (DLT) berkongsi beberapa persamaan, iaitu kedua-duanya ialah set protokol perisian (digital) yang membenarkan komunikasi tanpa keizinan antara mesin (contoh komputer ke komputer, komputer ke telefon pintar, dsb). Internet lebih menumpukan kepada penyampaian data tetapi blockchain dan teknologi lejar teragih (DLT) menumpukan kepada transaksi atau pertukaran nilai (contoh, aset digital seperti kriptowang, identiti, dsb).
Malaysia sedang meneliti teknologi “blockchain” yang merangkumi kedua-dua blockchain [sejenis teknologi lejar teragih (DLT)] dan teknologi lejar teragih (DLT) sebagai satu entiti, seiring dengan inisiatif yang sedang dijalankan di peringkat ISO, iaitu TC 307 (Jawatankuasa untuk Teknologi Blockchain dan Teknologi Lejar Teragih). Malaysia adalah merupakan salah satu ahli pengasasnya Jawatankuasa ini.
Latar Belakang
Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil peranan utama sebagai penggerak blockchain dan inisiatif awal kerajaan ini bermula pada 2015 ditumpukan kepada sistem kewangan melalui pembangunan fintech.
Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) menumpukan usahanya kepada teknologi blockchain kerana ciri-ciri teknologi blockchain banyak menyumbang kepada Revolusi Industri Keempat seperti yang diketengahkan dalam Forum Ekonomi Dunia. Pada tahun 2016 MIGHT telah memperkenalkan teknologi ini kepada pasaran dan masyarakat umum dengan pelancaran beberapa program, antaranya kerjasama dengan Andreas Antonopoulus dan Persidangan Blockchain Kuala Lumpur pada tahun 2017. Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) telah menjalankan beberapa acara yang melibatkan blockchain/startup yang berkaitan dengan fintech dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) turut terlibat dalam usaha kesedaran melalui acara “Finnovasia” dan “Meet Vitalik” serta membantu urusan permohonan perniagaan baru blockchain untuk status MSC (insentif cukai).
Pada tahun 2017, MIGHT menyertai Jabatan Standard Malaysia (JSM) dan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti MIMOS, MDEC, MCMC, Jabatan Perlindungan Data Peribadi (PDPA), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), BNM dan SC dalam membentuk National Mirror Committee berkenaan Blockchain dan Teknologi Lejar Teragih (DLT) yang dinamakan T/C/G 15. Agensi-agensi ini akan dimaklumkan tentang perkembangan kerja-kerja semasa menerusi jawatankuasa ini dan platform lain.
Usaha-usaha melibatkan teknologi ini telah melonjak dengan ketara pada tahun 2019. Inisiatif yang diterajui industri ini disokong oleh “komuniti-komuniti” blockchain (yang bertanggungjawab dalam pembangunan teras bitcoin, Ethereum, NEM, NEO dan lain-lain) serta pegawai-pegawai kerajaan dan agensi-agensi. Agensi Kerajaan seperti MIGHT dan MIMOS serta Kementerian-Kementerian seperti Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan telah melibatkan pengusaha tempatan dan global di platform antarabangsa untuk meneroka teknologi tersebut melalui pendekatan Pembuktian Konsep. Sila rujuk lampiran untuk perincian.
Penyataan Masalah
Blockchain merupakan sebahagian daripada trend pendigitalan yang semakin meluas di seluruh dunia dan telah memberi kesan mendalam kepada perniagaan serta perhubungan sosial. Malaysia perlu meneliti elemen-elemen berikut untuk memahami konsep Blockchain:
- Bagaimana ia boleh dimanfaatkan sebagai satu alat, atau sebahagian daripada set alat teknologi untuk mendorong negara ke arah digitalisasi.
- Bagaimana ia boleh membantu dalam mempertingkatkan industri tempatan.
- Kerajaan hendaklah menumpukan kepada kekuatan Blockchain dan mengurangkan penelitian kepada cabaran Blockchain dengan menyediakan garis panduan melalui polisi dan dokumen rasmi.
- Bagaimana pengenalan “pengagihan kuasa pusat” dan “komuniti” sebagai tulang belakang dalam membangunkan industri boleh membantu “inisiatif yang diterajui industri” untuk melangkau ke tahap yang baharu.
Objektif
Objektif Teknologi Blockchain dan Teknologi Lejar Teragih (DLT) adalah untuk membina kesedaran dalam kalangan pengusaha industri tempatan dan orang awam mengenai impak Teknologi Blockchain dan lain-lain impak teknologi seperti model perniagaan, pengurusan rantaian nilai, kedudukan persaingan, penyalahgunaan oleh komplot penipuan, dsb. kepada ekonomi dan masyarakat am.
