Dasar, Strategi dan Tadbir Urus
Garis Panduan Data Terbuka dan Data Stewards
Apakah Garis Panduan Data Terbuka?
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah melaksanakan inisiaitif Data Terbuka bermula pada tahun 2014 dengan membangunkan Portal Data Terbuka, data.gov.my sebagai paltform perkongsian data terbuka kerajaan. Bagi menjayakan inisiatif ini, kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2015: Pelaksanaan Data Terbuka sebagai panduan kepada kementerian/ agensi dalam pelaksanaan data terbuka bagi menggalakkan perkongsian data, di samping meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan lebih mudah, cepat dan telus. Pekeliling tersebut juga mengandungi panduan berkaitan Prinsip Data Terbuka, tadbir urus yang mantap, langkah penyediaan dan penerbitan set data. Dasar dan Garis Panduan ICT Sektor Awam adalah terpakai kepada semua agensi Kerajaan.
Garis Panduan Data Terbuka turut menjelaskan sepuluh (10) prinsip data terbuka sektor awam berdasarkan amalan terbaik global iaitu Data lengkap (Complete data); Sumber Utama (Primary Source); Terkini (Timely); Kebolehcapaian (Accessible); Kebolehbacaan Mesin (Machine readable); Tanpa-Diskriminasi (Non-discriminatory); Penggunaan Standard Terbuka (Use of Open Standard); Pengarkiban Data (Permanent); Hak Penggunaan (Licensing); dan Kos Penggunaan (Usage Costs).
Mengapa Garis Panduan Data Terbuka Dibangunkan?
Dasar dan Garis Panduan ICT Sektor Awam mengandungi arahan, peraturan dan panduan yang mesti dibaca dan dipatuhi oleh agensi Kerajaan dalam melaksanakan pembangunan perkhidmatan ICT Kerajaan. Tujuan Dasar dan Garis Panduan ICT Sektor Awam digubal adalah bagi menyatakan peranan dan tanggungjawab pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam mengurus, mentadbir dan melaksanakan pembangunan perkhidmatan ICT Kerajaan. Agensi Kerajaan bertanggungjawab mematuhi akta, dasar dan peraturan yang ditetapkan bagi menjamin kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan urusan maklumat Kerajaan melalui penggunaan teknologi digital.
Objektif
Objektif Garis Panduan Data Terbuka adalah seperti berikut:
i. Melaksanakan pembangunan data terbuka berdasarkan kepada garis panduan;
ii. Memantau dan mengukur prestasi pelaksanaan data terbuka;
iii. Mematuhi akta, dasar dan pekeliling berkaitan yang sedang berkuat kuasa dalam melaksanakan data terbuka sektor awam; dan
iv. Memberikan panduan kepada agensi sektor awam bagi melaksanakan data terbuka sektor awam ke arah perkongsian data kerajaan, peningkatan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara melalui inovasi baharu.
Struktur Tadbir Urus Data Terbuka adalah seperti di Rajah 1 dibawah:
Sumber: Lampiran 1 kepada Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2015
Pelantikan Peneraju Data Terbuka dan Data Stewards
Berdasarkan struktur tadbir urus Data terbuka, semua kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK) telah melantik peneraju Data Terbuka dan Data Stewards. Peneraju Data Terbuka terdiri dari pegawai tinggi kementerian/PSUK berstatus Ketua Pegawai Maklumat (CIO) yang bertanggung jawab memastikan semua inisiatif Data Terbuka dijayakan dengan berkesan diperingkat kementerian/PSUK. Peneraju Data Terbuka juga berfungsi bagi mengetuai Jawatankuasa Penyelarasan Data Terbuka di kementeian/PSUK yang berperanan ke atas tiga (3) perkara berikut:
- Melaksanakan pembangunan Data Terbuka berdasarkan kepada garis panduan;
- Memantau dan mengukur prestasi pelaksanaan Data Terbuka; dan
- Mematuhi akta, dasar dan pekeliling berkaitan yang sedang berkuat kuasa dalam melaksanakan Data Terbuka sektor awam.
