Fungsi utama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah untuk memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran, serta memberikan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan termasuk perlindungan nyawa dan harta benda semasa berlakunya sebarang bencana atau kecemasan.
Fungsi-fungsi yang dijalankan oleh Jabatan mengikut peruntukan di bawah seksyen 5(1) & (2) di dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) adalah seperti berikut :
- Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.
- Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
- Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelenggaraan dan pengawal seliaan yang sempurna.
- Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.
- Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana.
JBPM boleh selain daripada tugas-tugasnya dibawah subseksyen (1), melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh undang-undang atau sebaliknya yang diadakan oleh menteri untuk dilaksanakan.