Pendigitalan Norma Baharu (Pasca-Pandemik)
Pembiayaan Mikro i-TEKAD
Pengenalan
YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin (PRIHATIN) pada 27 Mac 2020 untuk membantu usahawan mikro B40 dan asnaf yang kehilangan pendapatan akibat daripada wabak COVID-19. Lanjutan daripada itu, satu program kewangan sosial yang dikenali sebagai Program Pembiayaan Mikro iTEKAD (iTEKAD) telah diperkenalkan.
Melalui program ini, sumbangan kewangan sosial akan disalurkan kepada usahawan mikro menggunakan dana zakat dan dipadan dengan pembiayaan mikro pada kadar yang berpatutan. Fasa pertama adalah melibatkan kerjasama BANK ISLAM, MAIWP dan SME Corp. Malaysia untuk usahawan mikro yang layak diberikan latihan keusahawanan, pengurusan kewangan dan sokongan dalam membangunkan perniagaan mereka.
Latar Belakang
Program i-TEKAD bermula pada 29 Jun 2020 dimana untuk Siri 1 seramai 19 orang usahawan MAIWP yang telah mengikuti kursus dan latihan yang dikendalikan oleh pihak SME Corp Malaysia secara fizikal.
Manakala untuk Siri 2 diadakan secara dalam talian untuk semua peserta dimana hanya 7 orang sahaja peserta dari kalangan usahawan asnaf yang terlibat.
i-TEKAD mempunyai 3 elemen:
1. Pembiayaan Mikro
Melalui program ini pihak Bank Islam Malaysia Berhad menyediakan dana pembiayaan maksimum sebanyak RM 50,000.00 dengan kadar faedah serendah 4 % untuk membantu golongan usahawan B40 bagi tujuan perkembangan perniagaan.
2. Peluang Mendapat Bantuan Zakat Kepada Asnaf Yang Layak, Tertakluk Kepada Kelulusan Pembiayaan.
Bagi pemohon yang gagal mendapat pembiayaan mikro, pihak Bank Islam Malaysia Berhas telah menyalurkan dana wakalah RM3,000.00 seorang kepada mereka sebagai ganti rugi kehilangan pendapatan pada hari-hari menghadiri latihan.
