Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) menyediakan skim pembiayaan pensijilan profesional untuk meningkatkan keupayaan, kebolehpasaran dan daya saing bakat Bumiputera. Program ini melibatkan sokongan kewangan, latihan serta bimbingan untuk mendapatkan pensijilan yang diiktiraf di peringkat industri dan antarabangsa.
Lihat senarai programTerdapat 4 pakej pembiayaan iaitu:
- Pakej Asas: Sehingga RM5,000
- Pakej Perak: Sehingga RM15,000
- Pakej Emas: Sehingga RM30,000
- Pakej Platinum: Sehingga RM150,000