MYJalan KKR merupakan aplikasi rasmi di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) yang berfungsi sebagai Pusat Sehenti Aduan Jalan Raya (one-stop centre). Ia dibangunkan bagi memudahkan orang ramai menyalurkan aduan berkaitan kerosakan jalan dan infrastruktur awam secara terus melalui telefon pintar.
Melalui aplikasi ini, aduan boleh dihantar secara masa nyata (real-time) beserta gambar dan lokasi GPS bagi pelbagai kategori aduan. Ia membantu mempercepatkan proses penyaluran maklumat kepada agensi berkaitan bagi tujuan pemantauan, penyelenggaraan dan tindakan pembaikan.
Antara fungsi utama MyJalan KKR:
- Membuat aduan jalan rosak atau berlubang, kerosakan lampu jalan, kerosakan lampu jalan, lampu isyarat, halangan di jalan, kemudahan awam, perabot jalan serta tanah runtuh
- Menyediakan paparan informasi bencana berkaitan jalan raya seperti jalan runtuh dan jalan mendap
- Menyediakan paparan trafik secara live melalui kamera CCTV di lebuh raya seluruh Malaysia
- Menyediakan paparan senarai kawasan teduhan motosikal Lembaga Lebuhraya Malaysia
- Menghantar lokasi aduan menggunakan GPS
- Menyemak status tindakan aduan