Industry4wrd: Dasar Negara Mengenai Industri 4.0
Penilaian Kesediaan Industry4wrd
INDUSTRY4WRD


PENILAIAN KESEDIAAN INDUSTRY4WRD
Industry4WRD Readiness Assessment (Industry4WRD-RA) atau Penilaian Kesediaan Industri ialah satu program komprehensif yang dapat membantu firma-firma menilai keupayaan dan kesediaan masing-masing untuk menerima pakai teknologi dan proses-proses Industri 4.0. Penilaian ini menggunakan satu set petunjuk yang telah ditetapkan untuk memahami keupayaan dan jurang sedia ada. Petunjuk ini akan membolehkan setiap firma menyediakan strategi dan rancangan yang boleh dilaksanakan dalam menuju ke arah Industri 4.0.
Industry4WRD-RA akan membantu setiap firma untuk:
- Menentukan tahap kesediaan masing-masing dalam menerima pakai teknologi Industri 4.0;
- Mengenal pasti jurang dan ruang penambahbaikan untuk penerimaan Industri 4.0, serta peluang untuk meningkatkan dan mengembangkan produktiviti; dan
- Membangunkan strategi dan rancangan yang boleh dilaksanakan untuk melaksanakan projek-projek campur tangan yang berasaskan hasil.
INSENTIF UNTUK PENILAIAN KESEDIAAN (READINESS ASSESSMENT, RA)
- Penilaian yang dibiayai oleh kerajaan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang layak
- Pihak-pihak yang lain akan menikmati pengecualian cukai ke atas yuran RA sehingga RM27k
METODOLOGI PEMBANGUNAN
Garis Panduan Industry4WRD-RA telah dibangunkan menerusi sorotan kajian dan rundingan mendalam yang telah diadakan dengan pelbagai kementerian, agensi dan ahli akademik. Satu proses pengesahan turut dijalankan dengan beberapa organisasi antarabangsa yang ternama untuk menerima pakai amalan terbaik yang sewajarnya. Garis Panduan ini telah diuji atas syarikat-syarikat perintis daripada pelbagai sektor dan saiz untuk menentukan kesahihannya.

KHALAYAK SASARAN

PROSES PENILAIAN

KRITERIA PENILAIAN



CONTOH LAPORAN PENILAIAN

STATISTIK PENILAIAN KESEDIAAN

KESIMPULAN
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan menyokong dan membantu lebih banyak PKS dalam perjalanan transformasi i4.0 digital mereka supaya mereka kekal berdaya saing dengan memanfaatkan teknologi dan inovasi pengganggu. Ini juga penting untuk membantu perniagaan pulih daripada kesan COVID-19 dan memastikan ketahanan mereka.
Syarikat-syarikat di Malaysia digalakkan untuk melaksanakan Industry4WRD RA dan Dana Campur tangan oleh MITI untuk memulakan perjalanan transformasi mereka ke arah Industri 4.0. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di sini
