Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Sorotan
Paparan 1 - 10 daripada 13 carian perkhidmatan digital
Papar 10 Perkhidmatan Digital Setiap Muka Surat
Perkhidmatan ini membolehkan individu atau syarikat yang layak memohon subsidi diesel di bawah inisiatif MySubsidi melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).
BUDI Agri-Komoditi merupakan bantuan subsidi tunai kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil bagi subsidi diesel jentera pertanian yang digunakan. Perkhidmatan ini membolehkan pengusaha kecil sektor pertanian yang berdaftar untuk membuat permohonan bantuan BUDI bagi menyokong aktiviti pengeluaran dan operasi.
Perkhidmatan ini membolehkan pemilik kenderaan diesel individu yang layak berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan untuk melakukan permohonan BUDI Individu.
BUDI MADANI RON95 (BUDI95) merupakan subsidi petrol RON95 khusus kepada rakyat Malaysia. Perkhidmatan ini membolehkan orang awam menyemak kelayakan mereka untuk menerima bantuan BUDI berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
Perkhidmatan ini membolehkan Suri Rumah yang berdaftar dalam Sistem e-Kasih membuat caruman sukarela KWSP untuk menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa
Carian pantas dan semakan status bagi Program Perumahan Awam (seperti PPR Dimiliki, PPR Disewa, Rumah Transit, PPAM), serta akses ke maklumat dan pautan permohonan rasmi setiap skim.
Carian interaktif bagi projek dan skim perumahan awam yang kini dibuka (contohnya PPR, Rumah Transit, PPAM), termasuk info tempoh permohonan, harga, lokasi dan syarat untuk memohon.
Permohonan atas talian bagi skim Program Perumahan Rakyat (PPR) iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.
Aplikasi ini memaparkan pelbagai inisiatif bantuan kerajaan persekutuan & kerajaan negeri – termasuk makanan, kesihatan, pendapatan, pengangkutan, pendidikan, perumahan dan utiliti, serta inisiatif-inisiatif umum yang lain.
Bantuan tunai langsung oleh kerajaan Malaysia kepada golongan B40 dan M40 yang layak, termasuk isi rumah, bujang, warga emas dan ibu/bapa tunggal. Permohonan dan semakan status boleh dibuat sepenuhnya secara dalam talian.