Pendigitalan Norma Baharu (Pasca-Pandemik)
E-bazar Selangor
Membantu peniaga harungi cabaran Covid-19
Latar Belakang
Berikutan penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia serta Perintah Kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan, kebanyakan perniagaan fizikal terpaksa ditutup dan rakyat diminta duduk rumah untuk membendung penularan virus.
Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Sidec telah melancarkan satu Inisiatif Pemulihan Digital Selangor yang dipanggil Kempen Selangor E-Bazar.
Ia bertujuan untuk merancakkan kembali ekonomi di Selangor sekaligus membuka peluang kepada usahawan, terutamanya usahawan traditional di Selangor untuk mula mengadaptasi penggunaan digital.
Ia juga membantu melahirkan lebih ramai usahawan di Selangor yang celik digital selaras dengan hasrat MyDigital roadmap yang mensasarkan untuk melahirkan 875,000 perusahan mikro, kecil & sederhana.
Pengguna juga boleh membeli barangan dalam talian untuk memenuhi keperluan semasa tanpa keluar rumah dengan harga rendah.
Sebanyak RM7 juta yang berupa e-baucar diskaun telah diperuntukkan kepada peniaga Selangor melalui platform Shopee dan Lazada yang merupakan dua platform e-dagang yang terkemuka di Malaysia.
Peniaga e-dagang perlu mendaftarkan di kedua-dua platform terdahulu. Selepas itu, produk-produk jualan peniaga akan disenaraikan di dalam laman mikro khas Selangor E-Bazar di Shopee dan Lazada.
Manakala pengguna boleh klik pada e-baucar diskaun yang terpapar sekaligus menikmati harga yang murah atau penghantaran percuma dan dapat meningkatkan kuasa beli.
Sepanjang pelaksanaan PKP, 4 pusingan kempen E-bazar telah diadakan seperti tertera di bawah:

