Semakan agensi pelancongan berlesen merupakan perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) untuk membantu anda memastikan pembelian pakej pelancongan melalui pengusahaan agensi pelancongan yang sah dan berlesen.
Semakan ini penting untuk:
- Mengelakkan risiko penipuan dengan entiti tidak berlesen
- Mendapat perkhidmatan yang sah dari segi undang-undang dan mematuhi standard industri
- Meningkatkan keyakinan pelanggan semasa membuat pembelian pakej pelancongan
