PENGENALAN DIRI
Kewarganegaraan Malaysia merujuk kepada status seseorang individu sebagai rakyat sah di Malaysia. Status ini penting kerana ia menentukan hubungan rasmi seseorang dengan sesebuah negara, termasuk hak untuk tinggal, bekerja dan menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Memperoleh Kewarganegaraan Malaysia Di bawah Perlembagaan Persekutuan, kewarganegaraan Malaysia secara umumnya diperoleh melalui beberapa cara utama: Kelahiran Dilahirkan di Malaysia dengan syarat ibu/bapa warganegara Malaysia Dilahirkan di luar negara dengan syarat bapa adalah warga Malaysia Pendaftaran Untuk individu tertentu seperti isteri atau anak kepada warganegara Malaysia Naturalisasi Warganegara asing yang telah lama menetap dan memenuhi syarat tertentu
Di bawah Perlembagaan Persekutuan, terdapat beberapa situasi yang membolehkan seseorang itu mendapatkan kerakyatan sebagai warganegara Malaysia. Situasi Kelahiran Kelahiran Dalam Negara (Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan) Individu yang dilahirkan di Malaysia boleh mendapat kewarganegaraan berdasarkan taraf kewarganegaraan ibu atau bapa. Kelahiran Luar Negara (Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan) Individu yang dilahirkan di luar negara boleh mendapat kewarganegaraan berdasarkan taraf kewarganegaraan bapa. Individu yang Lahir di Persekutuan sebelum Hari Merdeka (31 Ogos 1957) (Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan) Individu yang lahir di Persekutuan (tidak termasuk Sabah dan Sarawak) sebelum tarikh kemerdekaan dengan syarat-syarat khusus, antaranya: Telah bermastautin dalam tempoh 7 tahun terdahulu dan tidak kurang daripada 5 tahun pada tarikh permohonan dikemukakan Berniat untuk bermastautin dalam Persekutuan Berkelakuan baik Mempunyai pengetahuan asas Bahasa Melayu Situasi Keluarga Permohonan Khas (Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan) Individu yang berumur bawah 21 tahun boleh memohon taraf kewarganegaraan dalam keadaan-keadaan tertentu berdasarkan pertimbangan khas. Isteri kepada Warganegara (Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan) Wanita warganegara asing yang berkahwin dengan lelaki warganegara Malaysia boleh memohon kewarganegaraan dengan beberapa syarat Bermastautin secara tetap (memiliki MyPR) sepanjang tempoh 2 tahun Perkahwinan masih sah Permohonan Anak kepada Warganegara di bawah Umur 21 Tahun (Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan) Individu yang berumur dibawah 21 tahun, salah seorang daripada ibu bapa merupakan seorang warganegara. Situasi Naturalisasi Permohonan Kewarganegaraan Individu 21 Tahun atau Lebih (Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan) Permohonan kewarganegaraan dengan beberapa syarat-syarat khusus, antaranya: Telah bermastautin tidak kurang daripada 12 tahun Berkelakuan baik Mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik Dua orang penaja bertaraf warganegara dan tiada hubungan persaudaraan dengan pemohon
Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, di mana rakyat memilih wakil mereka melalui pilihan raya yang diadakan secara berkala. Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia telah melaksanakan Pilihan Raya Umum (PRU) setiap kali pembubaran Dewan Rakyat berlaku. Siapa yang layak mengundi? Warganegara Malaysia; dan Berumur 18 tahun dan ke atas; dan Memenuhi semua syarat kelayakan didaftarkan sebagai pemilih. Mereka berhak untuk mengundi dalam pilihan raya seperti yang dinyatakan dalam Perkara 119 . Semak Status Pengundi Warganegara Malaysia yang layak mengundi boleh membuat semakan daftar pemilih menerusi: Portal MySPR Semak Aplikasi mudah alih MySPR semak Kaunter Pendaftaran Pemilih di Menara SPR Putrajaya atau Pejabat Pilihan Raya Negeri masing-masing. Tukar Alamat Mengundi Sekiranya anda perlu menukar alamat tempat mengundi, berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan: Tukar alamat dalam kad pengenalan di pejabat JPN berhampiran Selepas alamat ditukar di MyKad, anda boleh menukar alamat mengundi di portal MySPR atau di kaunter ibu Pejabat/ Pejabat Pilihan Raya Negeri
Melepaskan kewarganegaraan Malaysia atau berhenti menjadi rakyat Malaysia dibuat atas kemahuan sendiri. Biasanya permohonan untuk melepaskan kewarganegaraan dibuat apabila individu itu sudah atau dalam proses mendapat kewarganegaraan negara lain. Perkara ini diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan (Perkara 23) kerana Malaysia tidak membenarkan rakyatnya mempunyai dua atau lebih kewarganegaraan. Syarat utama: Secara umum, individu yang ingin melepaskan kewarganegaraan perlu: Berumur 21 tahun ke atas (tiada had umur bagi perempuan yang telah berkahwin) Waras fikiran Telah memperoleh atau akan memperoleh kewarganegaraan negara lain Keputusan untuk melepaskan kewarganegaraan Malaysia adalah kekal dan tidak boleh berpatah balik. Sekiranya seseorang itu melepaskan kewarganegaraan, hak sebagai warganegara akan hilang.