Hotel Mesra Muslim menawarkan perkhidmatan penginapan yang selesa, bersih dan inklusif kepada pelancong Muslim sambil memastikan semua tetamu menikmati pengalaman penginapan yang berkualiti dan memuaskan sepanjang perjalanan mereka.
Antara ciri umum Hotel Mesra Muslim:
- Premis makanan dan minuman yang disahkan halal oleh JAKIM
- Kemudahan arah kiblat dan penyediaan sejadah
- Kemudahan solat atau surau di premis
- Hiburan yang bersesuaian dengan tetamu Muslim
- Persekitaran yang menjaga sensitiviti dan privasi tetamu Muslim
Logo Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance Recognition (MFAR)
Logo pengiktirafan Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance Recognition (MFAR) menjadi simbol keyakinan bagi semua pelancong yang mementingkan penginapan yang selamat dan bersih serta hospitaliti mesra.
Terdapat tiga tahap penarafan MFAR:
- Perak: Premis penginapan pelancong yang mematuhi syarat am MFAR dan mencapai keperluan asas pelancong Muslim
- Emas: Premis penginapan pelancong yang mematuhi syarat am MFAR dan melebihi keperluan asas pelancong Muslim
- Platinum: Premis penginapan pelancong yang mematuhi syarat am MFAR dan mencapai tahap tertinggi keperluan pelancong Muslim

