Pendigitalan Norma Baharu (Pasca-Pandemik)
myRAS
Latarbelakang/Overview Inisiatif
Program Rakan Alam Sekitar (RAS) telah dilancarkan pada 4 Jun 2009 dan bertujuan membangunkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Rakan Alam Sekitar melibatkan anggota masyarakat secara `hands-on’ iaitu menjadi `mata dan telinga’ untuk membantu agensi-agensi Kerajaan yang bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan-kegiatan yang merosakkan atau mencemarkan alam sekitar. Inisiatif ini menyokong usaha Goal 6:Clean Water & Sanitation United Nations Sustainable Development Goals (SDG).
Objektif Program Rakan Alam Sekitar adalah seperti berikut:-
- Memberi kesedaran alam sekitar di setiap lapisan masyarakat
- Menanam rasa tanggungjawab di kalangan masyarakat untuk bertindak dan mengambil bahagian dalam menjaga alam sekitar yang dikongsi bersama
- Menyediakan saluran yang tepat bagi masyarakat membuat aduan atau pandangan mengenai alam sekitar kepada agensi-agensi kerajaan berkenaan
Keahlian Rakan Alam Sekitar (RAS) terbuka kepada semua warganagera Malaysia tidak kira peringkat umur termasuk pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, pekerja sektor awam / swasta, badan bukan kerajaan (NGO), orang awam dan lain-lain. Sehingga kini (21 Julai 2021) keahlian RAS seluruh Malaysia adalah seramai 155,288 orang yang terdiri daripada setiap lapisan masyarakat.
Bagi menyokong perkembangan keahlian RAS, sistem MyRAS telah dinaiktaraf supaya lebih komprehensif untuk memudahkan pengurusan dan pemantauan keberkesanan program alam sekitar yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ibu Pejabat dan JAS negeri. Sistem MyRAS berfungsi sebagai pusat setempat online bagi data program alam sekitar bagi menyokong pendaftaran tanpa kertas dan memudahkan penilaian keberkesanan program yang dilaksanakan.