Alat/Ciri yang digunakan
- Penglibatan pihak berkepentingan (Alat rangkaian)
- Pendedahan media
- Acara
- Laporan
Pencapaian
Sila rujuk pada lampiran.
Statistik/Rajah/Visual/Ikon
Boleh diakses melalui Laporan Blockchain dan Teknologi Lejar Teragih (DLT) Malaysia 2019 (Sasaran Julai 2019)
Rantaian Kehadapan
Usaha yang dijalankan oleh Kerajaan adalah berterusan dan merupakan kerja dalam proses. Contohnya, ISO T/C/G/15 dan penambahbaikan modal pasaran melalui pertukaran aset digital oleh SC. Sejajar dengan mandat dalam melaksanakan pembangunan industri yang melibatkan teknologi tinggi, MIGHT akan terus berbincang dan berganding bahu dengan organisasi yang boleh membantu meningkatkan tahap persaingan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Maklumat Lanjut:
Pegawai untuk dihubungi:
Mastura Ishak
myForesight, MIGHT
mastura@might.org.my
+603 83157888 / +60146651303
Media Sosial
Twitter: MIGHT@mightmalaysia
Laman web:
MightKenderaan Berautonomi
Usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mendapatkan faedah dari kemajuan teknologi dalam kenderaan berautonomi demi merealisasi kenderaan masa hadapan.
List of related articles:
Augmented Reality Untuk Sistem Pemetaan Utiliti Bawah Tanah
Pengenalan
Augmented Reality (AR) merupakan satu teknologi yang boleh membawa pengguna mengalami keadaan di mana maklumat maya ditindih (overlay) ke dunia nyata. Dengan cara ini, pengguna boleh berhubung dengan dunia sebenar serta menerima data atau statistik pada masa yang sama. Interaksi data, grafik, audio dan penambahbaikan deria yang lain dalam persekitaran dunia nyata yang dipaparkan dalam masa nyata - dunia yang sebenarnya kita lihat, dunia di mana kita benar-benar bekerja, dunia yang kita lalui setiap hari.
Dalam konteks pemetaan utiliti bawah tanah, pembangunan Augmented Reality for Underground Utility Mapping System (ARUUMS) melibatkan data-data utiliti yang terdapat dalam Pangkalan Data Utiliti Kebansaan (PADU), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) akan dimasukkan dalam peranti dan ditindih dengan dunia nyata.

Latar belakang
ARUUMS merupakan antara inisiatif ICT Kerajaan yang dibangunkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11. Projek ini telah siap sepenuhnya pada 27 Februari 2021. Portal ARUUMS berupaya menjadi satu platform maklumat setempat yang dipertingkatkan dengan gabungan data utiliti daripada pelbagai jabatan/agensi yang lain. Portal ini dibangunkan adalah untuk memberi kemudahan capaian maklumat berasaskan web (web-based) yang menyediakan maklumat lengkap berserta metadata berkenaan data-data pemetaan utiliti dan taburan liputan data utiliti.
ARUUMS akan memaparkan data GIS di atas dunia nyata, membolehkan perancangan yang rapi dan keputusan segera dapat dibuat dilapangan secara terus serta pengguna mendapatkan maklumat berkaitan utiliti bawah tanah secara hakiki.
Modul-Modul Dalam ARUUMS
1. Administrator Module
Modul ini merupakan modul induk yang bertindak sebagai pengawal utama dalam lapisan portal ARUUMS. Modul ini akan mengawal dan menyelia modul-modul yang terdapat dalam portal. Modul ini digunakan oleh Bahagian Pemetaan Utiliti (BPU), JUPEM untuk menguruskan dan memantauan penggunaan portal ARUUMS.
2. User Module
Modul ini mengurus dan mentadbir akaun pengguna. Pengguna terdiri daripada warga BPU dan juga agensi-agensi penyedia utiliti. Modul ini adalah untuk pengguna membuat pendaftaran, mengemaskini profil, paparan dan dashboard pengguna berdasarkan kepada peranan pengguna.
Modul ini juga berkeupayaan untuk menyediakan Application Programming Interface (API) bagi kemudahan integrasi sistem dengan mengambilkira konsep single sign on (SSO) bagi pengguna yang berdaftar di sistem-sistem yang digunakan di Bahagian/ Seksyen JUPEM.
3. Workflow Module
Modul ini lebih kepada pengguna BPU untuk melaksanakan aliran proses kerja di dalam pejabat BPU dan aktiviti kerjaluar secara masa hakiki.
4. GIS and Interactive Map Module
Modul ini adalah paparan utama peta interaktif untuk portal ARUUMS. Ia menyediakan beberapa peta asas, lapisan (layer) data spatial, dan menyediakan tools yang berkenaan untuk kegunaan peta interaktif.
