Pendigitalan Norma Baharu (Pasca-Pandemik)
MyEwaste
Latarbelakang/Overview Inisiatif
Di Malaysia, e-waste dikategorikan sebagai Buangan Terjadual di bawah Kod SW110, Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. E-waste secara amnya dibahagikan kepada dua jenis utama, menurut sumber penjanaannya, iaitu e-waste yang dihasilkan daripada sektor perindustrian dan e-waste isi rumah.
E-waste telah menjadi isu global disebabkan manusia semakin bergantung kepada peralatan elektrik dan elektronik dalam kehidupan seharian dan teknologinya yang pesat berkembang menyebabkan semakin banyak peralatan elektrik dan elektronik dihasilkan. Jadi, semakin banyak e-waste perlu dilupuskan dan ianya perlu diuruskan dengan betul dan sempurna.
Jika e-waste dibuang begitu sahaja ke tapak pelupusan, pembakaran atau dihantar ke sektor tidak formal, e-waste boleh membahayakan nyawa kita, menjejaskan kesihatan manusia dan menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar kerana e-waste mengandungi bahan-bahan berbahaya dan boleh memudaratkan alam sekitar dan kesihatan manusia. Dalam pada masa yang sama, ianya mempunyai kandungan logam-logam berharga dan bahan-bahan yang masih boleh dikitar semula. Inisiatif ini menyokong usaha Goal 6:Clean Water & Sanitation United Nations Sustainable Development Goals (SDG) dan ke arah perlaksanaan Circular Economy.
Untuk memastikan pelaksanaan pengurusan e-sisa yang mampan, pengguna / penjana sisa (warganegara) bertanggungjawab untuk melupuskan e-waste kepada pusat-pusat pengumpulan berdaftar atau kemudahan pemerolehan kembali yang dilesenkan oleh JAS.
Aplikasi yang dibangunkan ini akan memberi maklumat berkaitan e-waste kepada masyarakat dan lokasi serta operasi pusat-pusat pengumpulan yang berdaftar dengan JAS di mana masyarakat boleh menghantar e-waste masing-masing untuk dilupuskan sewajarnya.

