Analitis Data Raya
Pusat Analitik Data Raya Negara (NBDAC)
Latar Belakang
Pusat Analitik Data Raya Negara (NBDAC) ditubuhkan bertujuan untuk menyokong hasrat Kerajaan dalam memastikan setiap perancangan dan pembuatan keputusan berlandaskan analitik data selaras dengan inisiatif Kerajaan Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR). WKB 2030 yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 5 Oktober 2019 turut menggariskan kepentingan data raya yang merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada perubahan kaedah membuat keputusan oleh pihak kerajaan dan swasta. Justeru, penubuhan NBDAC perlu dipercepatkan bagi memperkukuh Sistem Statistik Negara dan membantu kerajaan mempermudahkan keputusan dasar serta menjadi pusat pengumpulan data secara bersepadu. Penubuhan NBDAC turut diberi penekanan sekali lagi dalam Pembangunan Pangkalan Data dan Profil bagi Sektor Informal dan pasaran buruh yang amat terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Penubuhan NBDAC ini turut mengambilkira langkah proaktif DOSM dalam membangunkan Projek Data Raya yang dikenali sebagai STATSBDA mulai Disember 2016 sehingga Mei 2018. Tiga modul utama telah dibangunkan iaitu Trade by Enterprise Characteristics (TEC), Price Intelligence (PI) dan Public Maturity Assessment on Official Statistics (PMAOS) dengan meliputi structured dan unstructured data. Tiga (3) modul sampingan turut dibangunkan iaitu Real Time Business Status (RTBS), Real Time News on Official Statistics (RTOS) and BizCode@Stats. Seterusnya DOSM juga sedang meneroka pioneer pilot project NBDAC antaranya Estimating Malaysia Rubber Plantation Area and Productivity Using Satellite Imagery and Machine Learning dan Mobile Positioning Data.
Antara manfaat pewujudan NBDAC adalah maklumat berstruktur atau tidak berstruktur dapat diproses secara pantas, real time dan tepat, Oleh itu, pembuatan keputusan dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan. Di samping itu juga NBDAC menggabungkan kumpulan professional daripada Kementerian/Jabatan/Agensi yang pakar dalam bidang sains data. Produk NBDAC ini pasti dapat dimanfaatkan oleh semua Kementerian/ Jabatan/ Agensi di Malaysia dan juga organisasi antarabangsa.
Objektif
NBDAC berperanan selaku pusat pentadbiran bagi analitik data raya negara, di mana ia bertanggungjawab dalam pengumpulan data secara bersepadu, sebagai hub penyebaran data, mengurus, menyelaras dan menganalisis data raya daripada pelbagai agensi dan sumber data bagi keperluan negara. Fungsi utama NBDAC adalah seperti berikut:
- Pusat pembangunan produk Analitik Data Raya Nasional
- Pusat Penyelidikan dan Inovasi
- Menjadi pakar rujuk dalam bidang sains data raya
- Pusat rujukan dan pengumpulan bahan rujukan berkaitan sains data
- Peneraju dalam penggubalan dasar analitik data
Impak/Outcome
Berikut adalah impak/outcome daripada penubuhan NBDAC:
- Memperkasakan perkhidmatan Sektor Awam dengan pelaksanaan analitik data raya
- Meningkatkan produktiviti, kompetensi dan kecekapan perkhidmatan Sektor Awam
- Memperkukuhkan jalinan kerjasama di antara Perkhidmatan Sektor Awam dengan Universiti dan Sektor Swasta
- Penghasilan statistik secara komprehensif, tepat, cepat dan real time
Maklumat Pegawai
Jamaliah Jaafar
Ketua Core Team Analitik Data Raya
Jabatan Perangkaan Malaysia
03–8885 7703 | 6 03–8888 9221 | * jamaliah@dosm.gov.my
FacebookTwitterDOSM