Pendigitalan Norma Baharu (Pasca-Pandemik)
Transformasi dalam pentadbiran kerajaan yang memanfaatkan teknologi digital untuk meningkatkan keberkesanan, ketelusan, dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam. Fokus tumpuan terhadap pendigitalan proses kerja, kolaborasi antara agensi secara maya, dan penyediaan perkhidmatan dalam talian yang mudah diakses oleh rakyat. Melibatkan pembangunan infrastruktur digital, pengukuhan keselamatan siber dalam usaha merapatkan jurang digital untuk memastikan penyertaan yang inklusif dalam kalangan semua lapisan masyarakat.
Senarai artikel berkaitan:
Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Apec Maya (Aelm) 2020: Perjalanan Tidak Diduga Yang Ditempuh Oleh Malaysia
Tahun yang tidak diduga oleh semua orang. Ya, tahun 2020 penuh dengan kejutan. Tahun ini merupakan tahun bersejarah bagi Malaysia yang berbangga menjadi tuan rumah mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) buat kali kedua, selepas 22 tahun. Malaysia telah menetapkan tema “Mengoptimumkan Potensi Manusia Ke Arah Masa Depan Berdaya Tahan dengan Kemakmuran Bersama – Pangsi. Utamakan. Kemajuan.” Tema ini boleh dihuraikan mengikut 3 bidang keutamaan, iaitu “Memperbaik Nukilan Perdagangan dan Pelaburan”; “Penyertaan Ekonomi Menyeluruh Menerusi Ekonomi dan Teknologi Digital”; dan “Memacu Kemampanan Inovatif”.
Jangan Cemas! Atur semula
Pada 11 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak COVID-19 sebagai pandemik global. Pengumuman ini mengubah jadual perancangan Malaysia sebagai tuan rumah untuk mengadakan mesyuarat APEC secara fizikal. Pandemik ini telah memaksa Malaysia mengubah rancangan mengacarakan APEC 2020. Daripada kanta mata tuan rumah, proses memastikan acara bersejarah ini berjalan lancar perlu dibayar dengan harga yang mahal. Perancangan teliti Malaysia untuk agenda penuh APEC 2020 terpaksa dirombak semula. Pada mulanya, beberapa sesi mesyuarat telah dirancang untuk diadakan secara fizikal di beberapa buah bandar terpilih di Malaysia. Malah, sehingga pertengahan Februari 2020, Malaysia berjaya menganjurkan 2 mesyuarat fizikal; Mesyuarat Tidak Rasmi Pegawai Kanan (ISOM) di Langkawi, Kedah dan Mesyuarat Pegawai Kanan Pertama (SOM1) di Putrajaya.












-1.png&w=3840&q=75)
-2.png&w=3840&q=75)
-3.png&w=1080&q=75)
-4.png&w=1080&q=75)
-5.png&w=828&q=75)
-6.png&w=828&q=75)






%2520-%25201.png&w=3840&q=75)
%2520-%25202.png&w=3840&q=75)
