Pendigitalan Norma Baharu (Pasca-Pandemik)
MySafeTravel
Latar Belakang
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertanggungjawab untuk membuat kutipan bagi fi ujian pengesanan COVID-19 dan kos kuarantin daripada pengembara yang memasuki Malaysia melalui pintu masuk antarabangsa.
Fi ujian pengesanan COVID-19 dan kos kuarantin dikutip di pintu masuk antarabangsa sama ada secara tunai atau secara e-payment menggunakan kad kredit / kad debit. Dalam usaha untuk mempercepatkan proses kutipan dan mengurangkan penggunaan tunai, KKM telah melantik MyEg Services Sdn Bhd untuk membuat kutipan bagi pihak KKM.
Kutipan tersebut dibuat melalui sistem MySafeTravel yang dibangunkan oleh MyEG Services Sdn Bhd.
Sistem tersebut telah mula digunakan pada 1 November 2020. Melalui sistem tersebut, semua warganegara asing adalah diwajibkan membuat bayaran fi ujian pengesanan COVID-19 dan kos kuarantin melalui MySafeTravel, manakala warganegara Malaysia boleh menggunakan sistem tersebut untuk membuat bayaran ujian pengesanan COVID-19. Bayaran perlu dibuat sebelum mereka mendarat di Malaysia.
Pelaksanaan ini adalah selaras dengan dasar Kerajaan untuk mewujudkan Cashless Society di Malaysia dengan merancakkan penggunaan e-pembayaran dan mengurangkan pembayaran secara tunai.
MySafeTravel dilengkapi dengan kaedah pembayaran yang mudah dan selamat secara online (FPX, AMEX, VISA dan Mastercard). Sistem ini dibangunkan dengan teknologi PHP Laravel Framework dan diintegasikan dengan aplikasi mudah alih MyQR by MyEG serta sistem portal admin (
