Bandar Pintar
Iskandar Malaysia Urban Observatory (IMUO)
Pengenalan
Iskandar Malaysia Urban Observatory (IMUO) adalah satu pusat data untuk mengumpul, mengemas kini, menganalisis, mengurus dan menyebarkan data dan maklumat di Iskandar Malaysia. IMUO bertindak sebagai sebuah pusat pengetahuan untuk meningkatkan pengetahuan bandar di seluruh Iskandar Malaysia. Sebuah pusat pemantauan dan penilaian telah ditubuhkan untuk memantau kemajuan Iskandar Malaysia dalam melaksanakan Rancangan Pembangunan Komprehensif kedua (CDPii) serta keadaan dan trend bandarnya. IMUO juga menyediakan perkhidmatan teknikal yang membantu pihak berkepentingan untuk memantau program dan sasaran dan menyediakan pembangunan kapasiti dalam melaksanakan dasar di peringkat tempatan.
Latar belakang
Projek IMUO telah termaktub di dalam Rancangan Pembangunan Komprehensif kedua (CDPii) Iskandar Malaysia, sebagai Projek Utama ke-5 (Big Move 5). IMUO juga telah mendapat sokongan daripada mesyuarat Members of Authority (MoA) Iskandar Malaysia yang dipengerusikan bersama oleh YAB PM dan YAB MB Johor serta mesyuarat Approvals and Implementation Committee (AIC) yang dipengerusikan oleh YAB MB Johor. Pihak United Nations Development Programme (UNDP) serta Unit Perancang Ekonomi (EPU) juga telah menandatangani Dokumen Projek Country Programme Action Plan (CPAP) untuk pembangunan IMUO dan IRDA dilantik sebagai agensi pelaksana bagi IMUO. Di dalam Rancangan Fizikal Negara 3, IMUO telah termaktub sebagai Regional Urban Observatory di dalam Pelan Strategik Urban Observatory untuk Malaysia.
Objektif
Objektif IMUO dibangunkan adalah seperti berikut:
1. Menjadi model pembangunan Urban Observatory yang efektif dan mampan.
2. Meningkatkan kerjasama dan perkongsian maklumat di antara agensi melalui ‘shared performance target’.
3. Transformasi agensi-agensi Kerajaan dalam membuat keputusan secara ‘informed decision’ menggunakan analitik data raya ke atas ‘authoritative data’.
4. Pemantauan indikator Sustainable Development Goals (SDGs) serta indikator Wilayah Iskandar Malaysia yang dikenalpasti secara berkesan dan telus.
Ekosistem Iskandar Malaysia Urban Observatory adalah seperti di rajah dibawah:

Antara Pilot Project IMUO yang telah dibangunkan

ESRI Urban Observatory untuk membandingkan keadaan Iskandar Malaysia dengan bandar dan wilayah negara lain

Analisis Trafik dengan menggunakan data daripada Waze

Analisis Pelawat Asing melalui pintu masuk di Iskandar Malaysia

“River Management and Monitoring Tool” (RMMT) untuk Sungai di Iskandar Malaysia
Impak
Dengan tema “Data for Decision”, IMUO membolehkan Iskandar Malaysia mengawasi dan menilai strategi dan program CDPii. IMUO akan membolehkan pelbagai output dan ‘deliverables’ yang akan menyumbang kepada visi Iskandar Malaysia ke arah sebuah metropolis bertaraf antarabangsa dan bersedia untuk fasa pasca-kemapanan melalui perkongsian data di antara kerajaan persekutuan, negeri, tempatan, pihak swasta dan komuniti ke arah sebuah “informed society”.
Rantaian Kehadapan
Ketersediaan data / maklumat yang sah secara tetap adalah salah satu prasyarat utama kepada sebuah Bandar Pintar Iskandar Malaysia yang terancang dan terurus dengan baik kerana ia akan merangsang proses perundingan secara meluas untuk membantu mengenal pasti dan mengintegrasikan keperluan “urban information”. Sehubungan dengan itu, kerjasama dan perkongsian data di antara kementerian dan agensi adalah penting untuk merealisasikan impian sebagai Kerajaan Digital Malaysia.
Maklumat Lanjut
Iskandar Sabri Rahmat
+60197172200
Nuzul Farisya Bt Ahmad Fadzil
+60172168065
Pautan URL
Rancangan Pembangunan Komprehensif kedua Iskandar Malaysia