Perjalanan Persona

Mempelajari Asas Keusahawanan
Pengetahuan asas dalam dunia keusahawanan dapat membantu usahawan mengenal pasti peluang perniagaan, menentukan pelanggan sasaran, merancang dan mengurus kewangan serta memahami risiko dan tanggungjawab sebagai usahawan. Ikuti topik dan panduan berkenaan latihan asas keusahawan yang disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan untuk usahawan baharu meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan dalam dunia keusahawanan.

Mendaftar Entiti dan Permit Perniagaan
Mendaftar entiti perniagaan merupakan langkah penting untuk memastikan aktiviti perniagaan dijalankan secara sah dan teratur. Usahawan perlu memahami jenis perusahaan yang dijalankan, memilih bentuk pendaftaran yang sesuai serta mengenal pasti lesen, permit atau kemudahan sokongan lain yang diperlukan seperti premis perniagaan. Ketahui lebih lanjut tentang cara untuk mendaftar perniagaan serta mendapatkan lesen dan permit yang bersesuaian di dalam perjalanan persona ini.


