
Next Generation Malaysian Emergency Response Services 999 (NG MERS 999) ialah satu usaha pembaharuan oleh pihak Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi bagi mempertingkatkan serta memodenkan pengurusan sistem tindak balas kecemasan di seluruh negara.
Fungsi Utama NG MERS 999:
- Menerima panggilan kecemasan daripada orang awam
- Menggunakan konsep single call taking di mana hanya data yang disalurkan kepada agensi kecemasan berkaitan kecuali PDRM yang masih menggunakan konsep double call taking
- Menentukan lokasi pemanggil untuk bantuan segera
- Menyelaraskan tindak balas kecemasan secara lebih pantas
Agensi utama yang dihubungkan melalui NG MERS 999 ialah:
- Polis Diraja Malaysia
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
- Kementerian Kesihatan Malaysia
- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Talian 999 hendaklah dimanfaatkan bagi tujuan kecemasan yang sahih sahaja. Sebarang bentuk penyalahgunaan merupakan satu pelanggaran undang-undang di bawah Subseksyen 233(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman iaitu:
- Denda maksimum RM500,000;
- Hukuman penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan yang masih berterusan selepas sabitan, denda tambahan sebanyak RM5,000 boleh dikenakan bagi setiap hari kesalahan tersebut dilakukan.