Program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM) merupakan inisiatif Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) yang diterajui oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Program ini membolehkan pelancong merasai sendiri kehidupan dan layanan mesra masyarakat desa yang sebenar.
Selain daripada menginap, pelancong juga boleh melalui pengalaman berikut:
- Tinggal bersama keluarga angkat
- Menyertai aktiviti harian komuniti
- Menghayati keunikan budaya, makanan warisan dan gaya hidup penduduk tempatan
Program ini berfungsi untuk menghubungkan pelancong dengan khazanah budaya dan warisan yang mencerminkan keunikan Malaysia.
Direktori Program Pengalaman Homestay Malaysia