Apakah Agropelancongan?
Agropelancongan merujuk kepada satu bentuk pelancongan berasaskan sektor agromakanan yang merangkumi aktiviti tanaman, ternakan, perikanan dan industri asas tani yang menawarkan pengalaman rekreasi, pendidikan serta interaksi kepada pengunjung, di samping menjana ekonomi dan meningkatkan pendapatan pengusaha.
Antara contoh aktiviti agropelancongan:
- Lawatan ke ladang (buah, sayur, herba, ternakan)
- Aktiviti memetik hasil dusun dan tanaman (contoh: durian, strawberi)
- Pengalaman tinggal di kampung/ farm stay
- Demonstrasi pertanian moden dan teknologi agro
- Jualan produk agro tempatan (madu, kopi, keropok ikan, produk hiliran)
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyediakan Direktori Pusat Agropelancongan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat lokasi dan perkhidmatan agropelancongan di seluruh Malaysia.
Baca lanjut tentang program agropelanconganLihat senarai destinasi dan lokasi agropelancongan
