INTEGRITI, TADBIR URUS DAN UNDANG-UNDANG
Badan Kehakiman Malaysia bertanggungjawab mentafsir, melaksana dan menguatkuasakan undang-undang serta memastikan keadilan dilaksanakan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan undang-undang. Mahkamah di Malaysia terdiri daripada dua kategori iaitu Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Atasan terdiri daripada: Mahkamah Persekutuan Mahkamah Rayuan Mahkamah Tinggi Mahkamah Rendah terdiri daripada: Mahkamah Sesyen Mahkamah Majistret Mahkamah Khas ditubuhkan untuk membicarakan kes-kes yang melibatkan Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu dalam kapasiti peribadi. Ketahui lebih lanjut tentang sejarah penubuhan, bidang kuasa serta informasi tentang Mahkamah di Malaysia: Mahkamah Persekutuan Mahkamah Rayuan Mahkamah Tinggi Mahkamah Sesyen dan Majisret
Etika dan panduan pakaian semasa urusan rasmi di mahkamah. Bagi memudahkan anda mengenal pasti lokasi, bilik bicara dan fasiliti yang terdapat di mahkamah-mahkamah di Malaysia, sila gunakan sistem eLokasi.