Dasar Perpaduan Negara merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Kementerian Perpaduan Negara bagi memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Dasar ini menjadi panduan utama negara dalam usaha memupuk integrasi nasional, membina identiti nasional serta mengeratkan hubungan antara rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya.
Dasar Perpaduan Negara memberi fokus kepada tiga teras utama:
- Patriotisme dan demokrasi berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara
- Membentuk identiti nasional dan masyarakat berintegriti dan berakhlak mulia
- Memupuk ekosistem perpaduan dalam kehidupan seharian