5. Repository Module
Modul ini melibatkan sub-modul data application, sub-modul document (non-spatial) dan sub-modul layer yang bertujuan untuk menyimpan dan berkongsi data spatial. Repository Module berfungsi memaparkan peta secara dinamik dan interaktif dan menyokong pelbagai format data GIS iaitu vektor dan raster. Kebenaran akses bagi setiap lapisan dalam modul ini akan ditentukan oleh pentadbir dan pemilik data.
Impak Pengunaan ARUUMS
1. Mobiliti
Bergantung kepada teknologi AR yang dimuatkan dalam peranti mudah alih seperti telefon bimbit, tablet dan komputer riba, mengurangkan beban dan meningkatkan mobiliti kerja-kerja di lapangan dalam mengenal pasti dan menggambarkan infrastruktur bawah tanah. Jaringan terus ke PADU dan lapangan mengurangkan kebergantungan untuk pelan hardcopy semasa tinjauan dan pengumpulan data serta data boleh dimasukkan ke dalam peranti mudah alih dan dikemas kini ke dalam PADU.
2. Masa
Teknologi AR berkesan digunakan di lapangan kerana ia meningkatkan tindak balas untuk memberi respons lebih cepat atau membuat keputusan melalui paparan visualisasi 3D.
3. Visualisasi Maya
Dengan klasifikasi 3D, ketepatan data utiliti bawah tanah dari sudut kedalaman, saiz, panjang dan koordinat XY diambil kira. Penyeragaman data utiliti bawah tanah daripada pelbagai agensi penyedia utiliti dan data JUPEM adalah penting untuk memastikan data itu boleh dipercayai dan difahami.
Faedah Penggunaan ARUUMS
- Dapat menentukan kedudukan aset utiliti semasa proses-proses kerja pemasangan yang membolehkan juruteknik/kontraktor tidak lagi perlu mentafsirkan rajah manual.
- Penggunaan aplikasi AR mampu menetapkan satu standard kerja yang baru yang dapat mengelakkan daripada berlakunya kerosakan aset-aset utiliti semasa proses penggalian serta dapat mengelakkan berlakunya kesilapan semasa proses penandaan konkrit/asfalt.
- Dapat mengelakkan daripada berlakunya gangguan bekalan utiliti yang tidak dirancang yang disebabkan oleh kerosakan yang berpunca dari pihak ketiga.
- Dapat membangunkan prosedur kerja yang lebih sistematik untuk tujuan keselamatan dan operasi bagi kejadian yang tidak dapat dijangka yang boleh menyebabkan risiko, bahaya atau kerosakan kepada aset utiliti, kontraktor ataupun orang awam.
- Mewujudan satu sistem peta utiliti yang diselaraskan kepada standard JUPEM
- Mewujudkan satu sistem rujukan spatial yang terurus membolehkan maklumat data utiliti bawah tanah diakses oleh pengguna dengan lebih tepat, lengkap dan dikemaskini tanpa kebimbangan daripada permasalahan kerja-kerja di lapangan yang mungkin timbul disebabkan kepelbagaian skala, orientasi, simbologi dari sistem maklumat spatial yang berbeza.
- Dapat akses segera ke persekitaran 3D melalui pelbagai jaringan internet. Ini secara tidak langsung membolehkan pengguna memperolehi maklumat mengenai ketepatan kedudukan aset utiliti seperti yang dinyatakan dalam metadata seperti maklumat atribut dan juga foto-foto yang diambil secara langsung semasa kerja-kerja pemasangan utiliti.
- Mengurangkan bebanan proses kerja luar dengan kembali semula ke pejabat.
- Agensi Penyedia Utiliti dapat melihat data-data utiliti yang telah mereka bekalkan kepada JUPEM.
Halatuju
Berdasarkan kerjayaan JUPEM dalam penggunaan teknologi AR, maka ia akan menjadi rujukan kepada Agensi Kerajaan, Agensi-agensi Penyedia Utiliti dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam pengurusan aset utiliti bawah tanah masing-masing. ARUUMS yang disokong dengan maklumat utiliti bawah tanah yang berkualiti tinggi dapat membantu perancangan yang rapi, dapat mengurangkan risiko dan mengelakkan kerosakan infrastruktur utiliti di lapangan. Ini sudah pasti akan dapat mengurangkan kos pengalihan aset utiliti yang melibatkan perubahan kadar harga bagi projek-projek kerajaan yang selanjutnya juga akan mengurangkan tempoh masa pelaksanaan sesuatu projek.
