Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, di mana rakyat memilih wakil mereka melalui pilihan raya yang diadakan secara berkala.
Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia telah melaksanakan Pilihan Raya Umum (PRU) setiap kali pembubaran Dewan Rakyat berlaku.
Siapa yang layak mengundi?
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur 18 tahun dan ke atas; dan
- Memenuhi semua syarat kelayakan didaftarkan sebagai pemilih.
Mereka berhak untuk mengundi dalam pilihan raya seperti yang dinyatakan dalam Perkara 119.
Semak Status Pengundi
Warganegara Malaysia yang layak mengundi boleh membuat semakan daftar pemilih menerusi:
- Portal MySPR Semak