Tadbir Urus
Ketua Pegawai Digital (Chief Digital Officer, CDO)
Dalam era pendigitalan yang semakin pesat ini, transformasi pendigitalan merupakan tonggak utama dalam memastikan kerajaan kekal relevan, cekap dan berdaya saing. Seiring dengan itu, kepimpinan organisasi sektor awam dilihat dapat memainkan peranan yang signifikan dalam kejayaan transformasi pendigitalan negara.
Latar Belakang
Kepimpinan digital sektor awam telah dilihat seawal tahun 2000 di mana Ketua Pegawai Maklumat (Chief Information Officer, CIO) telah dilantik melalui Surat Arahan Penamaan CIO Sektor Awam oleh Ketua Setiausaha Negara pada 22 Mac 2000. Peranan CIO pada masa itu adalah bagi menentukan strategi dalam mencapai visi dan objektif pembangunan dan penggunaan ICT di agensi masing-masing.
Pada tahun 2022, seiring dengan transformasi pendigitalan yang dinyatakan dalam Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital (RTEDM), semua CIO di agensi ditransformasikan kepada Ketua Pegawai Digital (Chief Digital Officer, CDO) dengan pemantapan kepada peranan CIO. Pelantikan CDO di sektor awam menjadi pemangkin perubahan bagi menghadapi transformasi ini dengan pendekatan yang strategik dan berkesan dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat melalui pendigitalan.
Peranan CDO
- Meneraju inisiatif pendigitalan di kementerian/agensi melalui penggunaan data, analitis dan teknologi digital.
- Mewujudkan budaya berpacukan data dalam sektor awam yang mengamalkan pendekatan principle-based melalui penggunaan data dan teknologi digital.
- Mentransformasi penyampaian perkhidmatan digital di kementerian/ agensi berfokuskan pengalaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan konsep Whole-of-Government melalui inovasi melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi baru muncul.
- Menilai, menyelaras, memperaku keperluan perkhidmatan digital, Technical Service Design dan bajet pembangunan serta mengurus agensi sebagai pelaksana inisiatif dan projek pendigitalan.
- Meneraju perubahan melalui penjajaran Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Kementerian/Negeri/Agensi dengan:
- Memastikan PSP agensi selari dengan PSP Sektor Awam dan Pengurusan Risiko dan Pelan Pengurusan Perubahan.
- Memastikan blueprint Enterprise Architecture (EA) agensi tersedia.
- Memantapkan struktur tadbir urus pendigitalan agensi & menyelaras penggunaan dasar, standard dan amalan terbaik global.
- Melaporkan pelaksanaan dan kemajuan transformasi pendigitalan kepada YBhg. Ketua Setiasuaha Negara (KSN) sebagai Pengerusi Kluster Kerajaan di bawah Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara melalui urus setia kluster kerajaan.
Pautan Berkaitan
Maklumat lanjut mengenai CDO sektor awam boleh diperoleh dari Portal MyCDO (https://aplikasi.jdn.gov.my/mycdo/index.php).
Maklumat Lanjut
Nama: Dr. Humairath binti K.M Abu Bakar
Telefon: 03-88725165
E-mel: humairath.abubakar@jdn.gov.my
Agensi bertanggungjawab: Jabatan Digital Negara
