NSRC atau National Scam Response Centre (Pusat Respons Penipuan Kebangsaan) adalah sebuah pusat tindakan segera yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia untuk menangani kes penipuan kewangan dalam talian secara real-time.
Kerjasama antara agensi:
- Bank Negara Malaysia (BNM)
- Polis Diraja Malaysia (PDRM)
- National Scam Response Center (NSRC) - 997
Jenis penipuan yang boleh dilaporkan ke NSRC:
- Love Scam
- Macau Scam
- Pelaburan palsu
- Pembelian emas digital
- Mata wang kripto (Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH))
- Pengubahan wang haram
- Penyamaran bank/ agensi
- Pembelian palsu dalam talian
- Panggilan penyamaran pegawai penguatkuasa kerajaan
- Penipuan proses perolehan
Nombor Hotline NSRC: 997
- Waktu operasi :
Setiap Hari (24 jam)
Apakah yang perlu anda lakukan?
- Membuat laporan melalui panggilan telefon dalam tempoh masa 24 jam selepas menyedari anda ditipu bagi membolehkan sekatan akaun dan transaksi kewangan dapat dilakukan bagi membantu menyelamatkan wang mangsa
- Menghubungi bank berkaitan.
- Membuat laporan polis di balai polis berhampiran.