Seperti Portal Bencana NADMA, InfoBencana oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan maklumat berkaitan pengurusan bencana dan pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara seperti:
- Statistik mangsa bencana di PPS mengikut negeri serta daerah
- Senarai PPS yang diaktifkan
- Jenis bencana
Pengguna juga boleh membuat carian atau menyemak status mangsa bencana yang berada di pusat pemindahan sementara melalui portal ini sekiranya terdapat ahli keluarga atau sanak saudara yang terlibat secara langsung semasa bencana berlaku.
Portal InfoBencana JKM