Ingin tahu situasi bencana semasa negara atau yang berdekatan dengan tempat tinggal anda?
Portal Bencana NADMA merupakan portal rasmi yang dibangunkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai pusat rujukan maklumat yang sahih berkaitan situasi bencana di Malaysia.
Portal ini menghimpunkan pelbagai informasi seperti:
- Status dan situasi bencana semasa
- Info banjir, tanah runtuh, ribut dan bencana lain
- Statistik mangsa dan kawasan terjejas
- Lokasi pusat pemindahan sementara (PPS)
- Garis panduan keselamatan
- Pengumuman rasmi daripada agensi berkaitan