KESELAMATAN & KOMUNITI
MYJalan KKR merupakan aplikasi rasmi di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) yang berfungsi sebagai Pusat Sehenti Aduan Jalan Raya ( one-stop centre ). Ia dibangunkan bagi memudahkan orang ramai menyalurkan aduan berkaitan kerosakan jalan dan infrastruktur awam secara terus melalui telefon pintar. Melalui aplikasi ini, aduan boleh dihantar secara masa nyata ( real-time ) beserta gambar dan lokasi GPS bagi pelbagai kategori aduan. Ia membantu mempercepatkan proses penyaluran maklumat kepada agensi berkaitan bagi tujuan pemantauan, penyelenggaraan dan tindakan pembaikan. Antara fungsi utama MyJalan KKR: Membuat aduan jalan rosak atau berlubang, kerosakan lampu jalan, kerosakan lampu jalan, lampu isyarat, halangan di jalan, kemudahan awam, perabot jalan serta tanah runtuh Menyediakan paparan informasi bencana berkaitan jalan raya seperti jalan runtuh dan jalan mendap Menyediakan paparan trafik secara live melalui kamera CCTV di lebuh raya seluruh Malaysia Menyediakan paparan senarai kawasan teduhan motosikal Lembaga Lebuhraya Malaysia Menghantar lokasi aduan menggunakan GPS Menyemak status tindakan aduan
Aplikasi MyJPJ yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia bukan sahaja digunakan untuk lesen dan cukai jalan digital, malah turut menyediakan kemudahan kepada orang awam untuk membuat aduan kesalahan trafik secara dalam talian. Melalui fungsi aduan ini, pengguna boleh membantu pihak berkuasa melaporkan pelbagai kesalahan jalan raya bagi meningkatkan keselamatan dan pematuhan undang-undang. 13 jenis kesalahan trafik yang boleh dilaporkan: Gagal mematuhi lampu isyarat merah Memandu di lorong kecemasan Memotong dan menghalang daripada memotong Memotong sebelah kiri Memotong garisan berkembar Menggunakan telefon bimbit semasa memandu Nombor plat beragam Cermin gelap Tidak memakai tali pinggang / topi keledar Tidak mematuhi isyarat lampu lintas Pusingan U ditempat yang tidak dibenarkan Kesalahan teknikal Kenderaan perdagangan memandu dilorong paling kanan secara berterusan Aduan boleh disertakan dengan: Nombor pendaftaran kenderaan Gambar atau video bukti Lokasi kejadian Tarikh dan masa kejadian Keterangan ringkas kesalahan Setiap aduan akan dinilai oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan dan tindakan lanjut bergantung kepada kesahihan maklumat serta bukti yang diberikan.