Pendigitalan Norma Baharu (Pasca-Pandemik)
Sistem Kehadiran (iHadir)
Latar belakang
Sistem Kehadiran MEDAC (Sistem iHadir) merupakan sebuah sistem yang digunakan untuk mengurus kehadiran pegawai-pegawai MEDAC. Tujuan utama pembangunannya adalah sebagai medium pemantauan kehadiran semua pegawai yang bertugas di MEDAC termasuk Pusat Perkhidmatan Kontrator (PKK) Ibu Pejabat dan tiga belas (13) cawangan PKK negeri di seluruh Malaysia.
Sistem iHadir telah dibangunkan secara dalaman menggunakan kepakaran sedia ada di Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), MEDAC. Pembangunannya bermula apabila terdapat keperluan dari pihak Pengurusan Tertinggi MEDAC untuk memantau keberadaan semua pegawai MEDAC semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diisytiharkan oleh Kerajaan pada 18 Mac 2020 (Rabu) yang lalu. Sistem Kehadiran Biometrik yang sedang digunapakai pada waktu tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pemantauan pegawai yang bekerja dari rumah (BDR) pada ketika itu.
Pada awalnya sistem ini dikenali sebagai Sistem Perintah Kawalan Pergerakan (Sistem PKP) yang digunakan sepenuhnya bermula 23 Mac 2020 (Isnin). Sistem PKP adalah berasaskan web, ia turut disesuaikan dengan paparan telefon pintar (responsive). Sistem PKP seterusnya dipertingkatakan dan ditambah baik dari semasa ke semasa mengikut keperluan pihak pengurusan dalam mengadaptasi persekitaran kerja norma baharu. Antaranya kemudahan penjejakan lokasi secara automatik dan pelaporan bekerja dari rumah (BDR) secara dalam talian.
Sehingga Oktober 2020 Sistem PKP ini telah dijenamakan semula dengan nama Sistem iHadir. Sistem iHadir telah dinaik taraf dan mempunyai kemudahan yang hampir lengkap dengan keperluan pengurusan kehadiran selaras dengan ketetapan Surat Pekeliling Am Bil. 11: Sistem Penggunaan Kad Perakam Waktu (Punch Card) di Pejabat-Pejabat Kerajaan. Sistem kini boleh diakses secara online melalui telefon pintar, komputer desktop dan aplikasi mudah alih. Antara kemudahan Sistem iHadir ialah multi pendaftaran, penjejakan lokasi secara automatik dan masa nyata, permohonan serta meluluskan alasan kehadiran, mengemukakan laporan BDR dan seterusnya disahkan oleh penyelia dan menjana laporan kehadiran bagi Individu dan Bahagian mengikut keperluan pihak pengurusan. Ringkasan kemudahan dan fungsi Sistem iHadir digambarkan seperti Rajah 1 di bawah:

-1.png&w=3840&q=75)
-2.png&w=3840&q=75)
-3.png&w=1080&q=75)
-4.png&w=1080&q=75)
-5.png&w=828&q=75)
-6.png&w=828&q=75)
