Pendigitalan Norma Baharu (Pasca-Pandemik)
Inisiatif I-KPKT semasa penularan wabak COVID 19
Latar belakang
Negara telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020 dan I-KPKT telah diwartakan sebagai Pusat Kuarantin COVID 19 mulai 20 Mac 2020 dan kekal sehingga kini. Pada ketika itu, semua program latihan terpaksa dibatalkan serta merta. Operasi I-KPKT terpaksa dilaksanakan sepenuhnya secara Bekerja Dari Rumah (BDR) dan sekiranya warga kerja perlu ke pejabat kerana keperluan mendesak maka ia perlu mendapat kebenaran dan arahan khas daripada Pendaftar.
Menjelang Julai 2020, I-KPKT telah dibuka semula secara berperingkat. Pada ketika ini keperluan menjalankan program latihan semakin mendesak kerana ia melibatkan aspek kewangan dan prestasi perbelanjaan I-KPKT di samping Key Performance Indicator (KPI) yang perlu dicapai. Lantaran itu kursus secara online telah diperkenalkan. Semua kursus secara bersemuka telah ditukarkan menjadi kursus secara online. Namun begitu tidak semua kursus dapat dijalankan kerana kesuntukan masa dan peralatan.
Bertitik tolak daripada situasi ini, I-KPKT telah mula menggunakan medium online secara percuma seperti Skype for Business, Google Meet, Zoom dan sebagainya termasuk microphone dan kamera bagi memenuhi tuntutan keperluan mengadakan kursus secara di dalam talian di samping semua mesyuarat dan perbincangan juga dibuat secara di dalam talian. I-KPKT telah menjadualkan semula taqwim kursus agar ia dapat dilakukan semaksima yang mungkin dengan bantuan peralatan yang terhad. Di samping itu I-KPKT juga turut menghadapi cabaran untuk mengenalpasti penceramah yang ada pengetahuan di dalam penggunaan sistem di dalam talian termasuk para peserta yang perlu mengadaptasi norma baharu yang sama sekali begitu asing pada ketika itu.
Namun begitu, medium online secara percuma tidak dapat bertahan lama. I-KPKT perlu membeli satu medium online secara tetap kerana keperluan semakin mendesak. I-KPKT seterusnya membeli Webex for meeting dengan satu host di mana boleh memuatkan penyertaan maksimum seramai 100 orang peserta. Melalui Webex ini pihak I-KPKT meneruskan tugas seharian menganjurkan kursus-kursus online dan lain-lain keperluan tugasan harian bagi memenuhi sasaran pada tahun 2020. Pada tahun 2020, I-KPKT telah berjaya melaksanakan sebanyak 52 kursus selari dengan norma baharu. Walaupun ini tidak menepati KPI I-KPKT bagi tahun 2020 namun satu ilmu baharu telah diperolehi iaitu ilmu menjalankan kursus secara online dan mengenali peralatan-peralatan yang berkaitan serta karenah yang perlu ditangani ketika menjalankan kursus online. Berikut dipaparkan jadual yang menunjukkan penganjuran kursus di I-KPKT bagi tahun 2020 mengikut pecahan pusat pengajian:


