KESELAMATAN & KOMUNITI
Sekiranya anda mengesyaki terdapat nombor telefon, nombor akaun atau nama syarikat yang diragui, anda disarankan untuk menyemak maklumat tersebut di portal Semak Mule di bawah Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
NSRC atau National Scam Response Centre (Pusat Respons Penipuan Kebangsaan) adalah sebuah pusat tindakan segera yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia untuk menangani kes penipuan kewangan dalam talian secara real-time . Kerjasama antara agensi: Bank Negara Malaysia (BNM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) National Scam Response Center (NSRC) - 997 Jenis penipuan yang boleh dilaporkan ke NSRC: Love Scam Macau Scam Pelaburan palsu Pembelian emas digital Mata wang kripto (Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH)) Pengubahan wang haram Penyamaran bank/ agensi Pembelian palsu dalam talian Panggilan penyamaran pegawai penguatkuasa kerajaan Penipuan proses perolehan Nombor Hotline NSRC: 997 Waktu operasi : Setiap Hari (24 jam) Apakah yang perlu anda lakukan? Membuat laporan melalui panggilan telefon dalam tempoh masa 24 jam selepas menyedari anda ditipu bagi membolehkan sekatan akaun dan transaksi kewangan dapat dilakukan bagi membantu menyelamatkan wang mangsa Menghubungi bank berkaitan. Membuat laporan polis di balai polis berhampiran.