Analitis Data Raya
Makmal Analitis Data Raya Kerajaan Digital (BDA-DGL)
Makmal Analitis Data Raya Kerajaan Digital (BDA-DGL) adalah inisiatif yang terhasil daripada Memorandum Persefahaman tiga pihak antara MIMOS, MAMPU dan MDeC, yang ditandatangani pada Januari 2015. Makmal ini memungut data mentah (raw data) dari lombong data (data lake) sebelum menjalankan pembersihan data (data cleansing), pengharmonian data (data harmonisation), pengawanamaan data (data anonymisation), keselamatan dan perlindungan data, pecutan data (data acceleration), analisis data, dan pembayangan data (data visualisation); bertujuan memperoleh pemahaman dan wawasan (insights) daripada data yang dikumpulkan oleh kementerian dan agensi Kerajaan serta media sosial. Semua aktiviti penyelidikan dan pembangunan data raya dalam makmal ini dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya ketetapan keselamatan, integriti dan kedaulatan data Kerajaan.
Latar Belakang
Sejak pelancaran BDA-DGL hingga kini, inisiatif ini telah Berjaya menyampaikan beberapa projek di peringkat nasional, antaranya:
- Kementerian Kewangan
- Fiscal Big Data Analytics
- Cost of Living Big Data Analytics
- Sistem Maklumat Pemerolehan Kerajaan (MyGPIS)
- Kementerian Kesihatan
- Sistem Maklumat Rawatan Perubatan
- Malaysian Health Data Warehouse (MyHDW)
- Patient Registry Information System
- Food Safety and Services Malaysia
- Unified Teleprimary Care & Oral Health Clinic Information System (TPC-OHCIS)
- Kementerian Dalam Negeri
- Intelligent Command Centre & Communication System
- Malaysia Integrity Test
- Intelligent Integrated Surveillance System
- Sistem Pengurusan Lokap Pintar (SMART Lokap)
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Sistem Maklumat Nasional Isu-isu Sosial (MaNIS)
- Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (dahulu)
- Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara
- Hydro-Climate Data Analysis Accelerator (HyDAA)
- Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
- Mi-Trace (sistem jejak dan kesan eksport hasil tani premium)
- Kementerian Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar (dahulu)
- MARA Intelligent Virtual Learning System (IVLS)
Objektif
Pewujudan BDA-DGL bertujuan mempercepat pelaksanaan Analitis Data Raya (Big Data Analytics) dalam sektor Kerajaan. Secara khusus, makmal ini mempunyai matlamat untuk:
- Menggalak dan menyumbang kepada aliran bebas data, maklumat dan ilmu dengan cara yang mematuhi kerahsiaan dan keselamatan
- Mempertingkat mutu dan kecekapan dalam penyampaian khidmat Kerajaan dengan memanfaatkan keupayaan data sebagai satu sumber yang berharga
- Menjadikan Malaysia sebagai Hab Data Raya di rantau ASEAN.
Impak
Pewujudan BDA-DGL dilihat telah dapat meninggalkan impak besar kepada penyampaian khidmat Kerajaan, dengan cara-cara berikut:
- Menyediakan pusat data nasional secara guna sama dalam kalangan agensi-agensi Kerajaan
- Memahami dan memenuhi keperluan rakyat dengan lebih tepat melalui data dan maklumat demografik yang lebih menyeluruh dan terperinci
- Membangunkan penyelesaian melalui Strategi Lautan Biru dengan kaedah berkongsi data dan saling penyuburan (cross-fertilisation)
- Menambah baik proses membuat keputusan melalui cabang-cabang teknologi Big Data seperti perlombongan data (data mining), analitis ramalan (predictive analytics) dan lain-lain
- Meningkatkan produktiviti dan kecekapan kerja serta penyampaian khidmat dengan mengurangkan penggunaan data bersendirian (data in silos), dan menggantikan tenaga insan dengan sistem komputer.
Rantaian Ke Hadapan
Pada awal 2019, MITI mengumumkan satu dasar perdagangan dan melancarkan inisiatif Industri 4.0. Perkembangan ini bermakna lebih banyak aplikasi berkaitan Industri 4.0 akan dibangunkan, yang seterusnya akan meningkatkan bilangan data yang akan diproses.
Pada awalnya, aplikasi seperti pengesanan anomali dan analisis punca akan mengelakkan kejejalan dan meningkatkan kecekapan operasi. Selanjutnya pelbagai teknik analisis yang menampilkan pembelajaran mesin (machine learning) akan menyumbang dalam meningkatkan tahap automasi.
Dengan teknologi data dan analitik yang pesat berkembang, persoalan seterusnya adalah bagaimana syarikat akan mengintegrasikan keupayaan ini ke dalam operasi dan strategi mereka, dan bagaimana mereka akan mengaturkan kedudukan dalam gelanggang di mana keupayaan analitik mampu merubah persaingan industri dengan begitu pantas.
Bagi sebilangan individu atau organisasi, untuk menggunakan data dalam membuat keputusan bukanlah sesuatu yang mudah. Malah, terdapat syarikat yang telah melabur dalam keupayaan data dan analisis masih canggung dalam mendapatkan nilai dari data yang mereka kumpulkan.
Oleh itu, sebagai sebahagian daripada inisiatif Data Raya untuk Industri 4.0, MIMOS akan memberi tumpuan kepada menawarkan latihan dalam bidang Sains Data, bekerjasama dengan rakan industri untuk mempromosikan Pengilangan Pintar menggunakan teknik pembelajaran mesin baharu (novice machine learning techniques) dan mengembangkan platform berasaskan Kecerdasan Buatan untuk industri.
MAKLUMAT LANJUT
Pegawai untuk dihubungi: Dr Ong Hong Hoe
Telefon: 03 8995 5186
Emel: hh.ong@mimos.my
Media Sosial