Maklumat Lanjut
Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan Utiliti)
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Tingkat 4, Bangunan Ukur
Jalan Sultan Yahya Petra
505078 Kuala Lumpur
Tel : 03-2617 0800
PENJANA KPT-PACE
PENGENALAN
Pada tahun 2021, Kementerian Pengajian Tinggi telah diluluskan peruntukan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi melaksanakan Program PENJANA KPT-Pensijilan Profesional (PENJANA KPT-PACE). Program ini memberi fokus kepada pemberian sijil profesional sebagai nilai tambah graduan bagi meningkatkan peluang kebolehpasaran. Program-program di bawah inisiatif Penjana KPT-PACE bertujuan membantu pelajar semester akhir dan graduan 2021 membiayai kos atau yuran mengikuti kursus sijil profesional yang berkaitan dengan bidang pengajian.
Susulan itu, Sistem Pemohonan PENJANA KPT-PACE sedang dibangunkan di bawah Portal Graduates Reference Hub for Employment and Training (GREaT), Kementerian Pengajian Tinggi. Sistem ini bertujuan untuk memudahkan pegawai penyelaras KPT-PACE untuk menghantar permohonan program-program yang ingin ditawarkan di bawah PENJANA KPT-PACE.
OBJEKTIF
Sistem Pemohonan PENJANA KPT-PACE bertujuan untuk memantau penawaran program oleh IPT, pelaksanaan program oleh syarikat penganjur program yang dilantik oleh IPT, bilangan permohonan dan penawaran program, kehadiran program serta prestasi perbelanjaan peruntukan yang telah disalurkan di bawah PENJANA kepada KPT bagi melaksanakan program ini. Data penawaran dan pelaksanaan program yang dikumpulkan dalam bentuk pelaporan berstruktur, akan dikemukakan kepada agensi penyelaras program peningkatan kemahiran di bawah PENJANA iaitu Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF), Kementerian Sumber Manusia.
RANTAIAN KE HADAPAN (Way Forward)
Sistem ini dilengkapkan agar permohonan daripada universiti awam dapat dilaksanakan melalui Portal GREaT secara terus. Penyelaras program di universiti awam tidak lagi perlu menggunakan google form bagi menghantar permohonan. Selain itu, modul penawaran program PENJANA KPT-PACE serta pelaporan pelaksanaan program sedang ditambah baik bagi menjadikan sistem ini lebih fleksibel untuk mengendalikan program yang sangat dinamik akibat perubahan-perubahan yang perlu dilaksanakan susulan peningkatan kes COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.
IMPAK
Pembangunan sistem ini akan memberi impak positif seperti berikut:
1. IPT
- Menawarkan program, mengemaskini maklumat program, memantau permohonan program serta menjana pelaporan pelaksanaan Program PENJANA KPT-PACE secara terus melalui sistem; dan
- Memantau prestasi syarikat yang dilantik untuk melaksanakan program bagi pihak IPT.
2. KPT
- Mengakses data dengan cepat dan mudah untuk penyediaan laporan dan maklum balas; dan
- Menganalisis trend dan menambah baik dasar dan mekanisme pelaksanaan Program PENJANA KPT-PACE; dan
- Menjana laporan pelaksanaan Program PENJANA KPT-PACE kepada pemegang taruh.
3. HRDF
- Mengakses data dengan cepat dan mudah untuk penyediaan laporan dan maklum balas program peningkatan kemahiran di bawah PENJANA; dan
- Menjana laporan pelaksanaan Program PENJANA KPT-PACE kepada Kementerian Kewangan.
MAKLUMAT LANJUT
Nama : Encik Chandra Mohgan a/l Lechman
No Telefon : 03-88706558
Emel : chandra.mohgan@mohe.gov.my
PAUTAN URL
MOHEKenderaan Berautonomi
Kenderaan berautonomi telah mendapat perhatian awam melalui penciptaan penyelesaian baru dalam meningkatkan keselamatan kenderaan, penggunaan tenaga yang lebih baik, tempat letak kenderaan yang lebih efisien serta pengurangan kos dalam pembinaan jalan dan infrastruktur baru.
Menurut Persatuan Jurutera Automotif ; tahap autonomi menggunakan skala 1 hingga 5, dimana 1 menggambarkan tahap bantuan memandu yang rendah, dan 5 menggambarkan tahap automasi lengkap—tanpa menuntut sebarang pemantauan dan intervensi pemandu.
Kecerdasan Buatan (AI) ialah teknologi utama dalam pembangunan kenderaan berautonomi atau pandu sendiri. AI bukan sahaja berkeupayaan untuk mengumpul dan menganalisis data menerusi sensor dan kamera tetapi ia juga mampu menyesuaikan diri dengan keadaan dan belajar melalui pembelajaran mesin.
Apabila AI dipasangkan dengan sebuah kenderaan, ia membolehkan kenderaan tersebut berautonomi dan membuat keputusan sendiri tanpa campur tangan pemandu menerusi pengumpulan dan analisa data yang berterusan.
marii