Tadbir Urus
Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025
PENGENALAN
Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 menggariskan hala tuju strategik pelaksanaan pendigitalan Sektor Awam untuk tempoh lima tahun yang akan menjadi panduan kepada agensi Sektor Awam bagi memacu agenda Kerajaan Digital yang Mampan ke arah membentuk masyarakat digital.
KEPENTINGAN PSPSA 2021-2025
- Menyokong aspirasi Kerajaan untuk menggapai Sustainable Development Goal 2030, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan Rancangan Malaysia Ke-12.
- Menjajarkan penerimagunaan kemunculan teknologi baharu (emerging technologies) seiring dengan transformasi digital Sektor Awam.
- Menjajarkan strategi pelaksanaan pendigitalan agensi dengan agenda pendigitalan Sektor Awam.
- Menyumbang kepada ekonomi digital menerusi adaptasi/eksploitasi kemunculan teknologi baharu (emerging technologies).
Pautan ke Ringkasan Eksekutif Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025:
https://www.mampu.gov.my/wp-content/uploads/2021/09/Final_Slaid-Dokumen-PSPSA-2021-2025-RE.pdf
Maklumat Lanjut:
Bahagian Perundingan ICT
Aras 1-6, Setia Perdana 2
Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000
Faks: 03-8888 3721
