Pendigitalan Norma Baharu (Pasca-Pandemik)
MyEwaste
Latarbelakang/Overview Inisiatif
Di Malaysia, e-waste dikategorikan sebagai Buangan Terjadual di bawah Kod SW110, Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. E-waste secara amnya dibahagikan kepada dua jenis utama, menurut sumber penjanaannya, iaitu e-waste yang dihasilkan daripada sektor perindustrian dan e-waste isi rumah.
E-waste telah menjadi isu global disebabkan manusia semakin bergantung kepada peralatan elektrik dan elektronik dalam kehidupan seharian dan teknologinya yang pesat berkembang menyebabkan semakin banyak peralatan elektrik dan elektronik dihasilkan. Jadi, semakin banyak e-waste perlu dilupuskan dan ianya perlu diuruskan dengan betul dan sempurna.
Jika e-waste dibuang begitu sahaja ke tapak pelupusan, pembakaran atau dihantar ke sektor tidak formal, e-waste boleh membahayakan nyawa kita, menjejaskan kesihatan manusia dan menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar kerana e-waste mengandungi bahan-bahan berbahaya dan boleh memudaratkan alam sekitar dan kesihatan manusia. Dalam pada masa yang sama, ianya mempunyai kandungan logam-logam berharga dan bahan-bahan yang masih boleh dikitar semula. Inisiatif ini menyokong usaha Goal 6:Clean Water & Sanitation United Nations Sustainable Development Goals (SDG) dan ke arah perlaksanaan Circular Economy.
Untuk memastikan pelaksanaan pengurusan e-sisa yang mampan, pengguna / penjana sisa (warganegara) bertanggungjawab untuk melupuskan e-waste kepada pusat-pusat pengumpulan berdaftar atau kemudahan pemerolehan kembali yang dilesenkan oleh JAS.
Aplikasi yang dibangunkan ini akan memberi maklumat berkaitan e-waste kepada masyarakat dan lokasi serta operasi pusat-pusat pengumpulan yang berdaftar dengan JAS di mana masyarakat boleh menghantar e-waste masing-masing untuk dilupuskan sewajarnya.
Pengurusan e-waste secara mesra alam dan ciri-ciri MyEwaste
Penghantaran e-waste boleh dibuat kepada Pusat Pengumpulan atau Kemudahan Pemerolehan Kembali Luar Tapak yang telah berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar. Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui URL - di sini atau dengan memuat turun aplikasi mobil MyEwaste.
Ciri-ciri yang terdapat pada aplikasi MyEwaste ini adalah seperti berikut;
- Kemudahan imbasan perkakasan
- Kemudahan carian pusat pengumpul terdekat melalui pemetaan
- Kemudahan perkongsian ke media sosial
- Personalised screen
- Kemudahan maklumat berita berkait ewaste
Outcome/Impak
Secara asasnya, applikasi MyEwaste berupaya memudahkan pengguna atau syarikat untuk mengetahui maklumat dan lokasi pengumpulan e-waste yang berdaftar. Ewaste ini akan dilupuskan atau diperolehkembali (recovery) oleh premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan bahan-bahan yang boleh dikitar semula dapat diperolehkembali dan tidak dibuang merata yang akhirnya akan mencemar air dan tanah. Ia juga memupuk dan meningkatkan keprihatinan dan tanggungjawab orang ramai dalam memelihara dan memulihara alam sekitar. Selain itu ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang awam mengenai sistem pengurusan e-waste di Malaysia serta memastikan pengurusan dan pengumpulan e-waste dapat dilaksanakan dengan lebih mesra alam dan mengurangkan impak kepada kesihatan manusia dan ancaman kepada alam sekitar.
Rajah 1: Aliran proses bagi penghantaran e-waste kepada Pusat Pengumpulan Berdaftar

Hasilnya, ia membantu meningkatkan kesedaran pemeliharaan alam sekitar di kalangan rakyat Malaysia sekaligus memberi impak kepada kelestarian alam sekitar dan keharmonian negara.
Maklumat Lanjut
Pn. Tunku Khalkausar Tunku Fathahi@ Fathi
Telefon: 03-88712118
Media Sosial (Facebook/Twitter/Instagram) :
Media SosialAplikasi Mobil : MyEWaste (Android/IOS)
Agensi bertanggungjawab : Jabatan Alam Sekitar
