Badan Kehakiman Malaysia bertanggungjawab mentafsir, melaksana dan menguatkuasakan undang-undang serta memastikan keadilan dilaksanakan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan undang-undang.
Mahkamah di Malaysia terdiri daripada dua kategori iaitu Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah.

Mahkamah Atasan terdiri daripada:
- Mahkamah Persekutuan
- Mahkamah Rayuan
- Mahkamah Tinggi
Mahkamah Rendah terdiri daripada:
- Mahkamah Sesyen
- Mahkamah Majistret
Mahkamah Khas ditubuhkan untuk membicarakan kes-kes yang melibatkan Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu dalam kapasiti peribadi.
Ketahui lebih lanjut tentang sejarah penubuhan, bidang kuasa serta informasi tentang Mahkamah di Malaysia: