Pendigitalan Norma Baharu (Pasca-Pandemik)
PENJANA SHOP MALAYSIA ONLINE (SMO)
Latar belakang Inisiatif
- Shop Malaysia Online merupakan insiatif kerajaan dan sektor swasta untuk memacu pemulihan ekonomi negara dengan mendorong rakyat berbelanja secara dalam talian.Pada masa sama, ia juga bertujuan untuk membantu perniagaan tempatan yang terjejas akibat pandemik.
- Menerusi kempen ini , kerajaan memperuntukkan sebanyak RM70 juta dengan MDEC merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam menjayakan inisiatif ini. Kesemua rakan e-dagang yang mengambil bahagian pula secara kolektif akan memperuntukkan sebanyak RM70 juta lagi sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM140 juta bagi kempen ini bagi tempoh dua bulan berlangsung iaitu Ogos dan September 2020.
- Antara rakan e-dagang yang terlibat termasuklah Boost, Carousell, ConfirmPlusChop, DeliverEat, Elokal, eRomman, FashionValet, Fave, foodpanda, Grab, JOCOM, Kedai Matdespatch, Lazada, Lokein, Maybank, MyGroser, OURSHOP, PG Mall, Shopee, Touch ‘n Go eWallet, Youbeli dan Zalora dengan pelbagai tawaran menarik diberikan selama dua bulan.
Impak & Kesan Inisiatif
- Inisiatif ini telah berjaya meraih jualan melebihi RM 945 juta dan telah memanfaatkan lebih 8.2 juta pengguna. Pada masa sama, lebih 210,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), usahawan mikro dan peniaga tempatan di seluruh negara menerima manfaat menerusi penglibatan dalam kempen ini bersama Kempen E-Dagang untuk Perusahaan Mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) . Shop Malaysia Online turut memberi impak positif apabila berlaku peningkatan jumlah perniagaan yang menggunapakai pendekatan digital dalam operasi dan seterusnya membuka lebih banyak peluang pekerjaan baharu bagi rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Maklumat Lanjut
- Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, sila layari www.mdec.my atau ikuti kami di:
Komen topik ini
