Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Aplikasi Mobile eAduan @JTKSM ini adalah salah satu alternatif yang disediakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) khas untuk kegunaan pekerja sektor swasta di Semenanjung Malaysia sahaja. Ia menyediakan saluran aduan perburuhan bagi memudahkan pekerja, orang awam atau pihak ketiga untuk memfailkan aduan sekiranya berlaku ketidakpatuhan undang-undang perburuhan.
Program sokongan untuk membantu wanita kembali bekerja selepas cuti kerjaya yang panjang, melalui penyambungan dengan majikan, bengkel latihan, mentoring, dan pengecualian cukai lanjut (melalui Career Comeback Tax Exemption)
Perkhidmatan ini membolehkan ahli yang mempunyai simpanan secukupnya untuk memindahkan sebahagian dari dana dalam Akaun Persaraan untuk dilaburkan melalui Institusi-institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik, termasuk Syarikat Pengurusan Unit Amanah dan Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang.
i-Lindung membolehkan ahli KWSP membuat pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA) dengan menggunakan simpanan KWSP.
Pendaftaran Insentif i-Saraan KWSP membolehkan individu bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap mencarum secara sukarela ke dalam akaun KWSP mereka. Inisiatif ini juga menawarkan insentif khas sebanyak 20% (sehingga maksimum RM500) daripada jumlah caruman sukarela dalam tahun semasa.
i-Sayang membolehkan pemindahan caruman sebanyak 2% daripada caruman KWSP suami yang diterima daripada majikan ke akaun KWSP isteri.
KWSP i-Akaun ialah aplikasi mudah alih daripada KWSP yang menyediakan pelbagai fungsi mesra pengguna untuk memudahkan ahli mengurus akaun KWSP mereka dengan lebih mudah dan efisien.
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna memohon jawatan tetap atau kontrak dalam Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu.
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna memohon jawatan tetap dan kontrak dalam Perkhidmatan Awam Negeri Selangor secara dalam talian.
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.
Peningkatan kerjaya merupakan langkah penting untuk terus maju seiring dengan perkembangan industri dan keperluan semasa. Ia merangkumi peluang kenaikan pangkat, pengkhususan bidang, penglibatan dalam latihan lanjutan serta pensijilan profesional untuk mengukuhkan kepakaran sebagai tenaga kerja berpengalaman. Ikuti topik berkaitan peningkatan kerja dalam perjalanan persona ini.
Pada fasa ini, fokus tenaga kerja berpengalaman bukan sekadar kepada pengurusan pendapatan bulanan tetapi juga kepada simpanan jangka panjang, pelaburan dan perlindungan insurans. Dengan perancangan kewangan yang bijak, anda boleh mengekalkan gaya hidup yang selesa, melindungi keluarga daripada risiko kewangan serta mencapai matlamat kewangan seperti pemilikan aset dan pendidikan anak-anak.
Sejajar dengan peningkatan usia, penilaian tahap kesihatan merupakan antara aspek penting dalam memastikan kelangsungan kerjaya dan kesejahteraan hidup sebagai tenaga kerja berpengalaman. Dengan kesedaran dan tindakan awal, anda dapat mengesan risiko penyakit serta merancang cara pencegahan dan gaya hidup untuk kekal sihat.
Untuk anda yang telah lama bekerja, perancangan persaraan merupakan salah satu perkara penting bagi memastikan terdapat dana yang mencukupi selepas anda tidak lagi bekerja. Sama ada melalui pencen atau simpanan KWSP, ikuti topik-topik berkaitan persediaan persaraan khusus kepada tenaga kerja berpengalaman.