Data Stewards pula berperanan untuk mengkaji dan mengenap pasti set Data Terbuka untuk diterbitkan. Data Stewards yang terdiri dari pegawai kanan kementerian/PSUK turut dibekalkan dengan ID capaian platform data.gov.my bagi memuat naik set data kementerian/PSUK sebelum diluluskan oleh pentadbir platform Data Terbuka di MAMPU. Kebanyakan kementerian/PSUK mempunyai lebih dari seorang Data Stewards yang turut menganggotai Jawatankuasa Penyelarasan Data Terbuka di kementeian/PSUK yang berkenaan.
Oleh itu, MAMPU telah memfokuskan sesi libat urus dan bimbingan dengan menyasarkan Data Stewards di setiap kementerian/PSUK bagi memberi pendedahan dan maklumat utama dalam menjayakan inisiatif Data Terbuka. MAMPU telah melaksanakan pelbagai sesi libat urus sejak tahun 2015 yang bertujuan memberi kesedaran dan kefahaman mengenai pelaksanaan inisiatif Data Terbuka, kepentingan perkongsian data oleh kementerian dan agensi, meningkatkan kemahiran kementerian/agensi dalam penerbitan set data yang berkualiti ke arah memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Pada tahun 2018, sebanyak 6 sesi libat urus mengikut zon, 61 sesi bimbingan dan 10 sesi Meet and Greet telah dilaksanakan yang turut melibatkan semua Peneraju Data Terbuka dan Data Stewards di kementerian/PSUK.
Apakah Impak Yang diperolehi Melalui Garis Panduan Ini?
Garis panduan ini telah menghasilkan impak yang positif kepada negara. Antara impak Garis Panduan ini adalah seperti berikut:
- Meningkatkan kuantiti penerbitan set Data Terbuka di platform data.gov.my
- Memupuk budaya dan amalan perkongsian data dalam Kerajaan melalui penerbitan set data
- Meningkatkan kualiti set data yang memberi impak ekonomi, sosial dan persekitaran kepada semua pihak bagi pembangunan inklusif dan inovatif ke arah kesejahteraan rakyat
Pencapaian Penerbitan Data Terbuka Di Platform data.gov.my bagi tahun 2014 hingga 2018
Rantaian Kehadapan
Bagi meningkatkan penghasilan produk data berdasarkan set Data Terbuka, maka kualiti set Data Terbuka akan dipertingkatkan melalui tiga (3) ciri utama seperti berikut:
- Semua set data yang diterbitkan di Portal Data Terbuka adalah 100% mempunyai Lesen Terbuka Creative Commons Attribution (CCA) sebagai jaminan bahawa pengguna bebas menggunakan data yang diterbitkan di Portal Data Terbuka untuk apa jua selagi terma lesen dipatuhi.
- Semua kemaskini set data dinamik yang diterbitkan oleh kementerian/agensi hendaklah mengikut kekerapan yang ditetapkan oleh kementerian sebelum ini.
- Menerbitkan 10% set data baharu berdasarkan sasaran KPI Data Terbuka 2018 dan semua data baharu yang diterbitkan gendaklah bergranular.Ketiga-tiga ciri ini telah diangkat sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Data Terbuka 2019 bagi meningkatkan kualiti set data kementerian dan semua Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Bagi meningkatkan penggunaan Data Terbuka dalam Portal Data Terbuka pula, satu (1) KPI juga diperkenalkan di mana setiap kementerian/agensi hendaklah membangunkan produk data/aplikasi melalui Hackathon Data Terbuka 2019 yang akan dianjurkan oleh MAMPU atau melalui inisiatif kementerian sendiri
Sebanyak 6 siri sesi libat urus juga telah dirancang untuk diadakan pada tahun 2019 bagi meningkatkan kefahaman semua pihak terlibat dalam menjayakan Indeks Prestasi Utama (KPI) 2019 yang bertunjangkan peningkatan kualiti set data yang diterbitkan.
Maklumat Lanjut
Bahagian Kerajaan DigitalAras 6 Blok BBangunan MKN-Embassy TechzoneJalan Teknokrat 263000 CyberjayaSelangor, Malaysia+603-8872 5079dataterbuka@digital.gov.my
