Tingkatkan pengalaman pelancongan anda dengan layanan rakan kembara atau dikenali sebagai Pemandu Pelancong Mesra Muslim (MFTG).
Rakan kembara ini bukan sahaja arif tentang khazanah warisan dan alam semula jadi Malaysia, malah mereka juga merupakan individu yang terlatih untuk menyantuni setiap keperluan gaya hidup Muslim dengan penuh peka.
Sama ada anda menerokai sejarah kota atau keindahan rimba, rakan kembara bersedia memastikan setiap langkah anda diiringi dengan keselesaan dan ketenangan minda.
Semak senarai Pemandu Pelancong Mesra Muslim