Harta intelek merujuk kepada hasil ciptaan atau kreativiti yang mempunyai nilai komersial seperti jenama, logo, reka bentuk, ciptaan teknologi, karya kreatif dan maklumat tertentu yang digunakan dalam perniagaan.
Bagi usahawan, perlindungan harta intelek penting untuk membantu melindungi identiti, inovasi dan aset perniagaan daripada digunakan atau ditiru tanpa kebenaran.
Bila usahawan patut mendaftar?
Usahawan digalakkan mempertimbangkan perlindungan harta intelek seawal mungkin, terutamanya apabila telah mempunyai:
- Nama atau logo jenama yang ingin digunakan dalam jangka panjang
- Produk dengan reka bentuk tersendiri
- Ciptaan atau penyelesaian teknikal baharu
- Kandungan kreatif bernilai komersial
- Formula, proses atau inovasi yang menjadi kelebihan perniagaan
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengurus dan mentadbir sistem harta intelek di Malaysia.
Layari MyIPO