Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) ialah program kerajaan yang diuruskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) untuk meningkatkan pendapatan komuniti.
Sasaran penyertaan:
- Komuniti penduduk yang berdaftar dengan pihak yang diberi kuasa
- Komuniti belia yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY)
Syarat permohonan:
- Program/ aktiviti yang dapat meningkatkan sosioekonomi komuniti setempat dalam enam sektor utama
- Program bersifat quick win iaitu aktiviti yang membuahkan hasil dalam tempoh yang singkat di antara tiga (3) hingga enam (6) bulan
Enam (6) sektor utama:
- Pertanian dan makanan
- Jahitan dan kraf tangan
- Herba dan kesihatan
- Pelancongan dan hospitaliti
- Aktiviti hijau dan kitar semula
- Perkhidmatan
Proses pelaksanaan program:
- Permohonan
- Kelulusan
- Pemberian dana maksima sehingga RM100K
- Pemantauan program
- Sijil Pengesahan